UPSR

BAKAL DATANG PADA 5HB SEPT 2016

Anak teman ada 5 orang,setakat ini...teman dah mengadap UPSR sebanyak 3kali,dan 2016,teman terpaksa mengadapnya lagi.Suka tak suka.....teman kena harungi juga.
Sebenarnya...bila anak2 nak ngadap exam,bukan mereka je penat,kite pun turut sama penat.
Jadual padat,kadang2 nak tidur siang pun tak sempat,apatah lagi...balik mereka lewat,bersambung pula ke sekolah agama.
Urusan persekolahan akan tamat sehingga pukul 5.30.sambung pula kelas tambahan.
Balik kelas tambahan,makan2 rehat lebihkurang,sambung buat kerjarumah yang cikgu bagi malambak lambak!.Begitulah keadaan anak2 teman...dan anak2 anda di luar sana.
Yang pasti,teman pun tak mampu nak layan semua ni...Penat lagi memenatkan.

Masa yang ditunggu telah tiba,5hb lalu dia masuk dewan.
Hari pertama,teman hantar dia macam biasa,teman lihat dewan terang benderang.Teman tanya...tak berderau ke darah tu?
Dia jawap..okay je...sambil berlalu pergi.
Balik dari sekolah...
Boleh jawap?tanya teman padanya.
Jawapan penuh yakin..boleh.
Teman kata...kau jangan,nanti tak lulus ibu sekel kepala.
Dia jawap...boleh buatlah ibu,senang macam kacang!
Dalam hati...harap2 apa yang di kata sama dengan apa yang dia hasilkan nanti.

Lepas UPSR,tumpu pulak SERAI 26hb ni..jangan suka sangat.
Dia jawap...alaaa Alif boleh buat,senang je.
Teman balas...jangan yakin sangat.
Dia kata Alif boleh jawap,Alif kan orang mukmin,mestilah boleh jawap.
Oh anak....makan hati,makan hati....ada je jawapannya.

Hari ini hari akhir ujian,dia dah pesan kat teman...jangan kacau2 dia lagi,dia dah penat,dia nak rehat!
Amboi......awal2 dah bagi amaran kat teman?Dia ingat dia je suka?
Dia tak tahu.....
IBU DIA NI PUN SUKA!
MERDEKA!
Tak payah lagi bebel2,tak payah lagi bising2..
Belajar!baca buku!homework dah siap?
Bla,bla.bla.......
Lege den.....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK