UPSR 2016

SANGAT MENDUKACITAKAN

Anak teman tak le genius sangat,teman tahu sesangat!
Tapi..adalah juga usaha untuk maju.
Dari awal tahun dia dah tunjukkan prestasi yang baik.Semua tu buat teman yakin dia akan berjaya.
InsyaALLAH.

Hari ini,17hb Nov 2016
Keputusan keluar....dari pukul 10.30 pagi,teman dah terpacak kat dewan sebagai sokongan kat anak bujang.
Nampak guru2 sibuk buat itu ini,anak2 bercakap tak henti2,ibubapa resah menanti.
Dak dik duk...dada kencang berdenyut.Jam tik tok tik tok...Cikgu masih belum selesai tugasan di beri.
Lebihkurang 11.30...
Guru2 mula mengambil tempat masing2.
Ucapan dan kata aluan dari pihak PIBG,guru besar di beri.Kami diam menanti.

Dari kata GB,kami tahu ada yang tak kena.
Peratusan ujian kurang memberangsangkan.Dari kejayaan tahun lalu...
Jatuh mendadak bak tingkat 100 jatuh jadi tingkat 1.Muka cikgu nampak pucat,guru2 pun tak happy.
Kami tetap tak berganjak,tetap menanti dengan setia.

Keseluruhan dari 135 murid yang menduduki UPSR,hanya satu sahaja yang berjaya meraih 6A,4 orang mendapat 5A dan 12 orang mendapat 4A.
Sesuatu yang paling teruk!
Kalau tahun lalu....37 orang mendapat 5A.Tahun ni........hancur!

Anak teman tergolong dalam angka lain lain.
Sedihnya......anak2 ni mangsa format baru,Sahabat kata Kementerian menyalah kan anak2 tak faham soalan.
Boleh gitu?
Kalau dah soalan terlalu tinggi dari jangkaan,bukan tahaf kepala otak mereka!macam mana nak faham?
Cikgu kelas kata....peratus naik.
OMG!peratus naik pulak!apa agenda kerajaan kan?hanya ALLAH sahaja sahaja yang tahu.
Benggong betul!
Satu menteri naik,satu format baru di perkenalkan.Masing2 nak tunjuk pandai.Ungku Aziz pernah mengeluh...
tangan2 gatal yang telah merosakkan semuanya.

kelmarin,syarat nak ke asrama penuh di tukar,daripada 5A kepada 3A sahaja.Tapi...teman tak minat lagi dah...
Teman ambik keputusan untuk menghantar anak ke sekolah agama.Pada teman sudah sudahlah...mengejar dunia.Penat nak ikut rentak mereka2.
Kejap begini kejap begitu...
Kesian kat anak2..bekejar ke sana ke mari..Tamat sekolah...
Jika bagus keputusannya...syukur..
Jika tidak.....jiwa anak kosong sekosongnya...akademik entah ke mana...
akhirnya...kerja koler biru juga yang mereka hadap.

Teman nekad...
Sebelum exam,anak teman bangun pukul 3 pagi untuk habiskan home work yang cikgu bagi.Kadang2...
Ibu,nanti pukul 12 kejut ya...
Itulah anak teman....
Lepas keputusan keluar,bukan dia je terduduk,teman turut serta..
Ada A tapi tak memeberangsangkan..
Sekolah sana paling kurang 4A
Sekolah sini nak 5A
Akhirnya.....
Teman pujuk dia untuk teruskan mengejar agama kebetulan keputusan exam agama baik2 belaka.Dalam terpaksa dia menurut je..
Pergilah belajar,kite dah tak ada masa untuk suka2,lepas PT3,kite cuba lagi disekolah yang lebih baik.
InsyaALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH