Posts

Showing posts from September, 2016

CIKGU CABUL MURID DARJAH 3

Image
INI YANG PALING KITE TAKUTI...
MENDAPAT BERITA MALANG ANDAI DIA ANAK KITE.



KOTA BHARU - Seorang guru mengaku tidak salah di mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencabul murid tahun tiga, dua tahun lalu.
Tertuduh, Ahmad Bakri Ibrahim, 51, didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan meraba kemaluan mangsa yang berusia sembilan tahun di sebuah stor sukan di sebuah sekolah di Wakaf Bharu, Tumpat.
Kejadian didakwa berlaku antara jam 7 dan 9 pagi, pada 7 April 2016.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Firli Fairulyzan Arias, manakala tertuduh diwakili peguam, Nasriq Nazman.
Pada prosiding itu, Firli mencadangkan jaminan RM3,000 terhadap tertuduh, bagaimanapun Nasriq memohon jumlah itu dikurangkan dengan mengambil kira tanggungan keluarga tertuduh.
“Tertuduh berpendapatan RM4,000 dan ada an…

TAK SANGKA2 SENI DECOUPAGE MELEKAKAN TEMAN..

EHMMM.....
ALHAMDULILLAH...

Tak sangka,ia menjadi..
Teman dah belajar 2tahun lalu.Tapi tak terfikir nak serius.
Lepas raya lepas,baru aktif.Baru sedar....ianya menguntungkan walaupun penat.
Dek sibuk,teman tak sempat nak menulis,nak berFB nak berwassap,semua tu bukan lagi dunia teman.
Decoupage buat teman tak menang tangan.

UNTUNG?
Jujur kata...Untung,cuma lambat lah nak jadi macam DSVida...Qu putih Qu putih...barulah putih.
Kerjanya rumit.lambat nak siapkan walaupun sebalang kaca.
Nampak tak berharga,bagi peminatnya....setiap kali teman load hasil kerja,pasti meleleh ayaq lioq diaorang.
Cantiknya,cantiknya...
Itulah yang teman kerap baca di wall....
Terima kasih terima kasih sebab menghargai hasil kerja ni.

Kelmarin,ada kawan order 72balang plastik.Beranika rupa dan berende bagai.
Hari ini....kawan2 order saji.Penutup plastik makanan yang tak habis tu...
Berposah teman memikirkanya.Macam mana nak ku buat kat tudung saji ni..pusing kiri pusing kanan...prosesnya tetap sama.
Gesso,warna…

RAGAM BERKAWAN

ADA SAHAJA YANG TAK KENA..

Kepulangan teman di tunggu segelintir kawan2,ada yang mengadu itu dan ini.
Teman jadi runsing,tak sangka setelah bersusah payah mencari mereka,akhirnya...berpuak puak pula.
Tahun 2011,teman dan beberapa rakan taulan mencari kawan2 lama.
Bersusah payah kami menyatukan silaturahim yang putus.
Bukan percuma,tapi bermodal...

Seorang demi seorang kami kesan...
Reunion kali pertama...SUKSES!
Kali ke dua juga....SUKSES!
Kali ke 3....juga SUKSES!
Rakan taulan makin bertambah,makin ramai yang berjaya di hubungi.
Malangnya....
Semakin ramai,semakin banyak pula ragamnya.Ada yang begitu dan ada yang begini.Semua buat kite yang mula2 mencari jadi kecewa.

Kau tak tahu banyak perkara.Kau duduk jauh,kami yang selalu jumpa ni dah masak dengan perangai sorang2.
Kau nak tahu perangai siapa?kau sebut nama,aku boleh terangkan.
Amboiii.sampai kesitu sekali?
Ish,ish,ish...kacau kalau macam tu.
Diaorang tak cerita pasal aku?
Tuan pengerusi geleng kepala.Tak berani kot?
Kenapa pulak…

KISAH BUDAK ELYANA YANG TUDUNGNYA BASAH...

Image
GARA2 HUJAN MALAM..SEMUANYA BERMULA.

Kisahnya riuh di kata orang.Rasa belas,rasa terkilan...1001 macam perasaan ada dalam hati kite.
Teman pun turut terpalit dengan kisahnya.
Para sahabat menghulurkan bantuan,walaupun tak sebanyak derma  PM dapat,syukur...ada juga.
Kebetulan teman nak pulang raya ke selatan,kesempatan ni teman guna sebaik mungkin.
Teman akan melihat sendiri keadaan mereka.

Masa gambar dia lalu di wall,teman tak baca,cuma terfikir..kenapa dia duduk di celah2 pelajar lelaki?
Lepas teman dengar macam2 cerita barulah teman baca sepenuhnya.
Dia datang lewat kerana sibuk jaga ibu yang lumpuh ,adik2 dan mengosok baju yang basah dek hujan.
Kawasan perumahan kami di landa ribut dan hujan berpanjangan.Malam raya,ribut taufan melanda,nak keluar rumah pun takut..
Cikgunya tanya dah minum?
Dia jawap sudah cikgu,milo dan roti.Air mak dan adik pun saya dah sediakan.
Dari catatan cikgu menceritakan sikit kisah tu...
Menjadi viral seluruh alam.

Semalam....
Teman pergi ke rumahnya.No 2…

SELAMAT HARI RAYA QURBAN

12HB SEPT 2016

Teman balik kampung.Teman sambut raya bersama sama ibunda tercinta.
Pada teman selagi ada emak,susah bagaimana teman tetap merangkak balik jumpa dia...
Bawa anak2 sekali.
Raya tahun ni,sama macam tahun2 lalu...
Tak ada kelainan.

Cuma teman dapat jumpa kawan2 sekolah yang dah lama tak jumpa.Macam2 cerita yang teman dengar.Ada yang susah ada yang senang....
Yang susah kite tumpang berduka.
Yang senang....pandang2lah ke bawah.Bantulah mana yang patut...

Dalam banyak2 cerita...
Ada satu yang teman boleh ketegorikan sebagai berkorban apa sahaja.
Ada seorang kawan perempuan,cuba menarik seorang lagi rakan lelaki (celaru identiti) untuk kembali ke jalan yang benar.
Kelmarin dia ada beri bayang2..
kalau aku perlu berkorban demi kebaikkannya...apa salahnya.

Teman lelaki teman ni pondan,dah lama berkecimpung dalam dunia tu.Dari sekolah,sebut namanya,semua orang kenal.Dengan lenggoknya,dengan cara cakapnya.AWW!
Yang pasti dia baik...persahabatan kami dah lama.Sejak sekolah hingga …

BUSTEL

SINGKATAN BAGI BUS YANG DIJADIKAN HOTEL

Lama dah,Bustel beroperasi,hajat hati nak ajak anak2 bermalam disitu juga dah lama..tersimpan dalam hati.
Hanya baru2 ni,teman berkesempatan.Teman rancang,otw ke Johor untuk bermalam di Bustel.

Masa teman book melalui whatsApp,Teman tanya macam2..
Satu bus berapa?
Mereka jawap RM130,deposit RM50 dan tak akan di kembalikan tetapi akan di simpan sehingga kite setuju untuk berurusan dengan mereka.
Ada cafe?
Mereka jawap ada dan beroperasi sehingga 2 pagi.
Ada pemanas air?
Mereka jawap ada atau mereka akan beri kite pinjam tarmos.
Check in pukul 2.30 dan keluar pukul 12 tengahari.
Dan macam2 lagi keistimewaan yang mereka berikan.

Sampai masanya...
Teman dengan bangga kata dengan kawan2...saya nak tido kat Bustel.Dengar2 Bustel nak tutup operasi?Rezeki anak dapat bermalam dalam bus.
Sahabat hanya senggeh...Pergilah...

Sebaik sampai,jam menunjukkan pukul 11.40malam.Bustel ada kat kawasan pantai Klebang.Dari jauh,teman tak nampak Bustel kerana gelap ge…

BILA SIPOLAN DAN SIPOLAN KEMBALI KEJALAN YANG GELAP

APA LAGI YANG KITE NAK KATAKAN....
SUKA HATI LE.....
KUBUR MASING2KAN?

Beberapa bulan lepas,kecuh bila dia kembali jadi lelaki.Daripada seorang pondan paling jelita,dia dengan rela hati kembali ke jantina asal.
Mengaku ingin berubah,ingin kembali kepada fitrah alam.Dia di sokong penuh oleh semua lapisan masyarakat.
Baik lelaki maupun perempuan,baik tua mahupun yang muda...semua tercopong mulut bila Safiey llias kembali 'gantang'.
Cantiknya dia....jadi lelaki pun cantik,apatah lagi jadi perempuan.

Dia mula mengorak langkah....menukar corak kehidupan.
Semua orang gembira riang terutama ibubapa dan keluarga.Masyarakat keliling pun mula rasa kagum,bagaimana seorang anak muda boleh berjaya dalam dunia wanita.
Sana sini cerita dia keluar..
puji melangit,apa2 pun...syukur pada ilahi,dia dah sedar diri.

TAPI...
Tu tak lama....
Semalam,teman baca kisah dia dah kembali menjadi pondan,banyak alasan di kemukakan.Pada teman....mahu jadi apa pun,kami tak pedulilah!
Mahu jadi lelaki atau mah…

SIBUK SEPANJANG MASA..

GARA2 DECOUPAGE

Teman benar2 kesuntukan masa,banyak kerja yang menghalang teman dari bersuka ria.Celik mata hingga tutup mata..Berdecoupage sepanjang masa
Anak2 kata..ibu ni,asyik berdeco je..
Suka tak suka...teman kena teruskan juga.Kepercayaan kawan2 amat teman hargai dan teman cuba puaskan hati.
Harap kerjatangan ini menawan hati semua.

FB teman tak sempat,membaca jauh sekali,nak menulis pun...mata tak izinkan walaupun sebaris ayat.Semua jadi berantakan.
Kadang2 kucing2 mengeaw minta makan.Walhal sebelum ini,kucing tak sempat mengeaw,makanan sentiasa ada.Mereka boleh makan ikut suka.

Aaliya kata..ibu jangan lah load kat FB,nanti orang ramai suka.
Teman jawap...itu promosi paling murah.
Tapi...barang yang ibu nak lukis tak ada,macam mana ibu nak lukis?
Teman jawap..ada!ibu pasti ada!
Katanya tak kala lihat teman mencari barangan yang nak di deco dari satu kedai kekedai yang lain.

Teman tak jual mahal2,cukup sekadar lepas duit pewarna.
Satu keler..teman kena keluarkan duit sebanyak 2…

UPSR

BAKAL DATANG PADA 5HB SEPT 2016

Anak teman ada 5 orang,setakat ini...teman dah mengadap UPSR sebanyak 3kali,dan 2016,teman terpaksa mengadapnya lagi.Suka tak suka.....teman kena harungi juga.
Sebenarnya...bila anak2 nak ngadap exam,bukan mereka je penat,kite pun turut sama penat.
Jadual padat,kadang2 nak tidur siang pun tak sempat,apatah lagi...balik mereka lewat,bersambung pula ke sekolah agama.
Urusan persekolahan akan tamat sehingga pukul 5.30.sambung pula kelas tambahan.
Balik kelas tambahan,makan2 rehat lebihkurang,sambung buat kerjarumah yang cikgu bagi malambak lambak!.Begitulah keadaan anak2 teman...dan anak2 anda di luar sana.
Yang pasti,teman pun tak mampu nak layan semua ni...Penat lagi memenatkan.

Masa yang ditunggu telah tiba,5hb lalu dia masuk dewan.
Hari pertama,teman hantar dia macam biasa,teman lihat dewan terang benderang.Teman tanya...tak berderau ke darah tu?
Dia jawap..okay je...sambil berlalu pergi.
Balik dari sekolah...
Boleh jawap?tanya teman padanya.
Jawapan p…