REUNION SEKOLAH KEBANGSAAN 1975-1980

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BUNGA MUAR
2hb Disember 2016

Rakan taulan tanya...
Tak pergi?
Teman jawap tak..
Mereka tanya lagi kenapa?
Teman jawap tak ada apa,tak sempat kot?
Itulah yang teman mampu katakan.

Rata2 ralat teman tak ada,tapi teman tak begitu...
Awal mei lepas,teman ada pernah pergi reunion di sana.
Apa yang teman dapat...hanyalah suasana hambar,ramai muka2 baru yang teman tak kenal.
Teman benar2 terasing.
Ada kawan2 yang teman kenal,tapi dah tak mesra,atau teman berat mulut untuk beramah mesra.
Entah lah...

Masa hari tu,teman begitu teruja nak jumpa mereka.
Ada beberapa rakan taulan yang teman masih ingat namanya,dan banyak juga yang dah lupa.
Teman sampai....
Teman disapa mesra,tapi....teman sedar kemudiannya...
Mereka bukan lagi rakan teman.Dah terlalu lama teman tinggalkan mereka.
Teman masuk sekolah tu tahun 1976,masa tu teman darjah 2 dan keluar dari daerah tu tahun 1980,tamat darjah 6.
Mereka tetap di sana,meneruskan persekolahan menengah di sana.
Teman berpindah ke Johor dan bertemu dengan rakan taulan zaman remaja.
Ini zaman sebenarnya yang teman ingat.
zaman sekolah rendah,teman banyak dah lupa..
Terlalu tua untuk ingat semua.

Baru2 ni,dalam group whatsapp,teman baca tapi...teman tetap rasa terasing.Banyak perkara teman tak bersama mereka.
Antara mereka ada seorang 2 rakan karib,hanya itu sahaja yang teman suka nak ingat.Selebihnya?
ZERO...
Tak ingat dan tak tahu apa yang teman cuba nak ingatkan.

Kepada semua...
Maaf...bukan tak minat,tapi....tak ada apa yang nak di ingatkan.
Nama guru2 tu teman masih ingat tapi.......masa tak mengizinkan.Terlalu jauh untuk teman sampai dengan memori yang kosong.
Maaf sekali lagi....
Tiada apa yang nak di kenang di antara kite....
Zaman kanak2 itu makin terasing dari ingatan memandangkan.........kite tak membesar bersama.
Harap anda semua faham...
Teman sekadar di pinggiran..

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK