TANGKAP MO1

KALAULAH 'DIA' MASIH ADA...
PASTI KAMI DAH SAMPAI DI SANA!

Dia tu....abang ipar teman..
Dah jadi arwah pada 23hb Fen 2016,beberapa hari sebelum hari lahirnya.
Sakit mengejut,tetiba di serang jantung!
OMG!mati itu pasti!

Kenapa teman kata...kalaulah dia ada....Sebab......dialah pencetus semangat.Kami bersemangat juga,tapi suam suam kuku.
Beberapa demo kami redah bersama...
Menyusuri jalan perlahan...Walaupun penat,kaki lenguh demi perjuangan,kami tetap akan bersama.

Fizikalnya agak besar tapi...semangatnya tak menghalang dari dia bersama meredah jalanraya.
Peramah dan tak pernah malu untuk tampil ke depan jika berpeluang.
Perhimpunan kali ini,teman tak ikut sangat.Teman hanya menjadi pemerhati sepi.
Bukan putus asa,tapi.......dah malas nak layan...
Sahabat kata...itu putus asalah!
Teman jawap...taklah!saya tunggu PRU akan datang.Kat situ saya akan tunjukkan semangat juang saya.Sekarang ni,penatlah!abang ude saya pun dah tak ada...
Tak ada kaki nak berjuang.
Sahabat kata...berjuang tahi kucing!
Teman jawap..bukan pejuang tahi kucing tapi...saya seorang,suami saya ngikut je,dulu ada abang ipar,dia suka juga.Sekarang ni,rasa2nya....tak layan kot?
Sahabat jawap...piiirah!
Marah?
Tak lah.....tak boleh marah!nanti kena jual...
Kena banyak sabar,mengadap pengkritik macam ni...Golongan ini ada di mana mana.Mereka akan sentiasa memperlekehkan kite.

Teman lihat laporan dalam blog.Ramai walaupun tanpa kehadiran PAS.Teman tak faham kenapa PAS berubah sebegitu kali.
Teman benar2 tak faham.Bila masyarakat hampir menuju kearahnya,tetiba parti tu bersekongkol dengan pasti lawan.
OMG!
Sakit kepala fikirkan semua ni...

Kali ini teman tak bersama2 dalam demo Tangkap MO1.Teman tak berkesempatan.Tak sesuai nak redah jalanraya dengan anak yang bakal UPSR.
Teman benar2 minta maaf,semangat mungkin kurang tapi...keputusan dah ada kejap dalam hati.
Kepada pendemo sekian...
ANDALAH HERO KAMI!
Kami mengharap lebih ramai anak muda menyertai pejuang2 kite.
Tahniah!
Selamat berjuang.

Comments

TST said…
PAs dah failed

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK