PERJUMPAAN KELUARGA

MANAF DAN NJAH

Perancangan dah lama...
Memenuhi permintaan Pak Cik teman adik kepada emak.
Mula2 nak buat kat perkarangan rumah,dek rasa takut hujan panas dan tak selesa,kami tukar ke dewan besar.
Siapa Manaf?
Siapa Njah?
Manaf tu moyang teman bapa kepada datok teman....
Njah tu moyang teman bapa kepada nenek teman...

Sejujurnya...kami tak kenal,tak pernah tahu,tak pernah jumpa..
Sehinggalah muncul seorang lelaki bernama Hashim datang mencari sedara di kampung.Sebaik masuk rumah,lelaki ni menangis mendayu2 bila lihat gambar datok teman.Rupa2nya...beliau adik bongsu datok teman tapi emak lain,bapa sama.
Maknanya mereka adik beradik sebapa tapi lain ibu.
Tulah sebabnya...kalau kahwin ramai kena tau susur jalur keluarga.Kena pastikan anak cucu tahu mengenainya.Takut terkahwin adik beradik pula.
Sebab tu le lelaki jangan suka kahwin banyak,tabur anak sana sini...
Di khuatiri...anak2 bercinta sesama sendiri.
Sejak tu,kami sepakat nak menjayakan pertemuan ini.

Sampai harinya,kami bertungkus lumus menyiapkan persiapan sebaik mungkin.Sesempurna mungkin...
Agar semua hadirin senang hati.
Semua ambil bahagian,semua membantu sedaya mungkin..
Tahniah buat sepupu sepapat teman..
Dalam sibuk2 mengurus hidup,masih ada masa untuk hari sejarah ni.

Pada hari tu...
Buat pertama kalinya...teman tahu sejarah keluarga.
Manaf moyang teman datang dari Padang,Indonesia.Hahahaha...mulai hari ini,tak akan kutuk2 Indonesia lagi.Rupa2nya sedara mara.
Manaf dari keluarga orang kaya ringgit rupanya bukan calang2 insan.
Teman kata kat anak...kalau Moyang kite angkut harta bende dia mesti kite kaya raya kan?
Dek persengketaan...Manaf keluar kampung dan berhijrah ke Malaya.
Meneroka tanah,berpindah randah hingga akhirnya menetap kekal di Malaya.

Banyak baiknya jika kite kenal siapa mereka.kenal sejarah keluarga.
Walaupun berpusing2...akhirnya...teman sedar,nenek dan datok tetap saudara.Pusing bagaimana sekalipun!kami tetap bersaudara dunia dan akhirat.

Majlis berjalan lancar,tiada cacat celanya.
Jika kecacatan tu normal...jika sempurna tu mustahil bagi kite.
Dari seawal 7 pagi,anak2 kami dah mula bertugas,bahagian pendaftaran,bahagian hadiah dan lain2 di pantau sebaik mungkin.
Teman dan sepupu yang lain bertindak sebagai ketua.Memastikan anak2 tak curi tulang.
Majlis dimulakan dengan doa,diikuti dengan ucapan2 dan takzirah ringkas.
Dalam keluarga teman ada pak imam,ada wakil rakyat pencen,ada cikgu2 pencen..
Serba lengkap.

Kemuncak majlis bila adik kepada datuk teman tiba...
Terlihat wajahnya...dalam hati berkata...alangkah baiknya jika dulu dia ditemui.Ketika datok teman dan adik2 beradiknya masih hidup.Mereka pasti gembira.
Tapi...Ajal maut pertemuan,ALLAH yang atur.Kite sekadar merancang,ALLAH yang tentukan.
Dengan izinnya...semua akan terjadi.

Majlis berterusan...
Acara demi acara berlangsung dengan jayanya.
Masing2 gembira,yang tak kenal,sekarang dah kenal...
Hanya nawaitu yang ada...
Samada nak teruskan silaturahim atau berhenti setakat ini sahaja.
Terasa rugi jika putuskan hubungan setelah penat menyusur keluarga.
Terasa rugi hidup jika saudara sendiri kite abaikan.

Sejarah terpahat teguh di fikiran..
Hari ini,22hb Oktober 2016.Kami berjaya mengumpul seramai 260 orang saudara mara jauh dan dekat.
Baru nampak betapa ramainya,saudara kite.
Tak kenal maka tak cinta...
Itulah yang berlaku...
Selepas pertemuan ini,boleh kite panjang2kan hubungan hingga akhir hayat.

Kepada arwah Pak Tua....
Jika Pak Tua ada,pasti hati berbunga riang.
Buku catatan Pak Tua banyak membantu...
Barulah kami tau punca keluarga.Barulah kami tau....kami dari keturunan orang kaya2.Tapi....kaya bagaimana pun,harta dunia tak boleh di bawa kemana,akhirnya....kami sama2 meneruskan kelangsungan hidup serba sederhana.
Semuga ada kesempatan lagi buat kami untuk bertemu dengan saudara mara dari keluarga MANAF & NJAH dimasa akan datang.




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK