Skip to main content

CIKGU CABUL MURID DARJAH 3

INI YANG PALING KITE TAKUTI...
MENDAPAT BERITA MALANG ANDAI DIA ANAK KITE.



KOTA BHARU - Seorang guru mengaku tidak salah di mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencabul murid tahun tiga, dua tahun lalu.
Tertuduh, Ahmad Bakri Ibrahim, 51, didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan meraba kemaluan mangsa yang berusia sembilan tahun di sebuah stor sukan di sebuah sekolah di Wakaf Bharu, Tumpat.
Kejadian didakwa berlaku antara jam 7 dan 9 pagi, pada 7 April 2016.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Firli Fairulyzan Arias, manakala tertuduh diwakili peguam, Nasriq Nazman.
Pada prosiding itu, Firli mencadangkan jaminan RM3,000 terhadap tertuduh, bagaimanapun Nasriq memohon jumlah itu dikurangkan dengan mengambil kira tanggungan keluarga tertuduh.
“Tertuduh berpendapatan RM4,000 dan ada anak yang bersekolah. Jika dibenarkan jamin, tertuduh berjanji tidak akan mengganggu mangsa,” katanya.
Majistret, Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 September depan untuk pengurusan.


Teman selalu pesan dengan anak2...
Tiada siapa boleh lihat badan kamu melainkan Ibu.
Tiada siapa boleh paksa kamu buka baju melainkan Ibu.
Jika cikgu atau sesiapa sahaja bawa kamu ke bilik yang gelap contohnya stor dan sebagainya,jangan ikut.
Selalu anak2 akan jawap...kalau cikgu marah?
Teman akan jawap....biar ibu yang selesaikan.Lari je ketempat lain.
Tiada siapa akan ambil kamu dari sekolah melainkan ibuayah,kakak dan abang.
Jangan ambil makanan2 yang di beri oleh orang yang tak di kenali.
Pendek kata...

Hari2,inilah pesan yang selalu teman sampaikan.
Teman berusaha,hanya ALLAH yang menentukan.
Teman berusaha sedaya upaya,jika betul2 berlaku...itulah ketentuan ALLAH.
Mungkin ALLAH nak naikan darjat kite.

Teman selalu tanamkan dalam diri anak2.....
Rambut sama hitam,hati lain2...
Jagalah diri...anak2....
Ibu tak terpantau,jika kamu jauh dari sisi ini..
Hanya ALLAH sahaja yang ada untuk mu..

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH