RAGAM BERKAWAN

ADA SAHAJA YANG TAK KENA..

Kepulangan teman di tunggu segelintir kawan2,ada yang mengadu itu dan ini.
Teman jadi runsing,tak sangka setelah bersusah payah mencari mereka,akhirnya...berpuak puak pula.
Tahun 2011,teman dan beberapa rakan taulan mencari kawan2 lama.
Bersusah payah kami menyatukan silaturahim yang putus.
Bukan percuma,tapi bermodal...

Seorang demi seorang kami kesan...
Reunion kali pertama...SUKSES!
Kali ke dua juga....SUKSES!
Kali ke 3....juga SUKSES!
Rakan taulan makin bertambah,makin ramai yang berjaya di hubungi.
Malangnya....
Semakin ramai,semakin banyak pula ragamnya.Ada yang begitu dan ada yang begini.Semua buat kite yang mula2 mencari jadi kecewa.

Kau tak tahu banyak perkara.Kau duduk jauh,kami yang selalu jumpa ni dah masak dengan perangai sorang2.
Kau nak tahu perangai siapa?kau sebut nama,aku boleh terangkan.
Amboiii.sampai kesitu sekali?
Ish,ish,ish...kacau kalau macam tu.
Diaorang tak cerita pasal aku?
Tuan pengerusi geleng kepala.Tak berani kot?
Kenapa pulak?aku nak tahu juga kalau2 ada gossip tentang aku.
Pengerusi kata...tak ada lah,yang ada ni yang selalu sangat berjumpa.
Salah cakap dan jadi gaduh.
Teman hanya mampu kata...oooo....macam tu ke?

Teman kata..sebab tu aku tak aktif dalam group,aku takut salah buat ayat.Sensitif yang amat sangat!
Pengerusi jawap..dah tua,mestilah sensitif,aku tak layan pun...
Dalam diam,teman bersuara,aku ni tak kerja,suami aku kerja seorang.peliknya!kawan2 nak pinjam meminjam mesti ingat aku.Kalau suka2,gembira sendiri.Bila berduka,turut ajak kite sama.
Tak adil betul!

Sebenarnya,aku suka berkawan,tapi...jangan lah anggap aku JKM.Nak bantuan,
aku ni tak ada banyak duit,selalu pokai.
Pengerusi gelak sakan,aku dah bagitahu diaorang,tapi diaorang cuba nasib kat kau.
Teman jawap tak baik tau...aku jadi stress!
Kami gelak2 je...pengerusi kata...kau je yang baik.Lain kali....cakap je..kau ingat aku bank ke?
Teman senggeh...kalau aku kata macam tu,nanti kata aku sombong,bongkak bagai!
Pengerusi kata..peduli lah!tak ada diaorang kite tetap sama.
Kawan setia sukar di cari,kalau ketawa keliling pinggang.
Tak begitu?


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK