BILA DAH TAK DAYA NAK BELA.....

AKHIRNYA....ANAK PANDA TERPAKSA BALIK CHINA.

Semua orang kenal Panda,binatang berwarna putih bertompok hitam.
Berapa tahun lalu......
Kite di kecuhkan dengan kehadiran panda yang di beri nama Liang2 dan Xing2.
Kite terpaksa telan air liur bila dapat tahun,kos bela 2 ekor binatang  ni bernilai berjuta juta.
Kadang2 kite sedih....
Panda lebih bernilai daripada manusia.Dengan kos yang tinggi,dibantah bagaimana sekalipun,2 ekor panda tetap di bawa pulang.

Anak panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang, Nuan Nuan berkemungkinan besar akan dipulangkan ke China, Ogos tahun hadapan kerana Zoo Negara tidak mampu untuk membiayai kos penjagaannya yang tinggi.

Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Sr. Zaharin Md. Arif berkata, pihaknya perlu membayar kepada China seba­nyak AS$600,000 (RM2,414,116.03) dan memperuntukkan AS$150,000 (RM603,549.80) untuk insurans seekor panda, selain kos operasi penjagaannya menelan hampirRM200,000 sebulan.

Menurutnya, selepas usianya dua tahun, anak panda betina itu perlu diasingkan daripada ibu bapanya kerana dikhuatiri berlaku pergaduhan dan ini menyebabkan kos tambahan diperlukan.

“Kita tiada tempat untuk anak panda dan perlu memikirkan gaji kakitangan, penyelenggaraan pendingin hawa yang perlu dipasang selama 24 jam dan makanan haiwan itu.

“Perbincangan dengan Persatuan Pemeliharaan Hidupan Liar China (CWCA) akan dilakukan November ini dan kami bercadang menjaga Nuan Nuan sehingga usianya dua tahun sahaja pada Ogos tahun hadapan walaupun kontrak membenarkannya sehingga empat tahun,” katanya.


Eloklah...bela 2 ekor tu pun berJUTA JUTA!tak payah lah nak galas lagi sekor dua ekor..
Teman pun tak sempat lagi nak ziarah panda2 yang ada tu..
Sibuk keje keje keje...
Kadang2 terfikir juga....
Jadi PANDA pun okay kot?
Makan tanggung berak cangkung.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK