IBUBAPA MODEN

TIDAK SEPERTI IBUBAPA DULU..

Teman terjumpa satu artikel...
Kupasannya baik untuk di jadikan renungan ibubapa masa ini.

Penulis yang menguna nama Hazhari Ismail menyatakan sesuatu yang benar tapi pahit untuk di terima bagi sebilangan ibubapa.
Teman setuju benar artikel ini,bagi teman kite keterlaluan!Memaksa anak2 jadi pandai,walhal.....sepatutnya kite kena tahu takat mana kebolehan anak2 kite.
Teman pun sama...
Sentiasa nak anak pandai.Cuma tak terlalu menekan masa mereka kecil,bagi teman....
Lama lagi mereka nak masuk U.

Teman ada 5 anak,3 perempuan 2 lelaki.
Pengalaman teman...
Pernah hantar anak sulong ke tadika masa umur 4thn.
Atas alasan...
1)Berkawan
2)Bergembira
3)Berkomunikasi bersama kawan2 sebaya.
4)Mengenali orang luar  selain dari keluarga.Masa tu teman nampak dia tak pandai kongsi sesuatu dengan adiknya.

Pernah hantar tuition?
Teman dengan bangga akan jawap tak pernah!bagi teman......umur sekecil tu elok le bermain sepuas hatinya.
Jangan lah bebankan mereka dengan jadual pembelajaran yang padat.
Teman mula hantar anak2 kepusat tuition bila mereka nak hadap pekse besar.UPSR,PMR,SPM,sekolah agama,homework sekolah yang bertimbun.Tu pun ikut keadaan,jika jadual terlalu padat,teman tak akan paksa,cukuplah sekadar tu sahaja.

Dirumah teman tak henti2 bertanya...
Dah solat?
Dah baca buku?
Dah buat kerja sekolah?
Dah itu dan ini?
Pendek kata......teman tak pernah tanya kat anak2,dah makan?
Bagi teman,tiada manusia yang akan biar perutnya kosong,tapi banyak manusia sanggup biarkan otak mereka kosong tanpa ilmu.

Teman setuju pendapat penulis ni,banyak kali teman jumpa ibubapa yang keterlaluan.
Teman pernah berkecimpung dalam dunia kanak2,pernah menjaga hampir 100 orang kanak2.Ada ibubapa yang terlalu beriya iya nak pandaikan anak2.Ada ibubapa yang terlalu fikir nasib anak2 20thn akan datang.
Hari2 ingatkan kami untuk pantau anak2 mereka buat kerja rumah yang diberi,
Teman hanya mampu ingatkan sahaja,buat tak buat tu teman tak boleh buat apa2,terpulang pada mereka.
Malangnya....
Ada ibubapa yang marah2,yang bising2....
Tapi mereka lupa.....
Teman dan TASKA bukan pusat tuition,kami jaga sahaja.
Pernah seorang ibu kata...tolong ajar anak saya mengaji,walhal...setiap hari sabtu kami tak ada aktiviti pembelajaran,setiap sabtu kami ada gotong royong kemas dan cuci TASKA,anak2 selalunya bebas bermain di bilik yang di khaskan.
Sebelum ibubapa mendaftarkan anak2,kami dah jelaskan...sabtu tiada kegiatan.
Si ibu tak peduli asalkan anaknya jadi lebih pandai.
Terkebil2lah si anak mengadap qur an sedangkan anak2 yang lain asyik bergembira.
Teman tanya...Yana nak mengaji?
Dia geleng kepala.
Teman tanya lagi kalau tak suka kenapa mama suruh Yana mengaji?
Dia jawap mama yang suruh.
Teman tanya lagi...sekarang nak mengaji ke nak bermain?
Dia jawap nak bermain sambil mata mengerling ke arah kawan2.
Teman kata lagi...tak pe,mengaji dulu,lepas tu bermain.
Dia geleng kepala sambil menangis.
NAMPAK?
Yana seorang budak yang pandai,akan tetapi....mama Yana nak pernah berasa cukup!Mama Yana nak Yana jadi lebih pandai.
Mangsanya....
Yana...korban ibubapa yang keterlaluan.

Teman kongsi kat sini..
Setuju atau tak,teman sebagai seorang ibu yang hampir menjejak usia ke angka 50,teman rasa  ibubapa muda perlu ambil berat soal ini.
Jangan ikut kata manusia,ikutlah apa yang telah di ajar agama.
Bersederhanalah dalam apa juga yang kite lakukan.

Pagi ini saya mendengar sebuah stesen radio yang membincangkan isu kelas tambahan atau tuisyen untuk kanak-kanak seawal empat tahun. Seperti biasa, ramai ibu bapa yang membuat panggilan berkongsikan pendapat dan rata-ratanya bersetuju bahawa kanak-kanak perlukan tuisyen.

 Malulah kalau anak saya tak pergi tuisyen, kawan-kawan saya semua hantar anak mereka pergi tuisyen. Tuisyen kan sekarang trend, kita kena follow trend. Daripada membazir masa di di rumah, eloklah hantar anak ke kelas tambahan.

Pemilik pusat tuisyen pun siap called in.

 Bagus hantar anak ke pusat tuisyen, sekurang-kurangnya anak-anak tidak terkejut bila masuk ke pendidikan formal. Senang lulus ujian Linus. Masuk kelas first.

Pemikiran ibu bapa di Malaysia hari ini amat menakutkan. Mereka berlumba-lumba bersaing untuk menayangkan anak siapa paling cepat pandai. Untuk apa ya? 

Dan kebanyakkannya adalah ibu bapa di kalangan golongan yang agak berada dan berpendapatan tinggi. Tetapi malangnya keberadaan dan kemewahan yang dikecap gagal ditancap sebaiknya untuk membuat mereka ckana mengenai kepentingan dan keperluan anak-anak yang betul-betul diperlukan. 

Alhamdulillah, sejak dari dulu rakyat Malaysia sedar mengenai isu penderaan fizikal. Mendera dan merotan akan memberi impak yang berpanjangan kepada perkembangan anak-anak yang berterusan. 

Tetapi kita terlupa, selain fizikal, kanak-kanak juga terdera emosi dan mentalnya. Percayalah, penderaan mental dan emosi adalah lebih teruk dari penderaan fizikal. Fizikal kita boleh nampak luaran, mental dan emosi kita tak boleh nampak. 

Kita marah ibu bapa yang dera anak secara fizikal tetapi kita terlupa pandang diri sendiri. 

Dan minggu ini, pelajar seawal usia 11 tahun membunuh diri akibat kegagalan beliau di dalam peperiksaan. Sebuah sistem yang membentuk intelektual kanak-kanak tetapi gagal membentuk akhlaq dan sahsiah. Didorong oleh ibu bapa yang jumud jiwanya. 

Bila kita nak sedar? Takkan nak berhenti bila di dada akhbar terpampang "Pelajar Tadika Bunuh Diri Dan Membunuh Rakan Lain Kerana Gagal Membaca ABC dan Membuat Kiraan Muda 1+1?" 

Berhentilah ibu bapa, semua ini salah. Kita semua salah. Ini semua malapetaka. Berhentilah.






Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK