MEE RAMEN FROM KOREA

HALAL ATAU HARAM?

Bulan lepas seperti biasa teman gi beli barang2 dapor bersama anak2.Mereka cari sesuatu..
Katanya pedas dan sedap!
Teman tanya cari apa?
Mereka jawap Mee Ramen daro Korea.Orang kata pedas sangat.
Soalan pertama yang teman tanya ialah...HALAL KE?
Mereka jawap HALAL!ada sijil HALAL dari Pejabat Agama.
Teman tanya lagi...Ya ke?kat Malaysia ni pun susah nak cari makanan halal!lagi lah pula dari Korea.
Mereka jawap...Mak Lang pun makan!
Mak Lang tu adik teman,dia yang promote gila2 mee pedas dari Korea kepada anak2 teman.
Sehingga Mee Ramen menjadikan anak2 begitu teruja.

Masa teman bayar,teman tak nampak mee tu,teman tanya...
Mana mee tu?
Mereka jawap ibu tak beri beli,kite orang letak balik le!
Dalam hati...syukur kau orang dengar kata...
Sampai di kaunter bayar,teman tanya petugas yang ada,mee ni halal ke?
Dia jawap HALAL Puan,kalau tak halal,pihak kami tak akan jual...
Teman ulang lagi pertanyaan...BETUL?
Dia jawap dengan penuh yakin...BETUL!
Teman pandang anak2,pergilah ambil...
Anak2 dengan gembira mengambil semula mee ramen tu.

Mee tu macam mee maggi biasa,cuma kasar2 sikit sizenya.Perasa berkaler merah menyala buat bibir anak2 teman sebatu dah boleh nampak.
Anak lelaki teman makan berulamkan air.Teman tengok pun jadi takut.
Teman kata...kalau dah pedas sangat,jangan lah makan.Nanti sakit perut.Dia kata...tak pedaslah!
Teman jawap tak pedas apa?bibir dah macam kena gigit tebuan tu tak pedas kata Alif?Dah!jangan makan lagi.Teman ambik dan buang dalam tong sampah.
Ibu....kenapa ibu buang?ibu tau tak....mee tu mahal!
Teman jawap ya ke?dalam kepala otak teman harganya mestilah lebihkurang maggi biasa.
Ibu tau tak...harga dia sebungkus dua puluh lapan inggit.....
Mak aiiiii!mahalnya!kenapa tak bagtahu tadi.Mira jawap ibu tak tengok harga ke tadi?
Teman jawap tak....manalah ibu tengok harga.Ibu ingat macam harga maggi biasa tu.
Mereka gelak,mereka ketawa sebab teman cuai dalam pembelian.Tak reti tengok harga,tak reti banding harga.Dalam hati juga....inilah pembelian terakhir Mee Ramen.Semua ni mengarut!

Siang tadi....
Teman terbaca,JAKIM SAHKAN MEE RAMEN HALAL...
OH TUHANKU....mujur itu kenyataan yang keluar,jika sebaliknya?
Mohon keampunan darimu YA ALLAH.
Terlalu banyak kepincangan dalam hidup ini,terlalu ramai pihak yang sepatutnya berkerja tapi sebaliknya....zzzzz..
Bawa masuk produk dari luar,meluas penjualannya...
tapi akhirnya setelah di makan berjuta manusia....keputusannya...HARAM.
Mujur....keputusan ini yang teman dengar,jika sebaliknya....memang wajar teman TUT kan je pihak berwajib tu.Kau tanggunglah,kau yang di amanahkan tapi kau sendiri yang hancurkan.



SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan mi segera jenama Samyang dari Korea itu halal.
Melalui Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jakim, tidak mengandungi bahan meragukan seperti didakwa sebelum ini.
“Berdasarkan makluman siasatan, Korea Muslim Federation (KMF) terhadap produk mi segera itu, didapati bahawa produk tersebut tiada mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil (KMF) halal yang sah sehingga kini.
“Pihak syarikat patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan oleh KMF dan pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF,” katanya dalam satu kemas kini status di Facebook, sebentar tadi.
Bulan lalu, Jakim mengesahkan siasatan  sedang dijalankan terhadap mi segera itu yang diragui status halalnya.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK