INNA LILLAHI WA INNA ILAYHI RAJI'UN

ORANG2 YANG APABILA MEREKA DITIMPA OLEH SUATU KESUSAHAN,MEREKA BERKATA..
SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH KEPUNYAAN ALLAH DAN KEPADA ALLAH JUALAH KAMI KEMBALI.

Malam tadi,suami dapat berita rakan opisnya tenat.Perempuan muda yang sedang cuti bersalin anak ke3 dalam keadaan nazak.
Teman dan suami bergegas ke ICU hospital berhampiran taman kami.
Sebaik sampai,kelihatan ramai rakan taulan,saudara berlegar di balkoni depan unit jagaan rapi tu.Wajah semua sugul,semua bercakap perlahan,mungkin bercerita tentang dia.

Teman tak kenal dia,cuma pernah jumpa sekali dua.Sekali dia Aeon dan sekali lagi masa perasmian kedai sahabat teman.Sekitar awal bulan ogos lalu.
Suami kata dia  pernah kerja dengan saya.
Teman tak puji suami,tapi rasa2nya....dia dengan arwah sempadannya boss dan pekerja sahaja.
Sahabat kata ya ke?
Teman jawap ya....
Sahabat umpan lagi...boleh caya ke?
Teman jawap...boleh!selagi suami tak bersiul,tak sikat rambut belah tepi...semuanya pasti berjalan dengan baik.InsyaALLAH.

Untuk masuk pusat jagaan rapi tu,kite kena ikut giliran.Sementara tunggu turn teman berbual2 dengan sesiapa sahaja di luar sana.
sakit apa?tanya teman pada seorang perempuan lewat usia.
Tak sakit apa pun,awalnya demam....
Dah di bawa ke klinik desa,diberinya panadol je...
Demam tak kebah2,makin teruk mengigil sampai menangis hambaALLAH tu.Ingat lagi..katanya dia dah tak tahan,kepalanya sakit.
Esoknya...ayahnya bawa dia ke klinik,masa nurse ambil tekanan darah,tetiba dia jatuh dan keluar darah dari mulut dan hidungnya.
Semua panik!
Semua kelam kabut.
Ambulan sampai,terus bawa di ke hospital dan di tahan di ICU sampai sekarang.

Teman masuk tengok dia,nampak saluran tiub ada darah yang mengalir mengikut nafasnya,tiub jangka hayat pun ada(teringat arwah2 keluarga teman yang sakit dan pergi...)...mesin di sisi tik tik tik...tak berhenti.Itu tandanya,...dia masih ada walaupun tak dapat berkomunikasi dengan kite macam biasa.
Teman nampak matanya renggang.Orang tua ada kata kalau budak tido mata renggang itu tandanya nakal.Jika orang meninggal mata renggang,itu tandanya....ada sesuatu yang tak sempat di lihat,semasa hayatnya.Kebetulan suaminya bertugas di Yamen lepas raya haji hingga hari kematiannya semalam.

Teman lihat kakinya tegak lurus.kain hijau tersingkap sedikit hingga teman nampak runcing jarinya.
Orangnya putih berseri berbadan agak gempal mungkin kesan dari kehamilan yang belum kebah lagi.
Masa teman ziarah dia di hospital,jam menunjukkan pukul 10.30malam.Teman sampai rumah lewat sikit.Sebaik meletakkan kepala di bantal...suami kata....dia dah meninggal.Masa tu teman lihat jam 11.20malam.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un..
Tamat sudah kehidupannya.Dalam usia seawal 31thn dia dah dijemput tuhan.Seawal itu,dia tinggalkan semua yang dia kasihi.Anak2nya,suaminya,ibubapanya......saudara mara dan sahabat handai yang rata2 menyukainya.

Esoknya....teman datang lagi melawat untuk kali terakhir.Proses post mortem,mandikan dia dan solatkan dia di pertanggungjawapkan pada majikan suaminya iaitu TLDM.
Mana2 majikan tak kira kerajaan maupun swasta cuba yang terbaik.Begitu juga dia.....
Akhirnya....sebelum asar,dia dibawa pulang kerumah.Sementara menunggu suaminya yang akan sampai lebihkurang pukul 5petang.
Jenazah di bawa turun kerumah, dengan syarat tak boleh keluar dari keranda kayu untuk mengelakkan darah keluar dan akan kotorkan kain kapan putihnya.
Terdengar bisikan....tak boleh gerakkan sangat jenazah,darah masih mengalir keluar dari mulut.
Teman lihat semua orang mata bengkak,merah menyala...
Itu tandanya semua orang bersedih atas pemergiannya.

Kami di beri izin untuk melihat wajahnya...
Kami di beri laluan untuk melihat ibu muda mati masih berpantang,bayinya masih laparkan susunya,suaminya dan anak2nya masih menagih kasih sayangnya.Ibubapanya juga masih ingin di manjai.
Dia baik...lembut tak suka membantah,jika di beri tugas dia akan lakukan dengan baik.Orangnya memang baik.
Nampak?
Biasanya ALLAH akan jemput orang baik dulu untuk mengadapnya.Orang2 yang nakal ALLAH simpan untuk suruh bertaubat kata hati teman.

Sebaik suaminya sampai...
Teman lihat matanya bengkak dek tangisan tak henti.Teman lihat dia terus memegang keranda dan meratapi kematian isteri tersayang.
Teman lihat dia berbisik namun gagal untuk di dengari.
Dia minta dibawakan anak2nya....satu demi satu...
Seorang yang berumur 5thn memang ada di sana,menatap wajah ibu yang kaku.
Seorang lagi di bawa tampil ke depan...subhanaALLAH!anak2 tu masih kecil.Di bawa keluar anak yang masih berusia 3 minggu,yang masih menangis mencari ibunya.Menangis minta di susukan.
Dah beri susu?tanya di antaranya
Dah!tadi sepupunya dah susukan...
Itu yang teman dengar...
Suasana cukup suram,sebarang kematian....bukan tempat bersuka ria,tapi tempat di mana secara semulajadi semua orang akan menangis.
Termasuklah teman.......
Mengesat air mata di hujung tudung...raba2 dalam beg ,tapi selai tisu pun tak ada......

Teman lihat suami tu mendakap seorang demi seorang anak2 syurga.Menangis semaunya di bahu sahabatnya.
Sedihnya...
Datang dari jauh hanya mampu melihat wajah isteri yang keras kaku,berkapas hampir menutup seluruh wajahnya.
Namun satu je yang teman nak kongsi......wajah itu cukup cantik,mulus bagai sedang tidur lagaknya.
Bahagian kite masih kabur...
Semuga kite juga sebaik nasibnya.

Keranda di tutup tanpa rela,tangisan masih kedengaran digenap sudut rumah.
Keranda di usung keluar,untuk di solatkan buat kali ke 2 di masjidkan berhampiran.
Selamat jalan hamba ALLAH..
Awak dah jumpa kekasih kite,bermulalah kehidupan baru buat mu.
Kami yang tinggal hanya mampu berdoa agar awak sejahtera hendaknya.
Jangan dirisaukan anak2 yang di tinggalkan....ALLAH ADA BERSAMA MEREKA.






Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK