MAYAT REMAJA DI KERAT 10

DAH GILA KE MANUSIA?

Berlaku hampir2 dengan kampung teman.Rasanya kampung Ramlah Ram kot?
Sahabat kata ya ke?
Teman jawap...ye!Ramlah Ram kan orang Muo.

Terkejut dengan cerita ni,perut jadi ngilu dek ganasnya manusia zaman sekarang.
Teman selalu pesan anak2,jangan layan orang gila.Kalau ada perempuan nak BF kau orang pun!beralah je le...
Anak2 jawap mana boleh ibu!
Teman kata...boleh aje,kumbang bukan sekor,melambak kumbang kat dunia ni.Orangs sekarang hati dah hitam.Orang dulu2 baik2 belaka,tak ada le kes2 ganas macam ni.

Pasal perempuan,pasal lelaki pun boleh berbunuh!budak2 zaman sekarang sakit mental.
Otak letak lutut,tak sayang masa depan.Bunuh orang memang seronok,setan pun sayang.Tapi...bila kena tangkap,duduk dalam penjara.
Menyesal kemudian tak berguna.

Biasanya anak2 diam je...
Mungkin meraka tak faham,atau tak dapat gambaran jelas betapa budimannya manusia zaman teman.Setakat cemburu2 ni,paling teruk tarik2 rambut.kalau ada pun yang berbunuh,orang dewasa kot?

Teman kongsi cerite sensasi ni ya....
Hadamkan!


Muar: Kepala dipisahkan dari badan manakala tubuh seorang remaja lelaki dipercayai berusia 19 tahun, dipotong kepada hampir 10 bahagian, dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum disorok dalam pembetung saluran air longkang sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, di sini, hari ini.
Mangsa yang masih belum diketahui identitinya, dipercayai dibunuh tiga hari lalu, dan mayatnya dikerat-kerat sebelum dimasukkan ke dalam lima beg plastik.
Polis sedang berusaha memastikan motif, termasuk kemungkinan cemburu berebutkan wanita dalam pembunuhan kejam ala kes Mona Fandey pada 1993, yang memotong mayat Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris, kepada 18 bahagian.
Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, pemilik rumah itu terhidu bau busuk ketika membersihkan rumahnya sebelum menemui pergelangan kaki lalu menghubungi polis.
Polis menerima panggilan pada 3.15 petang dan sepasukan polis menemui lima bungkusan plastik mengandungi keratan tubuh manusia sebelum menemui kepala yang ditanam di kawasan berhampiran rumah itu.
“Kami percaya mangsa adalah lelaki berusia bawah 20 tahun dan dibunuh di tempat lain. Berdasarkan keadaan anggota badan, kejadian mungkin berlaku lebih tiga hari lalu,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.
Polis juga sedang menyiasat tempat dan cara mangsa dibunuh serta senjata yang digunakan, termasuk bagi mengerat mayat.
Setakat ini, seorang lelaki juga berusia bawah 20 tahun sudah ditahan di sebuah rumah berhampiran tempat kejadian bagi membantu siasatan.
“Setakat ini, kita dapati suspek tiada rekod jenayah lampau,” kata Mohad Idris.
Menurutnya, semua anggota badan itu dihantar ke Hospital Tangkak dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK