SELAMAT HARI RAYA QURBAN

12HB SEPT 2016

Teman balik kampung.Teman sambut raya bersama sama ibunda tercinta.
Pada teman selagi ada emak,susah bagaimana teman tetap merangkak balik jumpa dia...
Bawa anak2 sekali.
Raya tahun ni,sama macam tahun2 lalu...
Tak ada kelainan.

Cuma teman dapat jumpa kawan2 sekolah yang dah lama tak jumpa.Macam2 cerita yang teman dengar.Ada yang susah ada yang senang....
Yang susah kite tumpang berduka.
Yang senang....pandang2lah ke bawah.Bantulah mana yang patut...

Dalam banyak2 cerita...
Ada satu yang teman boleh ketegorikan sebagai berkorban apa sahaja.
Ada seorang kawan perempuan,cuba menarik seorang lagi rakan lelaki (celaru identiti) untuk kembali ke jalan yang benar.
Kelmarin dia ada beri bayang2..
kalau aku perlu berkorban demi kebaikkannya...apa salahnya.

Teman lelaki teman ni pondan,dah lama berkecimpung dalam dunia tu.Dari sekolah,sebut namanya,semua orang kenal.Dengan lenggoknya,dengan cara cakapnya.AWW!
Yang pasti dia baik...persahabatan kami dah lama.Sejak sekolah hingga sekarang.Cuma teman tak pernah cuba menarik dia seperti usaha kawan teman ni.
Teman bagitahu suami,dia sanggup kahwin dengan si polan,atas alasan nak jadikan sipolan lelaki semula.
Suami kata...mabuk ke?
Itu respon pertama.
Walaupun perkara ni rahsia,tapi itulah.....pergorbanan yang dia nak buat.
Teman beri pendapat kau jangan harap banyak sangat dengan dia,kau jangan harap dia boleh bertindak macam lelaki sejati.Sebab dah berpuluh tahun,dia begitu.
Kawan tu jawap..aku tahu,aku faham...sebab tu,aku terpaksa bawa dia keluar dari tempat ni,aku kena cari duit untuk mulakan hidup.
Teman kata lagi...apa yang kau buat ni baik sangat,aku sokong.Tapi kau kena sabar...
Dia jawap aku tahu....aku dah fikir semasak masaknya.

Teman tak terkata,pada teman...dia mungkin kasihan,dia mungkin kesunyian.
Dia nak berkawan dan si polan amat memahami jiwanya.
Teman kata...kalau kau nak berkawan dengan dia memang kau patut halalkan,kau pasti si polan setuju?
Dia jawap....dia kata,dia tak boleh hidup tanpa aku.
Dalam hati..teman takut si polan tu tak faham maksud tersirat.Mungkin si polan tu fikir kawan teman tu baik dan cuba membetulan cara hidupnya.Mungkin dia tak terfikir sampai perlu kahwin.
Dia jawap...aku ada kata,aku nak bawa dia gi umrah.Dia suka bukan main,kat situ dia tak faham ke?aku dan dia kena halal baru boleh pergi umrah sama2.
Teman terkedu....teman tak yakin,sipolan faham...
Dia begitu beriya iya nak pulihkan si polan.Dia begitu tekad...berulang2 kali dia kata...aku hanya doa agar ALLAH mudahkan jalan aku.
NAMPAK?
Dia begitu bersungguh sungguh!

Teman kata lagi..aku sokong,perngorbanan kau ni baik dan dapat pahala kalau kau dapat tarik dia kembali jadi lelaki.Tapi...kau jangan minta lebih daripada tu.Dia biasa jadi perempuan,sana sini dengan kain,tetiba dia kena pakai seluar.Makan masalah sikit.
Lagi satu.....kau kena bincang dengan anak2,kau kena plan betul2,kau datang lah kat tempat aku,mungkin aku boleh bantu kau mana yang patut.
Pertama sekali jika nak berubah,berhenti makan pil hormon.Nanti lama2 kejantan dia keluar.Buah dada dia akan kecil balik,tapi tetap ada...
Dia tanya..boleh ke?
Teman kata...boleh lah,dia dah ambil pil tu sejak remaja.InsyaALLAH..ALLAH ada...
Dia tanya lagi...dia dah potong tak?dia pernah kata kat aku dia lelaki.
Teman jawap setahu aku dia pernah kata dah operate kat Singapore,tapi...mungkin dia tipu kot?Bila dia kata dia lelaki,maknanya tak potong lah tu.
Alhamdulillah....minta2 dia tak buanglah anu dia tu.
Teman senggeh je..tapi kau kena ingat,entah boleh entah ke tidak,Jangan pulak esok lusa masuk paper...tak puashati dengan suami.
Dia jawap insyaALLAH,tak....
Dalam hati..yalah tu,mula2 tak,nanti lama2..turun naik mahkamah.

Siang tadi,teman jumpa kedua duanya.Teman tatap satu persatu,dalam hati,banyak kerja nak buat,si polan masih berdandan ala ala wanita.Tak nampak sikit pun perubahan.
Teman takut,apa yang sahabat teman impikan tak tercapai kat akal si polan,mungkin dia rasa,sahabat tu boleh jadi BFF...
Mungkin dia rasa...selesa berkawan dengan sahabat tu.

Jika benar2 menjadi apa yang dia rancang.Teman tabik spring.
Teman hargai pengorbanan sahabat tu.Bukan mudah nak tarik balik...orang lelaki yang dah berubah menjadi pondan kembali pada fitrahnya.
Jika benar2 berlaku....
Teman hanya mampu kata..alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH