KEGANASAN RUMAHTANGGA SEMAKIN MENJADI JADI

SESUATU PERKEMBANGAN TAK SIHAT.

Kelmarin,seorang isteri kakitangan SPRM mendakwa di dera zahir bathin.
Teman baca...subhanaALLAH!sangat menakutkan.
Di sepak terajang,paling menjijikkan di paksa melakukan oral seks kat anak lelaki berumur setahun jagung.
Tak tercapai akalku dik non..

Lelaki tu,Muhammad Nazrin Abdullah,seorang mualaf telah mendera isterinya dengan teruk termasuk memaksa isteri Shahilda Fadhil menghisap kemaluan anak sendiri.
Jijik kan?
Sangat menjijikan perlakuan tu.Tak boleh nak bayangkan betapa gilanya suami tu.

Kes mereka di ketahui umum ,setelah di viralkan kat FB.
Betapa canggihnya dunia laa ni,setakat nak dapat perhatian...load dalam FB,Insta,Tweeter...
Urusan menjadi lebih mudah.
Hati2lah para suami,dera sekali...terus masuk FB!
Siapa malu?
Kite dan keluarga kite sendiri.

Kes mereka sedang di siasat,keputusan belum di ketahui.
Hari ini,teman baca lagi...
Seorang isteri di pukul oleh bekas suami,dan terkini....anak pula jadi mangsa.
Teman kongsi luahan hatinya di FB dan kite nilaikan sendiri.
Sebenarnya saya tak nak kecuh kerana ini,Tetapi di sebabkan kebanyakan rakan dan saudara suruh saya buat,jadi saya terpaksa.
kawan yang polis pun cakap,viralkan baru orang atas nampak(itupun kalau nampak)
Dah seminggu Ahsan kena pukul dengan daddy dia sendiri.Saya dah buat report,dah masuk hospital seminggu.
Tapi sampai hari ini tiada kemaskini dari polis.
Saya dah telefon pegawai penyiasat yang ambil kes ini,pun lepas tangan.
Dia pukul anak saya sampai darah beku dalam telinga Ahsan.
Tapi sampai sekarang di masih bebas.
Yang lain saya tak nak cerita panjang.
Saya cuma nak tanya.kalau kes macam ini,polis tak ambil tindakkan ke?
Dan di sebabkan ramai kawan2 bekas suami yang pm cakap kat saya mereka tak caya dia boleh buat macam tu pada saya.Jadi sini saya tambah gambar saya masa di bantai saya paling teruk.Saya buat laporan polis dan kemudian menarik balik kerana kesihan pada Ahsan.
Sepanjang 5thn perkahwinan saya tidak pernah cerita buruk pada walaupun ibubapa saya.Saya simpan sendiri.Tetapi sekarang saya sudah tidak tahan sangat.Saya dah tak kuat nak simpan sendiri.Saya harap tidak ada yang anggap saya memburuk dan memfitnah dia sebab saya ada bukti.

Catatan ringkas seorang mangsa keganasan rumahtangga.
Sedih kan?
Teman dah masuk 25tahun kahwin tak pernah sekali kena tinju,
Suami teman bukan orang ado2,seorang lelaki normal yang biasa2 aje.
Tak pernah jentik teman tak pernah bagi penampau!walaupun kadang bercita2 nak buat macam tu.
Opps!gurau je...

Pada asasnya,lelaki yang kaki pukul seorang yang sangat panas baran.Tak boleh kontrol marah,ego dan akal pendek.
Sebagai lelaki,tenaga anda cukup kuat bukan untuk tunjuk terror kat anak bini.Kalau kuat sangat,piii tumbuk tumbuh batang pokok ke,tumbuk tembok ke...
Setakat tumbuk perempuan...
nampak sangat BACUL!
Perempuan tak kuat,tak ada usaha nak lawan kecuali menangis.

Selalunya.....
Lelaki bermasalah macam ni,ada makwe baru.Bagi mereka keluarga dah jadi beban kat dia.
Selalunya...
Lelaki macam ni,ada masalah mental.Kurang ilmu agama,kurang ilmu kekeluargaan.
Syukur suami teman tak macam ni.
Tenang walaupun suka bertempik!
Bila teman tanya...kenapa suka bertempik?
Dia jawap....bertempik dulu sebelum jadi,daripada dah jadi baru bertempik.
Okay....menjawap NAMPAK?

Kadang2 bila ingatkan anak2,teman rasa cukup takut.
Teman jaga mereka bak menatang minyak yang penuh,tau2 kahwin jadi beg pasir menantu.
Teman selalu fikir...
Siapalah bakal pasangan mereka?
Orang jauh,orang dekat,orang alim atau penyanggak gila?
Entahlah...
Harap2,jodoh mereka orang baik2, lelaki2 yang berakal dan beriman.

Untuk lelaki merangkap suami.Sayangilah keluarga.Kegagalan anda menjaganya akan melahirkan generasi kurang bermutu.
Meraka akan bermimpi ngeri di siang dan malam hari.
kasihanlah mereka....
Mereka adalah insan2 yang ALLAH hadiahkan untuk anda.
kasihanilah mereka dan sayangilah mereka sentiasa.




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH