TEMAN LELAKI IBU BUNUH ANAK 2 TAHUN

MANUSIA MAKIN TERUK!

Manusia semakin kejam,bunuh membunuh bukan lagi pelik di dengar.
Ibubapa bunuh anak,ibu dan teman lelaki bunuh anak dan macam2 lagi.
Teman rasa,kite dah semakin mundur,dari segi akal.....kite sama macam haiwan yang tak berakal.

Kadang2 teman rasa....bila kite kehilangan suami samada bercerai hidup atau mati.Tak payah lah berkahwin lagi.
Hanya menambah masalah saja.
Teman melarang kawan2 atau sana saudara untuk berkahwin lagi.
Bagi teman....tak ada kerja cari kerja!

Kite selalu baca kat dada akhbar....
Anak2 jadi mangsa.Bila pasangan bergaduh,anak lah tempat paling CUN untuk melepaskan marah.
Anak2 kecil yang tak tahu apa2,hanya mampu menangis menahan sakit di pukul di teranjang.
Itulah salah satu sebab...
Kenapa kite tak perlu kahwin lagi.

Sahabat kata kite tak boleh menolak takdir.
Betul.....tapi...waspadalah!jangan tangkap muat.Kahwinlah dengan pasangan yang benar2 bertanggungjawap.
Sahabat kata kite mana lah tahu!masa mengurat pijak semut tak mati!
Teman kuatkan lagi hujah..
Sebab tu...saya tak galakkan kahwin.Banyak masalah!


Ini kes terbaru....
Kanak2 malang berusia 2tahun di pukul sampai mati oleh BF ibu dan di simpan dalam tong ini.
Kanak2 itu di percayai di bunuh pada awal November 2016.Berlaku di Kedah di sebuah flat yang pastinya banyak kes kepincangan keluarga,
Lelaki  haramjadah tu berusia 34thn telah memukul anak perempuan berusia 4thn dan memukul sampai mati kanak2 lelaki umo 2thn tu.

Sebab tulah......jika kite perlu pasangan....Cintailah dia 80% dan 20% simpanlah untuk diri sendiri.
20% itu akan buat kite berakal ,jika pasangan tu buat sesuatu,
Kite boleh berfikir dengan waras dan dapat mengenali intan atau batu jalan.

Sedihnya....manusia berjantina sama dengan teman...selalu jadi bodoh gara2 cinta lelaki.
Sanggup jadi pak sanggup macam lembu cucuk hidung.Walhal......anak2 tu lebih penting dari segala2 isi alam ni.Pasangan menghiburkan di kala senang,di kala susah,mana maunya!



Ini.....lelaki keparat tu...
Menurut cerita kawan teman yang se blok dengan mereka.Pada hari kejadian...
Lelaki ni pukul anak  perempuan berusia 4thn sampai koma.Si ibu malang kena belasah separuh mati.
Semua tu terbongkar masa jiran2 hantar mereka ke hospital.
Lepas tu...polis maii tangkap si setan ni.
Masa tulah..terbongkar rahsia anak lelaki malang mati dan diawet dalam tong ikan.
sadis sadis....
kehidupan mereka penuh kaler hitam,Bukan sikit....tapi hitam gelap!
Teman tak dapat bayangkan hidup bersama lelaki sekejam ni.Muka dahlah tak hensem,perangai pulak macam setan!
Tak boleh tengok muka dia.....
Kalau teman mampu,nak teman bagi penendang kat muka selengge dia tu.

Hasil siasatan....si ibu dan bf tu positif dada jenis amphetamine.
sah!dua2 tak betul.kalau salah satu betul....semua tak akan berlaku.
Masa polis datang,ibu tu kata....lelaki tu pukul anak2nya termasuk si mati.Polis jumpa mayat kanak2 malang tu dalam kotak ikan di balut dengan tilam,kain batik dan pita pelekat.

Zalim kan mereka?
sanggup bunuh kanak2 hanya untuk kepuasan sendiri.
Zalim kan ibu tu?
sanggup biarkan anak2 di pukul bantai sampai mati.

Iktibar buat semua.....
Jauhi dadah,ianya hanya memberi banyak masalah yang tiada kesudahan.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK