PERJUMPAAN HARI RAYA RAKAN2 LAMA

DI RUMAH SEORANG RAKAN

Teman tak pergi..
Sebab:
Tak ada masa dan masa yang tak sesuai
Jauh...
Anak2 sekolah.....suami kerja...

Dari awal2 lagi,teman tak berapa minat.Rumah sahabat tu jauh dari rumah emak.Biasanya,jika mereka buat kat area tempat kami tinggal,insyaALLAH teman agak gagahi juga.
Tapi kali ini mereka buat kat rumah salah seorang dari kami dan jauh dari tempat tinggal kami.Pendek kata...kena ada kenderaan baru boleh sampai!

Sahabat tu sanggup sponser makanan,senang kata...bab makan FREE!
kawan2 hanya perlu pergi ke rumah dia,tu je...
Teman tanya Ali nak kahwinkan anak ke?
Kawan2 jawap tak,nak tunjuk rumah kot?mungkin rumah bertingkat tingkat.
Teman hanya gelak je...
Aku tak pergi lah!kalau kat Johor mungkin aku sampai,boleh singgah rumah mak aku sekali.Ini berpusing2.lagipun tak ada cutikan?
Kawan2 jawap betullah tu,buat penat kau je...
Keputusan dah di buat...TAK HADIR.

Semalam...ada kawan yang call mengeluh kerana isu ini,mengapa perlu buat kat rumah orang,jauh pulak tu.
Semalam...baru teman tau,tak semua yang setuju,tapi suara ramai tak di dengari.
Teman tanya...kos pergi balik di ambil dari tabung ke?
Mereka jawap tak pasti.
Jika di ambil dari tabung,itu tak adil,Tak semua yang pergi dan mereka tak boleh ambil dari tabung pungutan tu.
Lagi satu hal...tabung tu untuk orang mati je ke?
kalau orang susah tak boleh guna ke?
Mereka jawap tak pasti.
Teman tak ikuti sebenarnya...teman bayar dan terus abaikan.Pada teman...ikut kejujuran masing2.Cuma orang melayu atau orang apa sekali pun,jika duit dah banyak boleh jadi tak jujur.
Mereka jawap tak pasti,pada setiap persoalan.

Salah teman..tak ikuti perkembangan.Bukan apa,group borak kosong,group pungut duit balun semacam.Teman tak terbaca chatting mereka.Terlalu aktif.Teman tak daya nak ambil tahu.
Kawan2 tanya...kenapa teman tak bersuara mengenai isu ni?
Perjumpaan dibuat di rumah orang.Kenapa perlu pergi rumah dia?
hahaha..
Teman benar2 tak ambik kisah,nak buat kat mana sekali pun...teman tak terfikir nak pergi pun.
Itu je...
Kalau teman minat mungkin teman soal macam2.Tapi tak minat...
Tu yang tak ambil tahu...
Maaflah ya.....

Apa2 pun...semuga perjumpaan kali berjalan lancar,janganlah bertelegah hanya kerana perkara kecil2.Yang tak mampu nak pergi,buat cara tak mampu,jangan minta simpati dari orang lain.Ukur baju di badan sendiri.
Orang lain pun ada masalah sendiri.
Jadi...perjumpaan itu bukan lesen untuk meraih simpati orang lain.

Semuga berjumpa di tahun depan...
Maaf tak dapat meraikannya bersama.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK