PERHIMPUNAN PARTI PEMBANGKANG

PASTI HARAM JADINYA

Teman luangkan masa untuk mendengar ucapan beberapa orang kuat pembangkang.
Antaranya Rafizi Ramli yang bakal....di penjarakan atas kesalahan membocorkan rahsia kerajaan.
Di penjara selama 18bulan dan akan keluar awal sekiranya berkelakuan baik.
Rafizi kata saya budak baik,paling cepat saya akan keluar dalam tempoh 12bulan sahaja.

Giliran beliau lambat,hampir pukul 11.15 malam baru dia di beri pembesar suara.Teman sebenarnya dah terlalai dek mata yang ngantuk.
Sebelum dia ada beberapa orang kuat dari parti Bersatu,Amanah...
Bagi kite rakyat biasa....apa yang mereka sampaikan itu adalah maklumat yang kite tak tahu jika kite tak datang mendengarnya.
Wakil rakyat dari Kapar buka cerita...
Menteri sekarang pelik,soalan asas pun tak mahu jawap.Di hurai panjang berjela!jawapannya....nanti saya beri jawapan dalam tulisan.
Katanya..menteri sekarang tak macam menteri dulu...
Menteri sekarang dah makin besar kepala!nak jawap soalan ikut suka.
Ditanya apa tindakan dalam isu harga naik.
Tak ada jawapan terus beri salam tanda penutup.
Teman dengar ketap bibir,sakit betul hatinya.kite pilih dia,kite bayar gaji dia....tapi...dia tak beri manafaat buat kite.

Rafizi ambil alih,pertama kali teman tengok live wajahnya.Orangnya putih melepak.Dengan kemeja putih ,seluar hitam...
Dia mulakan bicara.
Katanya....saya tak takut kene penjara,saya di penjara kerana memperjuangkan hak rakyat.Saya tak menyesal,kerana semua ini untuk anda.
Gaji saya di bayar oleh rakyat,jadi...kerja saya memang memerhatikan PM,keluarga,menteri2 kabinet dan lain2 lagi.Jangan marah saya,sebab itulah kerja saya.
Di Parlimen,kerja saya menyoal menteri,macam2 yang saya soalkan tapi malangnya..menteri sekarang tak pandai jawap!
Kalau menjawap sekalipun,pasti dengan keyakinan untuk berbohong.

Satu persatu penjelasan Rafizi dan rakan2.
Teman faham,tapi...orang2 di luar sana,ramai yang tak faham apa2 pun.Lagi2 jenis yang suka2 tak hirau semua masalah.
Bagi mereka.....perut kenyang,nafsu di penuhi...
Semuanya indah belaka.

JOM!19hb ni kite turun BERSIH5!jangan takut......
Tiada siapa yang berani sentuh anda semua.
Terdengaran suara bertanya....
Ulas tentang JAMAL tuan!
Yang menjawap bukan Rafizi,tapi...wakil rakyat dari Kapar.Seorang lelaki India yang fasih berbahasa dan bertugas sebagai peguam.
Katanya..Jamal lelaki melayu paling memalukan orang melayu khasnya dan kite2 semua.Bagi saya dia bagai sampah!Tak berguna langsung!
Tuan2 puan jangan risau,dia tak hebat mana...
Di bela oleh orang berkuasa,sebab tu.......
perangai dah macam ulat naik ke mata.
Kami dari BERSIH5 akan menjaga tuan puan,tiada siapa yang akan sentuh tuan puan,marilah kite menjayakannya.
Itulah pesan pihak penganjur...

Pengalaman teman,pergi berdemo tiada apa2 yang buruk akan berlaku kecuali diganggu oleh pihak tertentu.Jika nawaitu baik,pasti berakhir dengan baik.
Dari BERSIH1,teman perhatikan.....pihak kerajaan tak sporting,merekalah yang menimbulkan huru hara.Menembak air kmia kat ribuan manusia,dah tentulah bertempiaran lari.Tak cukup dengan itu,di kejar di pukul,ditangkap........
Kadang2 terfikir......inikah kerajaan yang kite bela,kite sanjung...
Gaji mereka dari hasil titik peluh rakyat,mereka di pilih untuk menjaga negara.Malangnya dek takut hilang kuasa,kite rakyat tergamak di bantai separuh mati.

Teman hanya pergi BERSIH4,bukan takut tapi tak kesempatan.Kali pertama pergi...semua kawan2 bertanya  tak takut ke?
Teman jawap nak takut apa?demo je kot?
Kawan2 kata teman bodoh.
Teman jawap jika kite nak sesuatu kite kena berusaha.Orang bodoh je yang akan dok diam tapi mengharapkan kesejahteraan selalu.
Teman pelik...BERSIH hanya minta beberapa perkara untuk kerajaan ambil tahu.
Tapi...malangnya beberapa perkara itu cukup sukar untuk kerajaan terima,sehingga rakyat terus merana.

Teman harap,usaha kite tak sampai tertumpahnya darah ke bumi.Cukuplah sekadar jalan2 berdemo kat jalan TAR,minum2 sesama kite..
Cukuplah setakat itu,tak perlu kite berbunuh hanya untuk minta kerajaan buat sesuatu kat permintaan kite tu.
Cukuplah....wahai orang2 atas..Dengarlah..kami hanya minta...

* Pilihan raya bebas dan adil
* Sebuah kerajaan yang telus
* Hak untuk berdemonstrasi
* Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
* Menyelamatkan ekonomi negara

Tak sukar kot?kami bukan minta duit berbillion,kami hanya minta perubahan.
Untuk kesejahteraan di masa hadapan.

SUSAH SANGAT KAH?

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK