YEAH!ESOK HARI RAYA!

HARI KEMENANGAN BUAT KITE SEMUA

Setiap tahun,teman akan meraikan hari kemenangan menghabiskan puasa di kampung,opss!ditaman bukan di kampung.
Walaupun penat,teman tetap akan meredah jalanraya menuju ke pangkuan bunda tercinta.
Pernah teman kata kat kakak,kalau mak tak ada,mungkin aku tak balik...
Kakak bertanya kenapa?
Teman jawap yalah...anak2 kau makin besar,tak lama lagi mungkin bernikah.Macam gitu juga anak2 aku,keluarga kite makin besar.Tak sesuai lagi angkut balik rumah kau kecuali...ada sesuatu majlis.
Kakak balas jangan macam tu,mak ada mak tak ada...biarlah selamanya rumah aku jadi rumah tumpuan.
Tak membantah,hanya mengharap dia faham...
Teman tak sesuai lagi berangkut balik kampung.

Dari pagi...teman sibuk dengan acara sendiri.Pagi ambil kuih,kek dan sebagainya.Tengahari,,,,pii bandar cari keperluan2 yang lain.
Jika di Johor bahru,Angsana tempat paling sesuai dan sibuk menjelang Aidil Fitri.Kat sini sebut sahaja,pasti ada..Terfikir sahaja,pasti ada apa yang di kehendaki.
Ketupat 10 biji RM15 sahaja.Beli banyak kurang singgit.
ketupat palas aneka rasa dengan harga tersendiri.Kosong,berpulut...semua ada.
Harga boleh runding,paling sikit turun 50sen.
Malas berendang?Beli sahaja.Setengah kilo daging campur kuah hanya 25inggit je.Jujur kata....mahal sungguh!Setengah kilo termasuk sedikit daging,kentang,karot dan kuah.
Cekik darah kan?
Apa nak buat....adat orang berniaga,mesti untung tak mahu rugi.

Pendek kata...kaum ibu kaum bapa sama sibuknya.Suami teman jadi dreber....kesana kemari...letak tepi,teman redah sendiri.
Kamu tunggu sini kejap,saya pergi beli biskut semperit Kak Lijah.
Suami atau lelaki....no hal,asalkan handphone ada di tangan.Dalam berlari kesana kemari...teman sempat jenggah kedai tudung berbagai jenama.Neolofa,Ariani bagai!Tapi...tak boleh lama2,hanya mampu tarik selai dua je...
Beratur panjang tak kala nak bayar.OMG!patut le...menteri selalu kata....kemiskinan di Malaysia...SIFAR!
Sahabat kata...tak semua,hari raya ni semua orang cuba bergaya.Tak tukar semua,selai tudung jadilah.
Teman angguk...mungkin.....

Balik rumah,masing2 sibuk dengan tugasan masing2.
Ada yang kopek bawang,ada yang kemas rumah,ada yang mengulau!
Anak2 gembira sakan,berlari berkejaran.Pusing keliling tapi masih dalam rumah.Tak boleh dilarang...emak akan kata...budak2,biarlah,asalkan jangan berlari kawasan larangan.

Maghrib...lepas buka,lepas solat,lepas takbir....
Duduk mengimbau kenangan,mengenang insan tersayang yang telah pergi mendahului kite...
Satu je soalan yang tak pernah terungkap jawapannya...
Selepas dia dan dia dan dia.......SIAPALAH AGAKNYA YANG BAKAL MENYUSUL?
HUH!

Esoknya...kemuncak buat kite,berbaju sedondong,beraneka kaler.Teman pilih kaler merah hati,adik pilih kaler hijau cantik,kakak pilih kaler pink belacan.
Pendek kata....semua gembira.
Tiada yang berduka,tiada yang merana.
Raya tak semestinya baju baru,tak semestinya tukar perabut baru...
Apa yang ada di olah semula agar tak suram sentiasa.
Makanan aneka rasa tersusun atas meja,ada ketupat,ada rendang,ada lodeh....ada sambal kacang...
Itulah sebenarnya Hari Raya.
Lepas solat raya....jumpa emak,mohon ampun dan maaf...
Menangis?
Sejak dulu hingga kini,inilah acara paling teman tak suka.Meleleh air mata...
Sebab tu....sebelum acara ni,teman tak pakai maskara,teman takut jadi sebiji puntianak sundal malam.
Comot dek linangan air mata...
Selepas tu.....makan2,gelak2 hingga petang.

Mohon ALLAH ampuni kami,panjangkan umur kami,murahkan rezeki kami,sejahterakan hidup kami,bahagiakan kami dunia dan akhirat...
Tak mampu pertahankan diri...
Jika ALLAH mengkehendaki......mungkin teman akan pergi.Yang mampu di kata,Mohon maaf buat semua......
Selamat Hari raya.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK