BUSTEL

SINGKATAN BAGI BUS YANG DIJADIKAN HOTEL

Lama dah,Bustel beroperasi,hajat hati nak ajak anak2 bermalam disitu juga dah lama..tersimpan dalam hati.
Hanya baru2 ni,teman berkesempatan.Teman rancang,otw ke Johor untuk bermalam di Bustel.

Masa teman book melalui whatsApp,Teman tanya macam2..
Satu bus berapa?
Mereka jawap RM130,deposit RM50 dan tak akan di kembalikan tetapi akan di simpan sehingga kite setuju untuk berurusan dengan mereka.
Ada cafe?
Mereka jawap ada dan beroperasi sehingga 2 pagi.
Ada pemanas air?
Mereka jawap ada atau mereka akan beri kite pinjam tarmos.
Check in pukul 2.30 dan keluar pukul 12 tengahari.
Dan macam2 lagi keistimewaan yang mereka berikan.

Sampai masanya...
Teman dengan bangga kata dengan kawan2...saya nak tido kat Bustel.Dengar2 Bustel nak tutup operasi?Rezeki anak dapat bermalam dalam bus.
Sahabat hanya senggeh...Pergilah...

Sebaik sampai,jam menunjukkan pukul 11.40malam.Bustel ada kat kawasan pantai Klebang.Dari jauh,teman tak nampak Bustel kerana gelap gelita,Makin hampir barulah nampak deretan bus2 lama dalam bentuk bulatan.Makin dekat,baru teman nampak segalanya.Ralatnya....gelap hanya ditemani lampu malap yang ada di tengah2.
Teman daftar masuk...
Puan kena bayar baki sebanyak RM80 ya..
Teman hulur duit dan ambil reset.Teman tanya ada pemanas air?
Mereka kata ada,kami hanya beri tarmos (sambil meninjau bekalan tarmos yang ada..
Maaf Puan,tarmos kami dah habis.
Masa ni,hati dah tak seronok.Teman kata boleh adakan tak?sebab akak nak sahur esok.
Mereka jawap tak boleh Puan,tarmos dah habis.
Hati dah makin panas.
Teman tanya kata ada cafe?
Mereka jawap ada tapi dah berhenti operasi.
Teman tanya lagi...masa saya tanya,awak kata ada!
Mereka jawap betul ada,tapi bukan kami punya...deretan kedai kat luar tu akan berniaga hingga esok pagi.
OMG!rasa tertipu!

Teman masih sabar,dalam hati ini...sabar,sabar...
Sebaik kunci bertukar tangan,kami pun masuk dalam bus,ada satu je katil kelamin.Dalam hati mana satu lagi bilik 2 katil single tu?turun balik...ooo mungkin pintu belakang,cuba buka tapi kunci tak sama...
Jalan ke opis,macam tu je ke?satu katil?mana lagi satu bilik?dalam internet ada 2 bilik dalam satu bus?
Nak tahu apa kerani jawap?
Ooo Puan salah faham.....
Maknanya di sini.....satu bus di bahagi 2.Tempat pemandu di jadikan tandas,cukup kecil dan melemaskan.Patutlah syarat utama satu bilik untuk 2 dewasa dan 2 kanak2 bawah umur 5thn.Kami ni ada anak bawah umur 12thn,kire masih okay...cuma kepadatan dan kekecilan bilik tu,buat kami tak boleh bernafas.Sepatutnya.....satu bus di buat untuk satu pelanggan,tak kisahlah berapa harganya tapi jangan lah terlalu sempit.Aniaya orang je..
Kena anak buas bukan kepalang?
Mahu kena terajang malam2.
patut lah....orang tak ada,rupanya....dalam bus lebih melemaskan.

Akhirnya...teman tak jadi bermalam di situ,akhirnya....impian tak seperti yang di harapkan.
Teman kata...boleh tak saya batalkan order?
Dia jawap boleh tapi deposit tak boleh dapat balik...
Teman dengan rasa sesal hanya mampu kata...boleh lah....dalam hati,macam manalah awak berniaga?tak fikir keselesaan orang?
Patut pun bulan ni bulan terakhir mereka beroperasi,alasannya....kerajaan negeri nak ambil tapak Bustel untuk pembangunan.
Ehmmm...elok le....daripada ramai lagi yang kecewa.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH