MATI ITU PASTI

SATIPAH AWANG

Rakan sekelas,tapi tak rapat...
Tiada masalah hanya hai hai bye bye..
Pernah cari teman,mati hidup balik teman tak ingat.
Almaklum....hampir 30thn tak jumpa.Bila di sebut nama,pasti ingat2 lupa.

Jumpa balik sekitar 2011.
Bila jumpa orangnya,bila dah bertentang mata...
Barulah teman ingat...
Ooo..Satipah Awang.Orangnya tinggi kurus dan lemah lembut.Jauh perangai dengan teman yang gurgha ni.
Bila bercakap nada suaranya lembut selembutnya.
Masa tu,teman ada dengar dia sakit.Doktor ramal umonya hanya 3 bulan je..
Berkat kesungguhan....dia bertahan hingga 29hb Disember 2016.
sakit apa?
Kanser.

Pagi semalam kawan dari selatan tanya...
Kau tau Satipah dah meninggal?
Teman macam tak caya,apa?satipah meninggal?
Kawan tu jawap ya...pagi tadi.
Pergi hospital dah rutin harian,kimo dah peringkat entah keberapa.Teman pun tak tahu.

Hujung tahun lalu,dia jatuh,patah kaki.Sejak tu,pergerakkannya terbatas.Susah nak uruskan diri.kena di bantu.
Bila dah sakit,semuanya makin sukar,sejak adiknya kahwin,pergerakkan lebih terbatas.Tak boleh gerak sendiri,kena ada orang yang hantar dan pergi kemana sahaja dia nak tuju.

Teman pernah jumpa dia sendirian,berbual di tepi jalan.
Dia pegang tangan teman.Dia ucal mesra...
Satipah.....anda hebat!tabah dan cekal....
Satu yang teman tak boleh lupa...
Sebenarnya saya takut mati,semua orang boleh kata,boleh beri nasihat,tapi saya yang mengadapnya.
Masa tu teman diam je,teman ni bukan pandai sangat saiko2 orang...
kalau bercakap,terlalu jujur!
Lama kami berbual di situ
Awak perasan tak?saya jalan tak kuat?
Teman angguk.....
Sebenarnya kaki saya ni kebas,saya hilang deria rasa.Kaki saya ni ringan je..kurang imbangan.
ooo....baru teman tahu,kaki dia kebas tak rasa apa2.Patut le,bila dia berjalan seolah2 macam nak rebah.

Banyak kali juga teman jumpa dia,bila balik JB teman akan cuba hubungi dia,teman selalu fikir jika berlaku apa2,teman tak mampu nak sampai dalam masa sekejap,teman pasti tak dapat nak hadir di saat genting.
Pernah juga tahu masalah dia dengan MAKNA.Bukan senang nak minta duit dari MAKNA.Ada macam2 problem!
Teman hulur mana termampu je..
Awalnya dia menolak,tapi di desak,akhirnya dia ambil juga...
Terima kasih ya,awallah kawan dunia akhirat saya.Niat saya berkawan bukan nak raih simpati.

Kerana dia dan 3 pupu saya mati kerana kanser.Teman paksa suami jadi penyumbang  ke MAKNA.
Kerana dia dan 2 pupu teman....sebenarnya teman dah mula belajar redha jika di sahkan sakit seperti mereka.
Apa nak buat...susur jalur buat kite hampir dengan sakit tu.Nak elak bagaimana sekali pun,jika tu takdirnya,teman terima dengan hati terbuka.

Kali terakhir kami berjumpa pada 14hb sept 2016,teman umpan dia...
Pah boleh saya datang rumah?
Dengan nada sayu dia kata...maaf wak,saya tak sihat.
Teman rasa macam nak redah je rumah dia,teman tahu sikap Pah yang sangat rendah  hati,tak suka susahkan orang.
Tetiba teman nampak pesanan ringkasnya..
Wak...boleh lah jumpa saya  kat HSI.saya ada di sini...saya nak jumpa awak dengan Mak Aji je..
Tulah permintaan dia,teman akur,tak beritahu sesiapa pun...

Sedang kami tercari cari...
Teman nampak kelibat dia sedang berbaring di katil,Subhanallah!kurusnya!dah tinggal tulang dengan kulit je..
saya tak selera makan wak...itulah kata2nya
Teman dia dan mak aji berbual mesra,Sesekali ketawa bila teringat cerita2 lama..
Kimo saya ni paling akhir,kimo ni yang terbaik.Ubat yang di masukkan sikit je...tapi sakit.Ubat tu akan terus tuju kat sel2 barah yang ada kat badan saya,Kanser saya mula di payu dara merebak ke tulang dan akhirnya ke paru paru.
Kami  tekun mendengar...
Doktor ada beritahu,akhirnya saya akan jadi macam ni....lemah tak bermaya.
Kami tak berbunyi hanya mendengar,tak tahu nak selit tang mana.
Paling tidak oooo je yang mampu keluar dari kerongkong ini.
Saya bukan tak mahu jumpa awak2 semua atau kawan2 yang lain,badan saya tak kuat,bila kawan2 sakit saya akan mudah terkena,bila saya tak sihat,doktor tak boleh teruskan kimo saya.
Itulah antara sebab mengapa dia halang kami datang ke rumah.
Di sini saya berani,ada doktor ada nurse boleh bantu saya,kat rumah,saya seorang,kakak saya bekerja.
Baru teman faham.......
Atas alasan kesihatan dia tak boleh bercampur sangat dengan orang luar.
ish!teman ni!asal boleh je...

Lama di situ,kami pulang bila waktu melawat tamat.
Itulah kali terakhir kami jumpa,lepas tu....tak ada lagi...
Ralatnya teman pernah call dia tak berjawap,lepas tu terus lupa hinggalah berita kematian dia sampai ke telinga.

Semuga roh Satipah Awang di tempatkan di kalangan insan2  beriman.
Semuga dia sejahtera disana.
Pah...saya dan mak aji akan terus kenang Pah.saya halalkan semuanya.Terima kasih kerana menghargai persahabatan ini.Bila ada berita gembira Pah akan kongsi dengan kami...
Saya bagitahu awak berdua je...sebab awak berdua sahabat saya dunia dan akhirat.
Itulah kata2 membuat hati kami cair dengan Pah...
Yang pasti MATI TU PASTI.Pah pergilah dulu...insyaALLAH kami bakal menyusul....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK