POKEMON GO DAH MAIII MALAYSIA

HURA HURA NAK HARAMKAN TAK KEMANA...

Sebelum ni macam2 cadangan..HARAM HALAL bagai!
Akhirnya....termaktub games POKEMON dah masuk Malaysia.

Masaalahnya...
Kalau pihak kerajaan tak boleh pantau,tak payah kata apa2 le.....
Redha je...

KUALA LUMPUR: Pokemon GO kini sudah tiba di Malaysia.



Para pengguna telefon pintar boleh memuat turun permainan augmented reality yang mencetus fenomena di seluruh dunia ini di Apps Store bagi pengguna iPhone dan Play Store bagi pengguna Android.

Menurut Amanz, bermula jam 8 pagi hari ini, Malaysia menerima Pokemon GO bersama beberapa negara lain seperti Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Kepulauan Solomon, Persekutuan Mikronesia dan Palau.

Permainan ini turut mengundang kontroversi tersendiri selepas menyebabkan para pengguna di seluruh dunia terlibat dengan pelbagai insiden seperti melanggar kereta polis dan menangkap Pokemon ketika isteri bersalin.

Pemain Pokemon GO turut dilihat berada di beberapa kawasan sensitif seperti di tanah perkuburan dantugu peringatan Hiroshima.

Yang terbaru.....POKEMON ada kat kawasan Kaabah!
OMG!apa le bende2 ni...sakit kepala fikir..
Harap2 anak2 teman tak terpedaya,sampai sanggup cari POKEMON di mana2 sahaja.
Harap2 anak2 teman dan anak2 anda semua sedar....semua ni hanyalah pemainan dunia yang bakal menyusahkan kite.
Harap2 lah....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH