KISAH BUDAK ELYANA YANG TUDUNGNYA BASAH...

GARA2 HUJAN MALAM..SEMUANYA BERMULA.

Kisahnya riuh di kata orang.Rasa belas,rasa terkilan...1001 macam perasaan ada dalam hati kite.
Teman pun turut terpalit dengan kisahnya.
Para sahabat menghulurkan bantuan,walaupun tak sebanyak derma  PM dapat,syukur...ada juga.
Kebetulan teman nak pulang raya ke selatan,kesempatan ni teman guna sebaik mungkin.
Teman akan melihat sendiri keadaan mereka.

Masa gambar dia lalu di wall,teman tak baca,cuma terfikir..kenapa dia duduk di celah2 pelajar lelaki?
Lepas teman dengar macam2 cerita barulah teman baca sepenuhnya.
Dia datang lewat kerana sibuk jaga ibu yang lumpuh ,adik2 dan mengosok baju yang basah dek hujan.
Kawasan perumahan kami di landa ribut dan hujan berpanjangan.Malam raya,ribut taufan melanda,nak keluar rumah pun takut..
Cikgunya tanya dah minum?
Dia jawap sudah cikgu,milo dan roti.Air mak dan adik pun saya dah sediakan.
Dari catatan cikgu menceritakan sikit kisah tu...
Menjadi viral seluruh alam.

Semalam....
Teman pergi ke rumahnya.No 2,tingkat bawah...Block XX..
Cukup mudah kerana teman dari daerah itu.Teman dah duduk di daerah itu sejak 1983.Itulah kampung teman dan alamat itu dah ada dalam peta otak ini.
Assalamualaikum..salam di beri dan di sambut dari dalam.
Waalaikumussalam suara lelaki menyambutnya.
Bila teman jenggah,teman lihat persekitaran yang sederhana,ada TV ada sofa ,lengkap persis rumah keluarga normal.
Sepah2 itu juga normal kan?
Ibunya terbaring di tengah2 ruang tamu,bila ditanya mengapa,sakit apa?
Lelaki berasal dari Sabah kata..ketumbuhan dalam otak.
Teman tanya tak rawat?
Lelaki bernama Mohd jawap dah kak,tapi doktor nak tunggu berat dia melebihi 50kg baru boleh operate.
Teman hanya mampu sebut oooooooo...

Akak datang sebab bila baca kisah anak awak kat FB.Kami pakat2 sumbang sikit bantuan.
Mohd hanya senyum...terima kasih kak.Susah2 je..Akak dari mana?
Akak dari Perak,tapi akak orang sini..
Oo patut lah akak tau tuju rumah ni..katanya
Teman hulurkan sampul duit kaler merah kat anaknya.
Mohd mula bersuara...saya bukan susah sangat kak,saya tak minta pun orang viralkan kisah anak saya tu.Saya marah sebenarnya,privacy saya terganggu,saya ada maruah,keluarga saya marah dan hentam2 saya.Diaorang malu nak ngaku saya keluarga mereka kak.Keluarga saya juga ada martabat kak.Diaorang marah,seolah olah diaorang tak bantu saya sekeluarga.Sana sini orang mula kata...oo beli itu ini guna duit oranglah!anak3 jadi mangsa bila kawan pun mengejek...bapak kau beli hp guna duit derma ke?
saya malu kak!saya malu...walaupun saya miskin,saya tak boleh meminta minta.
Sebagai ketua keluarga,saya ada ego tersendiri,sebelum ni saya bahagia kak.Kisah anak saya gosok baju,itu hanyalah sumbangan kecil dia untuk keluarga.Bagi orang miskin itu perkara biasa.Sebelum kisah dia di viral,saya sudah ada semua...ada kereta,ada rumah sewa,ada tv semua sudah ada.
Bila kisah ini di perbesarkan,ramai datang dengan macam2 niat.Ad yang ikhlas,ada yang mengambil kesempatan dengan nasib kami yang miskin.
Orang politik dengan caranya,orang biasa dengan caranya.
Saya dah 2 kali ngadap cerita ini,dulu awal tahun...Di viralkan kisah keluarga saya.
Hingga ada seorang lelaki yang hebat dan di kenali datang menanya pada saya...ada tak seorang datin masukkan duit sekian jumlah kat acc saya?bila saya kata tak ada..
Dia kata...duit dari datin tu dah masuk kat acc awak,saya nak duit tu.
NAMPAK KAK!
Sebenarnya...siapa yang susah?
Saya orang miskin,tak mampu nak buat apa2.saya beralah je...tak mampu nak perjuangkan nasib.
Ini kali ke2 kisah keluarga saya di viralkan.Saya tak minta begini.Saya hanya berserah pada ALLAH.Mungkin ALLAH beri saya rezeki melalui cara ini,saya berserah dan bersyukur.
Yang tahu kisah saya hanya ALLAH,pihak sekolah.
Cikgu Norliana Samsuri cikgu baharu,masih tak banyak yang dia tahu tentang anak saya.
Saya marah!kehidupan saya terganggu.Orang kata saya ayah tak guna,kahwin lagi,tinggalkan mereka.Saya ikuti semua komen di luar sana.Macam2 dikatakan pada saya.
saya benar2 terganggu.
Sepatutnya...cikgu tak boleh beri alamat,cukup lah acc nombor jika benar2 ingin memberi.Lagi satu,berilah acc anak saya kenapa perlu acc cikgu tu?
Lepas saya tanya...pihak sekolah beri arahan,duit tu akan di masukkan dalam acc ketiga2 anak saya.
Jika benar2 ingin memberi kenapa mesti macam tu?
saya perlu beli susu isteri saya,susu anak2 saya...
Kenapa mesti di sekat?
Jika benar2 membantu...bawalah isteri saya dapatkan rawatan terbaik.Saya tak perlukan beras,minyak bagai!
Saya masih mampu beri anak bini saya makan kak.

Jujur kata..teman terpaku.Nak kata kagum,,,ehmm tak juga.Nak kata percaya...ehmm,,kadang2 orang2 zaman sekarang hipokrit!
Cakap dalam lain,cakap luar lain,
Dari zahir,teman lihat,mungkin benar kata2 dia...
Dia susah tapi tak lah sesusah mana.Dia ada sebuah kereta yang cantik.
Semua tu saya dah ada kak,sebelum kisah anak saya di viralkan.
Dia ada sebiji tv berskrin besar!
Itu pun saya dah ada sebelum kisah anak di viralkan.
Dia juga ada motor dan mengunakan hp jenama terkini.
Semua tu saya dah ada kak......sebelum kisah ini di viralkan.

Harap semua faham...
Dia miskin,tapi...tidaklah semiskin mana..Dia masih mampu makan dan meletakkan anak isteri dirumah sewa walaupun tak mewah.
Dia susah....tapi masih ramai lagi diluar sana yang susah kak...
Anaknya tolong jaga ibu yang lumpuh.
Itu juga biasa kak.....anak tolong jaga ibu,sebab kami kena berpijak di bumi yang nyata.Kami bekerja sama untuk kelansungan hidup ni,adik beradik datang juga membantu.

Di mana silapnya?
Teman pun tak tahu....
Katanya lagi...mereka sepatut berbincang dengan saya dulu.Jika saya setuju,barulah di viralkan.Untuk motivasi,saya terima...Tapi...tak sedapnya,kenapa mesti minta sumbangan?
saya tak minta buat begitu.Jika benar2 ingin membantu...berilah rawatan pada isteri saya.
Ada betul juga kata2 tu...
JIKA BENAR2 INGIN MEMBANTU...BERILAH RAWATAN PADA ISTERINYA.

Anak saya pernah nak dimasukkan ke sekolah berasrama,tapi saya tak benarkan.
Akak nak tahu kenapa?
Siapa nak bantu jaga ibunya,Saya kena kerja.saya tak suka minta2.saya ada maruah!
Dalam hati,harap apa yang awak kata akan awak kotakan Mohd..
Saya nak cari orang yang kata saya kahwin lagi dan tinggalkan keluarga.
Saya nak cari orang tu!pasti satu hari saya akan cari sampai dapat...
Teman hanya kata...tak payahlah.Jika benar2 awak tak suka..minta cikgu tu delete status tu.Cukuplah...
Saya dah minta begitu,cikgu tu sedang usahakan.Sebenarnya kak,saya ikuti semua komen2 masyarakat di luar sana,hati saya menangis kak,saya tak minta buat ini semua.Saya lebih suka hidup susah daripada di kata orang.

Sudahlah,jangan kasar2,cikgu tu mungkin nak membantu,Hargailah...
Cikgu tu mungkin silap,tapi..awak tetap dapat rezeki kan?mungkin sepatah kata awak,mungkin ALLAH turunkan rezeki dengan cara ini.Jangan malu2lah...PM kite pun dapat derma.Maknanya derma juga satu sumber kepada yang kurang bernasib baik.
Ini kakak ipar akak,dia pun susah,baru kena berhenti kerja.Ada suami OKU,ada seorang anak yang masih sekolah.Dia susah...Tapi nasibnya tak seindah awak.Lepas kisah anak di viralkan,awak dapat sumber dan bolehlah digunakan beli alatan penting untuk anak2 dan isteri.Lagi2 awak dah di berhentikan kerja.Sumber dari derma orang juga mampu selamatkan awak dan keluarga dari kepapaan.
Semua kejadian ada hikmah di sebaliknya.
Tak perlulah besar2kan masalah ni,jika benar2 awak tak suka...HENTIKAN semua ni!tak perlulah awak bercerita kat PIBG sekolah tentang kesusahan awak dan keluarga..
Tadi awak ada cerita...
Awal tahun,awak hanya ada RM30 je...
Alatan sekolah tak beli lagi...
Mungkin terdesak awak ceritakan pada pihak sekolah mohon simpati.
Kenapa awak tak berusaha?Dulu...teman pun susah,nak pergi sekolah duit tambang pun tak ada.Ibubapa teman tak pulak bercerita masalah inu kat pihak sekolah.Semua di atasi sendiri oleh abah teman.

Teman tanya anak tu...kenapa awak duduk kat kawasan lelaki.Dia jawap..saya memang ikut giliran nombor Chik.
Kenapa tudung basah?
Semalam hujan,tak sedar...pagi2 baru perasan hujan malam tadi.Saya terpaksa gosoklah.Biasa buat macam tu...
Kenapa cikgu terlalu ambik berat kat awak?
Cikgu tu,cikgu caunseling...
Ooo..patut lah,kalau dah bahagia caunseling,mestilah tahu anak2 murid yang bermasalah.
Kenapa cikgu tak nak beri duit kat ayah?
Elyana hanya geling kepala,anak sebesar tu tak akan memahami sepenuhnya masalah kite orang dewasa.Anak2 teman pun sama....walaupun dah besar panjang,masih blurrr...

Sebelum balik,teman hanya mampu kata...jangan marah orang nak membantu.Semua rakyat Malaysia prihatin,cuma mungkin caranya salah.
Mohd jawap...benar kak,saya tak marah,saya terima semuanya dengan sabar,mungkin ALLAH nak bantu saya dengan cara ini,tapi jangan di perkatakan keluarga saya keterlaluan.Saya juga ada maruah walaupun saya orang miskin.
Selepas kisah ini di viralkan....keselamatan mereka sekeluarga terpaksa di utamakan.Malam2 ada orang ketuk pintu,panggil namanya,isterinya dan nama Elyana.
Siapa mereka?
Hanya ALLAH yang tahu..
Saya tak buka pintu kak,saya pesan anak2 jangan buka pintu bila ayah tak ada..
Teman terfikir...mungkin dalam 30Juta penduduk Malaysia,mungkin sejuta beranggapan,di dalam rumahnya ada banyak RM hasil pemberian orang ramai.
Mohd balas....betul!itu yang saya nak katakan,walhal..tak adalah banyak sangat orang yang datang bawa wang tunai.Ada yang saja2 mahu melihat2,ada yang bawa beras bagai.Ada yang datang nak siasat,samada benar2 kisah keluarga saya benar2 wujud.

Isterinya yang terlantar hanya memandang, sesekali menyampuk dengan bahasa yang kite susah nak faham.
Mohd dikurniakan anak 3 orang anak hasil perkahwinan dengan isteri warga Indonesia.
Elyana dan 2 anak lelaki yang masih kecil.
Sesekali anak2 kecil tu masuk ke rumah dengan hingus comot di pipi..
Benar kata Mohd...inilah gaya hidupnya.
Kite yang perasan sempurna,kadang2 syok sendiri je....





Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH