POLIS SIASAT FB KOR MING KERANA HINA PEMBERIAN DUIT RAYA

KITE KENA BACA KESELURUHAN BERITA DAN BUKAN SEKERAT SAHAJA.

Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming telah memuatkan status menghina sambutan hari raya,dengan mengaitkan pemberian duit raya sebagai rasuah.
Inilah suasana politik Malaysia.Salah tulis,salah cakap...jika ianya datang dari suara Pembangkang!pasti kecuh jadinya.

Teman sibuk dan tak sempat nak baca berita2 terkini.
Cuma bila sahabat2 bertanya mengenainya,baru le teman menjajau mencariya.
Bila jumpa,baca dan cuba hadam sampai lumat,barulah tahu...
Ohhh...itu ceritanya.

Polis membuka kertas siasatan mengikut akta Hasutan 1948 dan seksyen 298 Kanun Keseksaan terhadap Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming kerana sebab di atas.
Polis terima beberapa laporan terhadap status Nga.
NAMPAK?
Jika Nga tu...dari dari UMNO,insyaALLAH....tak mengapa.Status tu akan duduk tetap di situ.
Tapi...di sebabkan si Nga tu dari pembangkang!
Alamatnya kena siasatan atas akta mengasut!
Teman pun tak suka si Nga tulis macam tu,tapi di sebabkan teman ni faham,ayat kiasan.Makanya teman tak bawa maksud status tu ke arah mengasut,sebaliknya.....memerli pihak tertentu.
Bangsa Nga pun bagi ang pow kat kanak2...
Bangsa India pun bagi ang pow kat kanak2...
Semua tu di lakukan sekadar suka2 bagi mereka dan sedekah bagi kite orang islam.Teman tak nampak ada unsur hasutan melainkan perlian sahaja.
Siapa makan cili dia yang pastinya terasa.

Kadang2 teman rasa bosan dengan isu2 berbangkit.Jika pihak di sana,okay je,jika pihak di sini....Semua serba salah.
Nga di paksa mohon maaf,dan balasannya...dia tak akan mohon maaf sebab katanya...

“Saya sangat menghormati agama Islam. Malah setiap tahun, saya tidak pernah lupa anjurkan program berkhatan perdana, menyumbang kepada masjid dan sumbangan kepada masyarakat Islam yang memerlukan.
“Jadi tak perlulah ada pihak sensitif sangat dengan karikatur itu. Mereka harus fikirkan perkara yang lebih besar melibatkan kepentingan negara dan masa depan rakyat seperti isu 1MDB, rasuah dan sebagainya,” katanya.

Sebenarnya...teman pun tak suka,jika benar2 Nga maksudkannya,teman tak suka Nga memperlekehkan apa yang kite umat islam buat.Bagi teman.....
Agama isu sensetif,jangan cuba nak pertikaikannya.
Agama kami hak kami,kenapa mesti sibuk sangat!
TAPI...
Ditengah2 kemelut politik yang teruk!
Teman tahu....teman faham....Nga bukan tujukan kat kite tapi tuju kat mereka2 yang TERUK tu!

Jadi pada semua...
Jangan mudah melatah...
Teruskan perjuangan dengan akal dan fikiran yang waras tapi bukan dengan emosi yang membara tak tentu hala.
Tu je.....








Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK