RUMAH TERBUKA 2016

TAK TERFIKIR NAK BUAT TAPI.......

Bulan puasa,kite berpuasa sebulan.Wah!betapa seronoknya,berpuasa.Pejam celik dah habis...
Timbullah pula bulan syawal,bulan di mana semua umat islam berhari raya.
Berbaju baru sedondon,beraneka warna.
Tahun ni,teman cukup sederhana,kegawatan buat kami takut berbelanja.
Almaklum.....anak2 masih sekolah,belum tamat pengajian.Semua kos kami tanggung sendiri.Tiada bantuan...
Untuk teruskan hidup,kami terpaksa berdikit2,tak boleh mewah tak tentu arah.

Habis cuti raya...
Kami pulang kerumah,menikmati sisa raya dan kemeriahannya.
Masih terasa bahang raya...
Semua rakan taulan tak sudah2 mengucap SELAMAT HARI RAYA.

Dalam gembira,ada satu perkara yang kite tak suka...
Bila orang atau kawan2 tanya...tak buat rumah terbuka?Bila nak buat open house?
Dengan senyum tawar,kite akan jawap...insyaALLAH atau...tak kot atau.....tak buat,rumah i sentiasa terbuka,jemput lah...
Kawan2 akan tanya lagi..tak kan le tak buat?buatlah....kami nak datang raya.
Jiwa terus kacau,tak buat takut orang kata lokeknya!buat?...ehmmm..

Buat lah sesuatu kerana ALLAH,jangan buat kerana kata2 orang.
Betul tu.....
Buat kerana ALLAH...

Akhirnya,keputusan di buat,lakukan sesuatu kerana ALLAH,insyaALLAH semuanya akan selamat.
Rela hati,tak buat besar besaran,tapi buat semampunya,tak jemput ramai2,tapi jemput mana yang rapat sahaja.
Mula2 fikir menu,lepas tu...kemas rumah,pergi pasar dan mula memasak.
OMG!dah lama tak berendang ayam berkilo2,dah lama tak kopek bawang berkilo!
Dah lama tak cuci ayam sampai kembang jari jemari.Dah lama tak ramas cili kering setapis penuh.Semua tu dah lama teman tak buat..
Bukan malas,lokek atau tak suka...tapi..tak mampu,keting mudah lenguh,bahu...SUBHANALLAH!panas pijar...
Nak order rasa tak puashati,lagipun...sikit je...setakat 30 orang tetamu jarang tokey ketering nak layan,terutama musin2 rumah terbuka sana sini.
Ayam 6 ekor?Yob kat pasar pun tercenggang.Banyaknya Yong?
Teman hanya senyum....ada orang nak datang.
Yob tanya,nak potong anak ghamei?
Teman jawap..ya,potong anak ghamei...nak buat macam mana,anak ghamei nau!

Beli sayur,tokey perempuan yang teman kenal lama tanya...
Nak buat rumah terbuka ke?
Teman hanya kata...untuk anak2 kawan je...(tak sanggup nak kata ya,sebab teman tak jemput dia,kat sini masalah bermula)
Teman singgah beli bawang...aunty tu tanya...open house kah adik?
Teman angguk....sikit2 je aunty...
Aunty India jawap kecil besar,tak pa,asal hati banyak suka.
Terpaku sejenak....kecil besar bukan persoalan,asalkan ikhlas....
Itu sebenarnya yang teman faham,dari kata2nya.

Akhirnya....
Teman mulakan acara berendang.
Tak lah teruk sangat,teman lupa,anak2 dah besar...
Dah boleh bantu sikit walaupun tak semua.
Akhirnya...
Teman sedar....
Semuanya bergantung pada hati,nak atau tidak...bukan kite yang jawap...tapi hati.Nawaitu baik,maka baiklah jadinya.
Akhirnya teman sedar.....open house dalam jumlah yang tak ramai,lebih baik daripada sekali datang 200orang.
Kite boleh santai2,kite boleh bergurau senda di antara satu dengan yang lain.Kite boleh control majlis,daripada huru hara.Kite boleh jaga makan minum agar teratur semuanya.
kesimpulan....
Tahun2 akan datang,teman tak mahu buat open house basar besaran,teman nak buat majlis yang kecil tapi meriah.
Itulah keputusan yang di ambil untuk tahun2 akan datang.

Selamat hari raya buat semua...
Maaf zahir batin.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK