BAJU MERAH MARA DI PEKAN KAMI

TAK TAHU UNTUK APA

Pagi tu,teman macam biasa,ajak suami pergi pasar untuk beli lauk pauk.
Sebaik sampai di sekitar pasar,semua jalan tutup.Tak boleh masuk pasar,kalau nak pergi juga kena memetis!Bahasa orang Johor  maksudnya jalan kaki.
Suami kata..tak payah lah,pergi tempat lain.
Sorry....teman akan turun juga,teman nak tahu...apa sebab pasar kena kepung.

Ada apa tanya teman pada sukarelawan kat situ.
Oo..ada kes besar,mungkin akan ada gaduh2,polis juga ada sana dalam.
Dari jauh teman nampak semua orang macam biasa,cuma kami pembeli sahaja tak boleh bawa kereta masuk kawasan pasar.
Teman benci sebenarnya.Kenapa agenda2 kerajaan mesti nak susahkan kami,rakyat jelata.
Buatlah demo apa pun,kenaoa mesti gaduh bagai?
Teman pernah ikut serta demo kat kolompo,selalu orang gembar gemburkan tempat tu bahaya.
Sebenarnya...jika semua orang berjalan tanpa ada agenda nak berhuru hara...semuanya akan berjalan lancar.
TETAPI...
Pihak2 yang ada kepentingan selalunya menganggu perhimpunan aman tu.Sebenarnya....rakyat membawa satu matlamat untuk kebaikan semua.
Masalahnya....ada pihak yang tak suka dan tak setuju.
Tu je...

Teman tanya peniaga ikan,ada apa?
Dia jawap..ooo itu baju merah ada buat demo.Di pekan satu lagi ada baju kuning buat demo untuk pensempadan semula.Masalahnya,polis takut ada gaduh2.
Teman hanya ooooooo je...
Dalam hati...meluat betul politik kat Malaysia ni...masih ramai rakyat yang taat membabi buta.
Bosan betul!

Teman kena memetis jauh!dalam hati....memang aku tak pangkah kau lah!
Tunggu lah!!kau buat aku jalan jauh.Penat setan!
opps!tercarut sudah...
Betul apa?sebab demo entah apa2,kite pelanggan tetap pasar busuk tu kena menapak jauh.

Dalam perjalan balik,teman jumpa sekumpulan anak2 muda sedang berbincang2 kat bawa pokok,teman tanya...acara UMNO ke?
Mereka jawap ya..ya...
Teman keluar kereta,dah dapat duit?dah dapat makan?
Mereka jawap dah!
Teman nampak ada yang dah bukak baju..kenapa buka baju?
Mereka jawap dah habis mak cik,kami nak balik...
NAMPAK?
Itu perjuangan ke?itu hanya menakuk di air yang keruh.Dapat untung baru mari serta.
Teman ajak mereka bergambar..
Dalam hati....kesian anak2,mereka hanya fikir untung hari ini,esok lusa mungkin ikhtiar lain.Mereka hanya fikir....hasil hari ini untuk hari ini,untuk makan esok mungkin cari lain.
Mak cik nak tanya...demo ni untuk apa?
Lahan mereka jawap...Hidup MB!Hidup PM!
NAMPAK?
Ada agenda rupanya...

Ginilah anak2,insya ALLAH..
MB akan hidup
PM akan hidup dengan aman dan  bahagia.
Tapi...kite semua yang akan mati kering dek gaya politik gila mereka.
Sudah2lah....jadilah rakyat yang bermaruah.Jika orang yang jaga  negara kite benggong,jangan kite ikut sama benggong,jangan kite biarkan,kite kena bangkit mempertahankan hak kite,jika kite tak mahu putih mata,bangkitlah...anak2 sekelian...jangan asyik leka jadi pak turut sepanjang masa.



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK