CELOTEH ANAK

ROMBONGAN KE KIDZANIA

Lepas UPSR,sekolah Alif buat rombongan ke Kidzania Kuala Lumpur.Tak sabar2 dia nak pergi,walhal....teman dah pernah bawa dia sekali ke sana.
Ibu...masa tu Alif keciklah!mana nak ingat!katanya sambil ketawa.
Dalam hati..betul juga,masa tu dia sekitar umur 7thn kot...

Berapa duit?tanya teman
Dia jawap RM200.00 je,ibu boleh bayar deposit RM50.00 dulu,baki nanti bayar.
Teman hulur sehelai duit bernilai RM50.00.Esok bayar!
Yeahhh!!dapat gi Kidzania!laungnya sambil mata menjeling ke si adik.
Adik boleh ikut?tanya teman
Spontan jawapnya...tak boleh!tak ada orang nak jaga.

Hari yang di tunggu tiba..
Biasa bangun pagi berkejut,tidak hari ini...
Pukul 5.30 pagi mata dah terang.Walhal..payah bangun bila kejut untuk sekolah.

Girang tak terhingga.Nampak kawan2 dari jauh dah suka.
Salam pun lebih kurang,terus naik bus,berebut tempat.Suka betul!
Bus gerak lahan...
Teman pandang sampai hilang...
Inilah trip ke 2 Alif tanpa teman dan keluarga.
Ibu...Alif dah besar,dulu pergi dengan ibu,hari ini pergi dengan kawan2.Nanti kalau ibu rindu call le Alif.
Pesannya penuh girang.

Sepanjang tiada dia di sisi,selalu juga dia call teman...memberi maklum aktiviti dia.Bunyi bising sentiasa.Nak bual pun tak dengar apa pun...
Anak2...
Sesekali dapat bebas,macam orang menang loteri.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK