BERITA DARI SELATAN

CHIK KENA KANSER BUAH DADA

Chik kena kanser buah dada.
DAM!
Apa?macam mana ko tahu?
Kakak teman jawap chik bagitahu kat mak.
Okay...chik kena kanser.Penyakit paling semua orang takuti.Kanser bukan demam atau batuk2,Kanser penyakit paling merbahaya.
Chik tak tahu ke?tanya teman
Kakak jawap baru tau,doktor kata tahap 3
Dalam hati...tahap 3 masih ada harapan kan?

Teman call chik,suara macam biasa...tak menunjukkan sakit yang parah.
Hello....chik sihat?
Dia jawap sihat...ngape?bahasa orang Muo....ngape,cape...semua bunyi pelik.
Teman kata tak ada apa,saja je telefon chik...
Sekali lagi teman tanya chik sihat.
Dia jawap...sihat....dan teman dengar jelas,dia nangis.
Teman terus kata...chik jangan takut,semuanya okay,Chik dengar kata doktor,jangan dengar kata orang tau!orang suka cakap tapi entah betul entak tak.Doktor memang pakar.
Dia ya kan je....
Teman sambung lagi....saudara suami kite pun kena juga,
Dia sampuk....habis?mati ke?
Teman jawap spontan...tak lah!semua sihat2 belaka.
Dalam hati.....semua yang teman kenal tewas, dek kenser.Demi menjaga hatinya....spontan teman jawap semua orang2 tu sihat dan masih ada hingga kini.

Mula2 chik kata ada ketulan kecil sebesar tahi lalat,kemudian makin besar makin besar makin...
Yang pasti,tak sakit.
Semua perempuan tak pernah akan terfikir benda yang tumbuh kat badan tu kanser.Teman pun sama....
kelmarin,ada sikit ketumbuhan kat belakang badan,dah berahun tahun..
Hinggalah awal bulan 8 lalu,bengkak dan merah serupa bisul.
Hampir 3 hari,bengkak tu tak susut2,terfikir di hati...ada orang mati sebab bisul,ada orang mati.....nanah penuh satu badan.
Teman terus menuju ke hospital,tak ada siapa menyuruh,teman pergi dengan kerelaan hati sendiri.
Jujur kata...teman takut mati.Walaupun ustaz2 ajar...jangan takut mati,semua orang akan mati.Fikir mati tu indah.Benar ustaz....mati tu indah untuk orang2 yang beriman.Buat teman...sesuatu yang paling menakutkan.Teman banyak dosa,tak tertebus rasanya.Pahala amal semua masih kurang.Biarlah teman mati dalam keadaan paling sempurna.
Aminn.....

Begitulah takutnya teman dengan mati,begitu juga dengan chik.Malam ini,Chik kena masuk untuk persiapan hari esok.
Esok Chik kena bedah buang ketumbuhan tu.
Sepanjang hari tadi,darah chik makin naik,Chik takut yang amat sangat.
Dah tentulah takut kan?
Kite yang muda pun takut apatah lagi chik yang dah tua.
Kakak kata....doktor dah kata,pembedahan ni ada resiko.Samada Chik sihat atau sebaliknya.
Ooo.....patut le emak teman nangis.Patut le adik bungsunya nangis...
Rupa2nya.....nyawa chik umpana telur di hujung tanduk.
Mana kau tahu?tanya teman....
Anak2 chik beritahu aku...
Chik tahu?
Kakak kata tak kot?Kesian chik,banyak sakit.
Tak lama dulu ,kepala lutut tak boleh bengkok,cecair kat sendi lutut dah habis.
Chik kena bedah untuk ubat lutut yang sakit.
Masa tu chik tak takut sangat,sebab sakit lutut bukan sakit kanser.
Kali ini chik benar2 tersentak.Sejak tahu...dia tak lagi keluat rumah duduk dalam rumah bermuran durja.
Tak Chik tak kita.Kalau kite kena sakit tu,pasti kite akan jadi macam chik .
Kemurungan dan mengharap ihsan ALLAH.

Sejak malam tadi,darah makin naik,batuk terusan berbunyi.
Biasanya...orang nak bedah bagai.Mesti sihat walhafiat.Tapi chik macam tak sihat je...
Teman msg anak2 chik...
Jaga emak....jangan menangis depan mak..nanti mak takut..
Cewah!nasihat orang memang pandai.Kena batang hidung....terus pengsan.

Esok,chik kena bedah,teman berharap agar ALLAH sembuhkan Chik cepat,panjangkan umur Chik..
Teringat keturunan teman...
3 sepupu teman dah pergi menemui TUHAN.
kali ini Chik pula diserang kanser ,Chik adik kepada emak teman.
maknanya....kami2 semua juga berresiko KENA.
Jangan terbaik...
Mohon  doa agar penyakit tu tak lekat kat kami.
Semuga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik untuk kami.
Amiin..


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH