NOOR AMILA EDRUS NORSHAM

MANGSA TERKINI..

Masa mula2 keluar berita kehilangan dia...
Teman dengar sambil lalu je...dah biasa,kanak2 hilang,kanak2 di dera,kanak2 mati,kanak2 di bunuh kejam.
Dah biasa....
Hari2 ada sahaja berita mengenai mereka.Baik di dalam negara atau di luar sana.
Kesimpulannya!
Kanak2 tak selamat lagi...Kanak2 tak lagi di lindungi malahan mereka sekadar tempat mencurah rasa.
Teman seriau,bila ingatkan keadaan kanak2 yang hilang.Kemana agaknya mereka.Hidup mati...kite tak tahu.Kalau hidup di mana mereka kalau mati....mana kuburnya.

Terkini....
Seorang kanak2 hilang.
Tak tahu kemana perginya...tau2...dah mati.Tak dapat bayangkan,bagaimana penerimaan keluarga,kanak2 yang hilang tu terlalu kecil untuk melawan.
5thn...apa lah yang mereka mampu pertahankan diri.Di herdik di tengking,pasti mereka menurut perintah

Jom kite hayati kes Noor Amila Edrus Norsham.

KES BUNUH EDRUS : SUSPEK BERLAKON KONON SIMPATI
"Saya tak tahu dia (Edrus) hilang ke mana. Saya bimbang dia diculik penjenayah? Kata kata itu masing terngiang-ngiang di telinga saya sebaik saja seorang lelaki yang juga abang ipar kepada Noor Amila Edrus Norsham ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan kes pembunuhan kanak- kanak berkenaan, kelmarin.
Saya bertemu dengan lelaki itu ketika berkunjung ke rumah ibu tiri Edrus di Perumahan Awam Jinjang Utara untuk membuat laporan susulan berita kehilangan kanak kanak berusia lima tahun itu. Saya ke rumah mereka pada Isnin, 15 Ogos lalu iaitu hari keempat Edrus dilaporkan hilang selepas solat Maghrib berjemaah di surau berhampiran rumahnya, 11 Ogos lalu. Sebaik tiba di rumah berkenaan saya lihat lelaki itu ada di dalam rumah menjaga dua anak kecilnya.
Saya berbual dengan isteri lelaki berkenaan di luar rumah dan dia tidak keluar walaupun tahu saya adalah wartawan akhbar dan sedang membuat liputan mengenai kehilangan Edrus. Selepas bersembang dan mendapat maklumat mengenai perkembangan terbaru kes itu dia.
Wartawan Harian mencerita semula lagak suspek berkerjasama mencari Edrus di kawasan perumahan.
Hanya kami berdua mencari dan ketika itu kami sempat berbual dan saya tidak pasti sama ada dia warganegara Malaysia atau tidak kerana dia tidak banyak bercakap. Dia dan saya sama-sama mencari di rumah kosong di perumahan avvam berkenaan.
Sepanjang kira-kira 10 minit bersamanva dia tidak banyak bercakap, tetapi berlagak selamba dan apabila saya cuba menemuramahnya, dia melahirkan rasa simpati pada Edrus.
Malah, saya turut memberi pendapat berdasarkan pengalaman saya sebagai wartawan jenayah yang Edrus mungkin diculik kerana sudah hilang beberapa hari.
Ketika saya bercakap demikian, dia tidak memberi sebarang komen, sebaliknya hanya mengiyakan saja. Dia memang tidak banyak bercakap cuma sekali saja dia bercakap dia bimbangkan keselamatan Edrus.
Ketika saya mengambil gambarnya sedang mencari di rumah kosong berkenaan, dia memberi kerjasama dan berlakon seolah olah seperti tidak tahu apa-apa.
Malah, dia turut memberi nama dan umurnya kepada saya untuk dimuatkan dalam berita kehilangan kanak kanak itu.
SUSPEK PERNAH MENGAMUK DAN MAHU TUMBUK MANGSA
Terus terang, saya memang takut dengan menantu saya. Dia pun tahu saya tidak menyenangi dan mesra dengannya," kata Norrihan Bakar, 51, ibu tiri kanak kanak mangsa bunuh, Noor Amila Edrus Norsham, lima tahun. Menurutnya, dia menganggap menantu lelaki yang dipanggil Hamid itu seorang penuh misteri dan sukar dibaca perwatakannya. Jika diikutkan tiada konflik serius berlaku antara kami sebelum ini. Cuma saya perasan dia tidak menyenangi Edrus. Contohnya, dia akan menghalang Edrus menaiki kereta sekiranya mahu keluar berjalan bersama-sama," katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, mereka sekeluarga tidak menyangka menantunya itu tergamak membunuh anak tirinya. Norrihan berkata, menantunya itu pernah naik angin mendadak dan mahu menumbuk Edrus ketika mereka sekeluarga berhenti di Hentian Tapah, Perak, selepas menyambut Aidilfitri di Pulau Pinang. Apabila berlaku kejadian kejam sebegini, kami menganggap dia ada masalah jiwa," katanya sambil memberitahu, menantunya itu seorang pendiam.
Sementara itu bapa mangsa. Norsham Jalil, 63, berkata, menantunya itu berkahwin dengan anaknya sejak tiga tahun lalu. Dia mungkin mempunyai perasaan dendam serta sifat cemburu keterlaluan yang sudah lama dipendam," katanya.
Ditanya mengenai dakwaan motif pembunuhan anaknya itu dikaitkan dengan wang tebusan, Norsham menafikan perkara itu. Dia tidak pernah meminta wang seperti didakwa. Malah keadaan mayat Edrus yang didakwa putus kepala adalah tidak benar. Saya sendiri melihat jenazah Edrus dalam keadaan sempurna ketika membuat pengecaman di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur," katanva.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata, siasatan mendapati suspek menculik mangsa bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah RM10,000 bagi membayar hutang ibu kandungnya. Mengulas mengenai laporan bedah siasat yang dikeluarkan jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid berkata, punca kematian sebenar mangsa masih belum diperoleh berikutan mayat ditemui dalam keadaan hampir reput.
Zaman laaa ni...musuh ada dekat dengan kite,tak pasti siapa.Tapi....mereka ada....
Memerhatikan setiap gerak kite.Silap haribulan,kite bakal jadi mangsanya.
Balik pada kes atas,teman baca,teman dengar cerita mengenai kehilangan adik ni,dalam hati hanya harap dia selamat.Walaupun terdetik dihati....hanya ALLAH sahaja maha mengetahui.
Ralatnya....
Umur 5thn dah pandai gi surau sendiri.Walaupun adik tu sebaik malaikat.Fikirlah....baru 5thn kot?
Anak2 teman.....dalam usia macam tu,masih main2 dalam rumah,masih dalam kawalan kami.
Pergi ke mana juga,mereka tetap ada di sisi kami.
Bukan apa.....ALLAH suruh kite berusaha untuk selamatkan mereka dan kemudian baru bertawakkal.Bukan tawakkal dulu baru berusaha.

Tak salahkan sesiapa....cuma salahkan ibubapanya.
Walaupun takdirnya begitu.Sebagai mana yang kite tahu...ALLAH beri ujian atau musibah sebagai peringatan kepada kite semua.
Jagalah anak2 sebaik mungkin.Jika dah berusaha berlaku juga.
Itu baru di namakan........dugaan dari ALLAH.
Begitulah adanya...

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH