AKHIRNYA.....TEMAN MASUK HOSPITAL JUA..

GARA2 ABAIKAN KESIHATAN

2 minggu lalu,teman dah jumpa Doktor Srinathan...
Doktor lelaki peramah gillla!banyak cakap dan mudah berbicara serta tak lokek ilmu di dada.
2 minggu lalu,teman dah di bekalkan dengan ubat ubatan.
Teman di saran makan ubat ikut waktu.Doktor akan buang ketulan kat belakang badan ni bila teman benar2 bersedia.Maksudnya....glukos tunjuk aras tercantik.

Minggu lalu,teman jumpa lagi Doktor,kesihatan teman okay,cuma kencing manis mula menapakkan diri.Suka atau tak,teman kena makan ubat.
Bukan ubat demam bukan ubat sembelit tapi...ubat kencing manis.
Aras gula kena turun bawah 10.
OMG!macam mana lah nak turun,raya2 ni orang banyak sediakan kuih muih aneka rasa.
Teman memang kalah dengan kuih dan muih.Benar2 kalah.
Bagi teman....kuih2 tu benar2 mengoda perasaan.

Sahabat kata patut pun kena kencing manis!suka makan kuih.
SATU PESANAN untuk pesakit kencing manis.
JANGAN MAKAN MAKANAN BERGULA.
JANGAN AMBIK KARBO BANYAK SANGAT!
KARBO TU MAKSUDNYA MAKANAN BERKANJI MACAM NASI,TEPUN, PASTA DAN SEWAKTU DENGANNYA.
PENDEK KATA SILA JAGA PEMAKANAN YA KAWAN2 SI KENCING MANIS.
SENAMAN WAJIB!BIAR PELUH BANYAK2.
MAKAN SIKIT2 TAPI KERAP TAK MENGAPA,TAPI JANGAN MAKAN BANYAK2 DAN KERAP!MEMANG TEMPAH MAUT LE JAWAPNYA.

Isnin lalu,semua sempurna.Teman di sorong masuk bilik bedah.Persediaan macam kes berat2 je...
Undang2 kak....memang macam ni..jawap nurse comel bila teman merungut kena buka baju seluar dan sarung baju biru ikat belakang.
Teman di sorong dengan katil2 sekali!
Sampai depan pintu,nurse comel beri tisu basah.
Kak lap gincu merah tu..
Teman kata akak memang sengaja pakai cantik2.
Dia jawap..tak boleh kak,undang2!akak kena buang untuk mudah doktor tengok bibir tu pucat atau tak..
Teman ikut je...sentallah gincu merah agar jadi pudar semulajadi.

Sebaik masuk bilik pembedahan,kesejukan menyusuk sampai tulang sum sum.
Sejuknya...
Ginilah kak kami rasa hari2.Sampai kering kontang kulit ni ahh!kata mereka sambil terus menyorong teman ke bilik no 3.
Teman di letakkan atas katil,teman pandang ke atas,nampak syiling putih diserikan lagi dengan lampu stadium.Teman kata kat nurse,kenapa le tolak akak awal sangat?kalau ada lemah jantung tadi mungkin akak pengsan!
Mereka gelak...kejap lagi doktor masuk kak,jangan takut...sambil menepuk nepuk kaki teman.

Sambil mereka buat kerja,teman termenung pandang syiling kenang nasib badan.
Rezeki paling bermakna ialah kesihatan.Teringat kata2 ustazah,kata2 ustaz...
Benar...banyak duit tapi sakit pun tak ada makna.

Doktor masuk,menyapa lembut...
Jangan takut,sikit je...
Doktor suruh teman menyiarap dan betulkan kedudukan supaya teman selesa.
Teman hanya dengar perbualan mereka sesama mereka...Terasa kain di tutup seluruh badan,hanya bukaan  sikit kat muka.
Terasa segala alatan di letakkan atas punggung teman,teman yakin alatan tu untuk bedah teman.
Teman yakin alatan tu berupa gunting,pisau dan sebagainya.
Saya mahu letak ubat bius ,sakit sikit ya...
Tusukan jarum tu tarasa sangat pedih.Bukan sakit sikit tapi sakit banyak doktor.Hati tak henti baca ayat Qur si,al fatihah dan doa2 yang teman tahu.Dalam hati mohon ALLAH selamatkam teman.Mohon ALLAH permudahkan segala urusan.

Beberapa minit,Doktor cucuk satu tempat...terasa hujung jawap menyusuk daging.
Sakit?
Teman angguk...
Dia tanya lagi...Sakit?
Teman jawap tak...
Doktor pesan jangan gerak,kalau sakit beritahu sahaja.
Teman angguk...
Terdengar bunyi macam orang walding besi,bau hangus mula timbul.Dalam hati tak henti doa...
Semua ni amat menakutkan.
Teman dengar lagi dan lagi...
Saya jahit sikit ya...akak jangan takut.Pesan Doktor lagi.
Teman hanya angguk dan angguk..
Terasa belakang badan sejuk,mereka sedang cuci kotoran..
DAN SEMUANYA SELESAI.
Mereka minta teman baring sempurna dan sorong teman keluar dan hantar ke bilik.
Rasa nak muntah?tanya nurse
Teman jawap tak....
Rasa pening?tanyanya lagi...
Teman jawap...tak...
Okay kakak duduk dulu...nanti doktor datang boleh tanya semua soalan.
Teman angguk,teman hanya mampu menunggu sampai doktor benarkan teman balik rumah.

Satu je pesan teman...
Jika kite ada rasa sebarang masalah kat badan kite,jangan bersikap pandai2 sendiri.Pergilah jumpa doktor.Jika dah parah!
Nasi dan jadi bubur dan tak berguna lagi.

Masa doktor cucuk jarum kat kulit...Kite akan tahu pentingnya kesihatan.
Baru jarum dan sakit benar,Belum lagi benda2 lain...
Oleh itu...
Berdoalah supaya kite di kurniakan kesihatan yang baik dan selamat di dunia dan akhirat.

Apa2 pun....hari2 mendatang,teman dan kencing manis tidak lagi boleh di pisahkan.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH