Posts

Showing posts from October, 2016

IBUBAPA MODEN

Image
TIDAK SEPERTI IBUBAPA DULU..

Teman terjumpa satu artikel... Kupasannya baik untuk di jadikan renungan ibubapa masa ini.
Penulis yang menguna nama Hazhari Ismail menyatakan sesuatu yang benar tapi pahit untuk di terima bagi sebilangan ibubapa. Teman setuju benar artikel ini,bagi teman kite keterlaluan!Memaksa anak2 jadi pandai,walhal.....sepatutnya kite kena tahu takat mana kebolehan anak2 kite.
Teman pun sama...
Sentiasa nak anak pandai.Cuma tak terlalu menekan masa mereka kecil,bagi teman....
Lama lagi mereka nak masuk U.
Teman ada 5 anak,3 perempuan 2 lelaki. Pengalaman teman... Pernah hantar anak sulong ke tadika masa umur 4thn. Atas alasan... 1)Berkawan 2)Bergembira 3)Berkomunikasi bersama kawan2 sebaya. 4)Mengenali orang luar  selain dari keluarga.Masa tu teman nampak dia tak pandai kongsi sesuatu dengan adiknya.
Pernah hantar tuition? Teman dengan bangga akan jawap tak pernah!bagi teman......umur sekecil tu elok le bermain sepuas hatinya. Jangan lah bebankan mereka dengan jadual…

BUNUH DIRI GARA2 MASALAH HIDUP

Image
SEMUGA ALLAH MENGAMPUNINYA

Selalu kite dengar,kite baca,kite nampak...orang bunuh diri.
Sebabnya?
Putus cinta,merana,hati luka,kecewa dan sebagainya.
Bunuh diri cara paling mudah untuk lenyapkan semua masalah.
Namun ianya di tegah agama dan berdosa sesiapa yang melakukannya.

Apa2pun....
Kite tak sama diantara satu dengan yang lain.Ada yang akal panjang dan tak kurang juga yang berakal pendek.
Sahabat kata...pandai je,mana tau akal panjang akal pendek?
Teman jawap akal panjang tak akan bunuh diri,orang yang bunuh diri ni selalunya akal pendek!

Paling sedih...
Sebelum terjun laut,sempat tulis status panjang lebar.
Antara setuju dengan tidak....hanya ALLAH layak menghukumnya.
Sebagai manusia kite hanya mampu doakan agar ALLAH ampunkan dosanya.

Terpaku juga masa baca status tu...
Dia korban diri untuk kite.Benar....
Bila di viralkan,mungkin pihal kerajaan tahu dan sedar,rakyat sanggup bunuh diri hanya kerana desakkan hidup yang mencabar.
Lelaki tu sanggup tinggalkan semua yang dia sayang h…

PERJUMPAAN KELUARGA

MANAF DAN NJAH

Perancangan dah lama...
Memenuhi permintaan Pak Cik teman adik kepada emak.
Mula2 nak buat kat perkarangan rumah,dek rasa takut hujan panas dan tak selesa,kami tukar ke dewan besar.
Siapa Manaf?
Siapa Njah?
Manaf tu moyang teman bapa kepada datok teman....
Njah tu moyang teman bapa kepada nenek teman...

Sejujurnya...kami tak kenal,tak pernah tahu,tak pernah jumpa..
Sehinggalah muncul seorang lelaki bernama Hashim datang mencari sedara di kampung.Sebaik masuk rumah,lelaki ni menangis mendayu2 bila lihat gambar datok teman.Rupa2nya...beliau adik bongsu datok teman tapi emak lain,bapa sama.
Maknanya mereka adik beradik sebapa tapi lain ibu.
Tulah sebabnya...kalau kahwin ramai kena tau susur jalur keluarga.Kena pastikan anak cucu tahu mengenainya.Takut terkahwin adik beradik pula.
Sebab tu le lelaki jangan suka kahwin banyak,tabur anak sana sini...
Di khuatiri...anak2 bercinta sesama sendiri.
Sejak tu,kami sepakat nak menjayakan pertemuan ini.

Sampai harinya,kami bertungkus…

DSM 360

Image
PRODUK LAAAA NI..TERBARU TERKINI DAN DI KATAKAN TERBAIK!

Teman tanya kawan...
Eh!muka dia tu dulu hitam kan?kenapa sekarang dah putih?
Kawan tu jawap...DSM 360..
Teman tanya balik..apa tu?360  edit muka kat phone tu ke?
Kawan tu jawap taklah kak....360 tu buat apa!yang ni DSM 360...bagus kak!nak cuba?boleh hilangkan jeragat,garis2 halus,kedut dan segala macam masalah kulit yang lain.
Tergoda juga..
Dalam hati...kalau benar2 berkesan,tak le sia2 teman membelinya.
Kawan tu tanya lagi...minat tak?saya nak order sekali dengan saya punya.
Teman berkira2 juga,salah satu sebab ialah...kulit teman cukup sensitif.Tak boleh salah sikit..melata kulit merah kering bersisik timbul.Kesan lain...gatal nak mampus!
Opss!sorry...

Nak cuba tak?tanya kawan tu lagi...
Teman tanya balik,bagus sangat ke?
Dia jawap bagus kak....Jangan takut saya pun pakai.
Teman tanya lagi...kalau alah kat kulit akak,macam mana?
Kawan tu kata...tak lah,saya pun kulit sensitif,okay je...
Teman berconggak2 juga nak beli...Kawa…

CELOTEH ANAK

ROMBONGAN KE KIDZANIA

Lepas UPSR,sekolah Alif buat rombongan ke Kidzania Kuala Lumpur.Tak sabar2 dia nak pergi,walhal....teman dah pernah bawa dia sekali ke sana.
Ibu...masa tu Alif keciklah!mana nak ingat!katanya sambil ketawa.
Dalam hati..betul juga,masa tu dia sekitar umur 7thn kot...

Berapa duit?tanya teman
Dia jawap RM200.00 je,ibu boleh bayar deposit RM50.00 dulu,baki nanti bayar.
Teman hulur sehelai duit bernilai RM50.00.Esok bayar!
Yeahhh!!dapat gi Kidzania!laungnya sambil mata menjeling ke si adik.
Adik boleh ikut?tanya teman
Spontan jawapnya...tak boleh!tak ada orang nak jaga.

Hari yang di tunggu tiba..
Biasa bangun pagi berkejut,tidak hari ini...
Pukul 5.30 pagi mata dah terang.Walhal..payah bangun bila kejut untuk sekolah.

Girang tak terhingga.Nampak kawan2 dari jauh dah suka.
Salam pun lebih kurang,terus naik bus,berebut tempat.Suka betul!
Bus gerak lahan...
Teman pandang sampai hilang...
Inilah trip ke 2 Alif tanpa teman dan keluarga.
Ibu...Alif dah besar,dulu pergi deng…

KENDURI KAHWIN

PASTI ADA CACAT CELANYA UMPAMA RUMAH SIAP PAHAT MASIH BERBUNYI

Teman di jemput untuk hadir ke majlis perkahwinan abang kawan anak2 teman.
Biasanya...anak2 berkawan,secara tak langsung teman juga kenal keluarga mereka.
Teman pergi lepas zohor,bagi orang Johor,lepas zohor memang waktu paling sesuai untuk kite hadir kemajlis2 macam ni.
Biasanya waktu bersanding bagi orang Johor lepas zohor.Belum pernah lagi orang bersanding pukul 12tengahari,jika ada pun...pasti ada sebab musababnya.

Teman pergi bawa anak kecil je,anak2 besar dah pandai2 sendiri.
Dari jauh nampak ada meja kosong,teman laju ke arah meja tu,tetiba bahu di langgar oleh seseorang.Kelibat perempuan cuba mendahului teman,merebut tempat kosong tu.Mulut teman memang agak kasar.Spontan je terluah...macam lapor nau!Sambil jeling suami.

Kami ke belakang sikit,selang 2 meja.
Tugas suami ambil makanan,tugas isteri jaga kerusi meja dari di kebas orang.
Sebab tu...teman tak berapa suka bufet,bagi teman hidang lebih sempurna dan teratur…

PERKHIDMATAN POS LAJU

Image
GDEX

Teman ada pengalaman pahit bersamanya.
Pengalaman yang buat kite taubat nasuha untuk berurusan dengan syarikat ini.
Teman dah berulang kali mengunakan perkhidmatan GDEX,sejak mendapat sikit2 order kawan,acapkali teman melangkah ke GDEX.

2 minggu lalu,teman ada hantar set balang ke Johor,biasanya akan sampai 2 hari selepas tarikh pengiriman.
Selasa lalu...
Lebih kurang pukul 9 pagi(kalau tak silap,yang pasti waktu pagi,semasa teman sedang minum2 dengan kawan2)teman dapat panggilan dari GDEX Tasik Johor.
Antara perbualan itu..
GDEX:Hello...Pn ada hantar barang ke Johor?
Teman jawap ya
GDEX:Saya nak beritahu balang Pn pecah.
Teman jawap bagaimana awak tau isinya balang kaca?
GDEX:saya buka masa dengar bunyi barang pecah.
Teman dalam terpinga pinga....hanya kata okay...apa tindakan GDEX mengenainya.
Macam mana boleh pecah?awak lambung macam dalam FB tu ke?
GDEX:Tak lah Puan,mungkin cara pembungkusan Puan tak cukup kemas.
Dalam hati...pusing sana pusing sini....pelanggan juga yang sal…

INNA LILLAHI WA INNA ILAYHI RAJI'UN

Image
ORANG2 YANG APABILA MEREKA DITIMPA OLEH SUATU KESUSAHAN,MEREKA BERKATA.. SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH KEPUNYAAN ALLAH DAN KEPADA ALLAH JUALAH KAMI KEMBALI.
Malam tadi,suami dapat berita rakan opisnya tenat.Perempuan muda yang sedang cuti bersalin anak ke3 dalam keadaan nazak.
Teman dan suami bergegas ke ICU hospital berhampiran taman kami.
Sebaik sampai,kelihatan ramai rakan taulan,saudara berlegar di balkoni depan unit jagaan rapi tu.Wajah semua sugul,semua bercakap perlahan,mungkin bercerita tentang dia.

Teman tak kenal dia,cuma pernah jumpa sekali dua.Sekali dia Aeon dan sekali lagi masa perasmian kedai sahabat teman.Sekitar awal bulan ogos lalu.
Suami kata dia  pernah kerja dengan saya.
Teman tak puji suami,tapi rasa2nya....dia dengan arwah sempadannya boss dan pekerja sahaja.
Sahabat kata ya ke?
Teman jawap ya....
Sahabat umpan lagi...boleh caya ke?
Teman jawap...boleh!selagi suami tak bersiul,tak sikat rambut belah tepi...semuanya pasti berjalan dengan baik.InsyaALLAH.

Untuk masuk …

BAJU MERAH MARA DI PEKAN KAMI

Image
TAK TAHU UNTUK APA

Pagi tu,teman macam biasa,ajak suami pergi pasar untuk beli lauk pauk.
Sebaik sampai di sekitar pasar,semua jalan tutup.Tak boleh masuk pasar,kalau nak pergi juga kena memetis!Bahasa orang Johor  maksudnya jalan kaki.
Suami kata..tak payah lah,pergi tempat lain.
Sorry....teman akan turun juga,teman nak tahu...apa sebab pasar kena kepung.

Ada apa tanya teman pada sukarelawan kat situ.
Oo..ada kes besar,mungkin akan ada gaduh2,polis juga ada sana dalam.
Dari jauh teman nampak semua orang macam biasa,cuma kami pembeli sahaja tak boleh bawa kereta masuk kawasan pasar.
Teman benci sebenarnya.Kenapa agenda2 kerajaan mesti nak susahkan kami,rakyat jelata.
Buatlah demo apa pun,kenaoa mesti gaduh bagai?
Teman pernah ikut serta demo kat kolompo,selalu orang gembar gemburkan tempat tu bahaya.
Sebenarnya...jika semua orang berjalan tanpa ada agenda nak berhuru hara...semuanya akan berjalan lancar.
TETAPI...
Pihak2 yang ada kepentingan selalunya menganggu perhimpunan aman tu.Seb…

DECOUPAGE TUDUNG SAJI

Image
FUHH!BERBALOI BALOI!

Tempahan pertama,dari kawan suami,tudung saji bulat comel je..
Celah gigi je teman deco.
Kali ke 2,juga dari kawan suami...
Kali ini teman beli yang sederhana kecil...
Teman pun tak berapa mahir bab tudung saji.Pada teman....
Sebut saji,rumitnya macam alih gheban!

Percubaan kali ke 2..berjalan dengan lancar,cuma bab nak letak pemegang,Habis terkoyak warna asas yang dah cantik tu.Rasa macam nak pengsan!Rasa nak nangis!
Penatnya.....

Cuti lepas,teman jumpa rakan seperjuangan.Wah!orang yang cantik dan tak lokek ilmu.
Teman tanya bab saji...
Dia jawap mudah je..Mula2 u sapu gesso,lepas tu spray je kaler putih,Lepas kering sapu kaler yang u nak.Lepas tu baru deco..
Nampak mudah kan?
Tapi..teman tak buat gitu...
Teman tetap buat manual.Guna tangan untuk hasil yang lebih baik.

Sahabat kata lagi...u varnise guna apa?
Teman jawap...guna varnise biasa tu...
Sahabat gelak..mana boleh tahan,u beli clear spray dan zass!habis cerita.
Teman terping pinga...boleh ke?
Dia jawap boleh…