PERKHIDMATAN POS LAJU

GDEX

Teman ada pengalaman pahit bersamanya.
Pengalaman yang buat kite taubat nasuha untuk berurusan dengan syarikat ini.
Teman dah berulang kali mengunakan perkhidmatan GDEX,sejak mendapat sikit2 order kawan,acapkali teman melangkah ke GDEX.

2 minggu lalu,teman ada hantar set balang ke Johor,biasanya akan sampai 2 hari selepas tarikh pengiriman.
Selasa lalu...
Lebih kurang pukul 9 pagi(kalau tak silap,yang pasti waktu pagi,semasa teman sedang minum2 dengan kawan2)teman dapat panggilan dari GDEX Tasik Johor.
Antara perbualan itu..
GDEX:Hello...Pn ada hantar barang ke Johor?
Teman jawap ya
GDEX:Saya nak beritahu balang Pn pecah.
Teman jawap bagaimana awak tau isinya balang kaca?
GDEX:saya buka masa dengar bunyi barang pecah.
Teman dalam terpinga pinga....hanya kata okay...apa tindakan GDEX mengenainya.
Macam mana boleh pecah?awak lambung macam dalam FB tu ke?
GDEX:Tak lah Puan,mungkin cara pembungkusan Puan tak cukup kemas.
Dalam hati...pusing sana pusing sini....pelanggan juga yang salah.
GDEX:kami akan buat report dan hantar ke opis.
Teman hanya mampu kata...okay.
Titik.

Lusanya..teman ke GDEX untuk tanya mengenai kes teman ni..
Lepas teman cerita serba sedikit,mereka tanya ada gambar?
Teman jawap tak ada...GDEX Johor kata dia akan hantar report mengenainya.
Mereka jawap...sepatutnya Pn kena ambil gambar.
Teman jawap kenapa saya?barang tu dah sampai ke Johor dan petugas awak yang beritahu saya tentang perkara tu.saya ni hanya pelanggan awak,kalau saya tau undang2 kerja awak,pasti saya tak ada di sini.
Mereka kata kite boleh hantar report tapi mesti ada gambar.
Teman ni dah tua,hati panas kadang2 macam orang muda.
Teman tanya...Barang saya pecah.
Mereka tanya mana Pn tahu?
Teman jawap lelaki bernama Malik yang beritau saya.
Mereka tanya balik...macam mana Malik tahu barang tu pecah?
Jujur teman nak bagitahu,teman rasa nak tendang kerusi meja bila soalan tu di ajukan kat teman.
Itulah persoalannya...
Bagaimana Malik tau,barang tu pecah dan bagaimana Malik tahu isi perut kotak tu barang  kaca.
Teman kata kat petugas,saya cuma mahu barang tu sampai dengan selamat,saya tak mahu report sebab saya tak mahu Malik dapat susah.Zaman gawat orang semua susah nak dapat kerja.Akan tetapi,jika terpaksa....saya tidak ada pilihan melainkan buat aduan ke peringkat atasan.

Hari ini dah hampir seminggu kes ni berlarut.
Apalah susah sangat?
Hantarkan sahaja penutup tu dan semuanya selesai.Bukan teman nak claim duit,teman cuma nak penutup yang ada pada Malik di hantar ke alamat tersebut.
TITIK.

Teman beri pesanan ringkas,katanya barangan tu dalam penghantaran.Tepat pukul 6 petang,masih tak kunjung tiba.
Teman benar2 panas hati!amaran dah di beri...
Sikap acuh tak acuh buat teman benar2 sakit hati.

Akhirnya...teman buat aduan,teman adu semuanya.Teman cerita dari A hingga Z.Teman tiada pilihan,antara sedar dan tidak.....teman terpaksa,sikap petugas macam Malik perlu di ajar.Membuka hak orang lain adalah kesalahan paling besar!
Apa tindakan GDEX teman tak tahu...
Apa yang teman mampu kata....
Sorrylah Malik,ini hukuman yang perlu awak terima.Amanah perlu ada,apa pun pekerjaan awak...
AMANAH adalah satu2 sikap yang MESTI ada dalam diri kite.
Sorry lah....


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK