PRA-MONOPAUSE

PALING TAK SANGKA DI TELAH MENDATANGIKU

Monopause satu perkataan yang senonim dengan kite kaum wanita.Oppps!jangan lupa,lelaki pun ada monopause ya bang2 sekelian,jangan suka yang amat sangat!
Sesuatu yang di khabarkan pahit bak hempedu.Suatu perkara yang amat menakutkan.
Pada fahaman kite,monopause itu penanda kite akan jadi lebih tua dan tua dan tua...
Dulu2...masa kakak2 mendapat tanda2 nak monopause,teman tengok mereka huru hara!cemas dan tak tentu arah.
Kakak yang sulung,awal 40-an dan dapat sintom2 pra monopause,jumpa doktor,makan ubat itu ini.Masa ni teman gelak je...
Pada teman....apa kebende le nak huru hara?takut sangat suami lari.
Suami yang lari kerana isteri monopause,itu tanda lelaki kurang ilmu.Jika dia ada ilmu,dia akan terima semua tu sebagai pusingan kehidupan.Muda,remaja,tua....tu semua normal.

Hampir 3 bulan tak di datangi bendera merah.
Hari risau,sebab tak pernah jadi macam ni.Bila cerita dengan kawan2,semua kata...
Pergi klinik lah!jangan buat main2 atau u ngandung?
Ngandung?OMG!sudah cukup tua untuk melahirkan baby,,,
Dengan diabetes,dengan lenguh bagai!amat tak sesuai  untuk mengandung lagi.

Semalam dengan di temani suami,teman pergi juga menapak ke klinik.Teman tak berapa suka nak ke klinik,setakat deman2 selsema,selalunya baik sendiri je.
Paling tidak,teman pergi kedai2 ubat cina lama.Beli ubat selsema paling baik,beli herba2 yang pastinya halal.

Lepas daftar,teman tunggu nama di panggil.Sebenarnya,tempat paling tak suka nak datang ialah...hospital.Penat tunggu walhal jumpa doktor 10 minit je.
Sebaik nama di panggil,teman terus masuk...
Doktor ni yang sambut anak teman 9thn yang lalu.
Doktor ni juga yang memberi perangsang tak kala teman kebuntuan sebab ada diabetes masa ngandung.
Teman duduk dan terus kata...
Doktor,saya dah masuk bulan ke 3 tak datang bulan.Doktor jangan kata saya ngandung sebab doktor yang operate saya.
Doktor senyum..200 kes pernah berlaku,walaupun dah ikat rahim..ngandung tetap ngandung.
Teman berdebar..
Doktor kata lagi...mengapa perlu risau?awak masih muda..
Teman jawap muda apanya doktor?dah masuk 50thn!
Doktor gelak sakan,badan panas tak?
Teman balas panas!bukan selalu..sesekali rasa bahang.Kadang2 anak2 pun pelik,tak panas tak sejuk tau2 teman berpeluh ye ye..
kenapa ibu berpeluh?
Tang ni teman perasan.
Doktor tanya lagi...sehari berapa kerap rasa panas?
Teman jawap tak selalu lah doktor,dalam 3@4 kali sehari semalam.
Doktor catat apa yang teman katakan dengan tekun,sesekali dia menjeling kat teman...

Kite buat scan,pap smear dan check payu dara.Teman angguk...
Kite juga akan hantar semple darah untuk hormon.Teman angguk lagi...
Doktor tanya apa yang dia boleh bantu,teman jawap doktor lebih tahu,saya nak dengar dari mulut doktor.
Doktor senyum je...Dia catat lagi dan lagi dan lagi.

Lepas buat semua,teman duduk depan doktor..
Ginilah...saya boleh bantu lewatkan monopause dengan cara makan hormon,tapi...dalam 2@3 tahun,resiko untuk mendapat barah payudara amat tinggi.Saya cadangkan awak jangan ambil pil tu.
Teman tercopong mulut.Rasa ngeri dengan perkataan barah payu dara tu.
Teman jawap 3 sepupu saya mati kerana barah payu dara,kelmarin emak saudara bedah sebelah buah dadanya kerana kanser tahaf 3.
Doktor kata lagi...ini tak baik untuk awak,saya cadangkan awak tak perlu ambil hormon,biarlah peoses ini berjalan dengan baik..Jika badan terlalu panas dan awak tak selesa,datang balik,saya akan beri pil hormon yang sesuai.

Selesai semua urusan,teman balik...
Sebenarnya banyak soalan dah terjawap.
Monopause bukan satu penyakit tapi normal kite manusia.
Semua orang akan lalui,tak kire saya,awak,kamu,kami dan dan sebagainya.
Masalahnya,selalu orang gembar gembur dengan suami,
Suami itu ini,dan akhirnya cari penganti.Suami ni hidup mereka hanya berkisar dengan seks je ke?
Kalau tak ada seks,agak2 diaorang mati le?
Teman tak rasa suami teman akan kecewa,sebab lelaki pun akan monopause.Mungkin teman awal sikit,tapi tiada masalah sebenarnya.

Masalah yang timbul ialah...
Teman tak boleh melahirkan (tak subur)
Kulit,rambut akan berubah menjadi kertas pasir dan dawai.
Selalu bad mood.Tak ada kerje lain,mengamuk sakan!

Yang pasti..
Teman dah bersedia untuk menjadi tua dan tua dan tua..




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK