CHINA DAN KITE..

BANDINGAN YANG MENGERUNKAN HATI..

PM kite dah selesai berurusniaga dengan China.PM lega,tapi rakyat dukacita.Tak pasti hala tuju negara.
PM gembira....tapi sementara,rakyat semakin keliru....
Benarkah ini jalan yang benar...menuju ke arah yang betul.

PM pergi berkeluarga,isteri anak2...naik jet tajaan kite.Konon2 nak berurusniaga dengan China.Pinjam duit,kongsi2 buat projek.Teman pun tak ikut cerita,yang teman tahu....PM pergi pinjam duit Berbillion!!0thn kerajaan China beri kelonggaran.Tak perlu bayar apa2.OMG!benarkah ini semua atau kami bakal di jerat dek China.
Tuhan....selamatkanlah kami semua.Kami tak salah!kami hanya rakyat kebanyakkan.kami tak ada kuasa nak halang,kami cukup lemah....
Bising2 perkara tetap berlaku...kami kebuntuan.Segelintir kami tetap memuja,segelintir kami telah gelap hatinya.

Bukan tak membantah!tapi PM dan rakan2nya buat tak kisah.Semua dianggap penjenayah,bagi mereka rakyat menyusahkan,walhal....mereka sebenarnya yang menyusahkan kami.
Mereka kami gajikan,kami lantik untuk jaga negara.Sebaliknya...mereka semakin besar kepala.
Pada mereka negara ini ANA YANG PUNYA!
Rakyat duduk diam,diam...jangan banyak kata..kelak binasa badan.

Lepas balik dari China,PM tersenyum lega....
Rakyat semakin buntu...Minyak naik.segala bagai naik.Tapi...PM tetap tenang,ekonomi kite semakin baik,walaupun ada hutang,hutang piutang itu terurus dengan baik katanya.
Rakyat tarik nafas panjang.Apa nak jadilah PM kami,okay ke tak okay dia tu?
Tak berbincang ke sesama mereka.Tak pandang ke kesan akan datang.Mana ada negara yang bagi kite pinjam duit suka2,pasti ada mahunya.

PM senyum sampai ketelinga,semua rakan taulan menjaganya.Sepatah di tanya,dijawap berjela jela,tapi tiada satu yang tepat pada soalan,selebihnya sekadar batuk di tangga.
Tiada jawapan pada setiap persoalan.

PM bentang bajet,tukang angguk lebih banyak dari tukang geleng.
Sahabat tanya...diaorang ni semua tak ingat nasib anak cucu ke?
Teman jawap...kalau ingat tak gitu jadinya!
Alahai....malangnya kite,hampir 60thn Merdeka,belum sekali orang asing jadi PM,semua orang kite.
Tapi....
Apa yang kite dapat?
Sahabat kata bersyukur lah...
Teman bosan dengar ucapan tu,bukan teman tak bersyukur,tapi ayat tu nampak merelakan sahaja perbuatan mereka.
Bersyukur pada ALLAH bukan pada mereka!kite mesti tahu bezakan syukur dan terima kasih.Pada ALLAH kite WAJIB bersyukur tapi pada mereka...sekadar terima kasih sudah memadai.Lagi pun...terlantiknya mereka sebagai peneraju bukannya tangan kosong,berisi penuh sagala poket yang ada.Makanya...merekalah patut berterima kasih pada kite semua.Tanpa kite rakyatnya,tanpa negera tercinta,maka tidak terbentuklah kerajaan yang ada sekarang ni.
Itu pun tak tahu2...

Rata2 kawan2 teman akan kata....apa nak jadilah negara kite.
Teman hanya mampu jawap....entahlah.....semuga anak cucu kite selamat di dunia dan di akhirat.
Itu je yang mampu ku buat...



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK