LETUPAN DI TEMPAT LETAK KERETA MASJID NABAWI

SEMUGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGINYA.

Suami kata masjid Nabawi kena letup!
Teman tanya...ya ke?Masjid?
Suami jawap tak,kat parking...
Dalam hati syukur,tak dapat bayangkan jika dalam masjid.Tak dapat di bayangkan betapa sakitnya hati kite semua.

Masih terbayang di mata...
Masjid Nabawi luas terbentang.Pertama kali teman ke sana,teman rasa nak melaung!teman rasa macam nak pengsan.Masjid yang selalu teman pandang dalam gambar,kini ada di depan mata.
Subhanallah!tak ada hentinya.
Subuh pertama...
Masa teman pergi,masjid lenggang...Kami solat bersama jutaan manusia,
Nak tahu kenapa teman kata macam tu?
Lepas tamat solat,teman keluar ikut pintu yang luas...
Terucap dari bibir ini...
Subhanallah!lautan manusia ada di depan mata...
Menyusur jalan menujut matlamat sendiri.
Teman kata dengan emak...mana datang manusia2 ni mak?tadi tak le macam ini.
Emak angkat bahu...hanya mampu kata entah.

Pernah sekali petugas Indonesia,bisik2 kat teman bila nampak sekumpulan wanita berpurdah hanya duduk tapi tak solat.
Dia kata...sekarang ni (2013),masjid Nabawi pernah dapat ugutan bom.Jadi pihak berwajib mengambil langkah2 berjaga jaga.
Berdebar teman bila dengar kata2 dia...
Teman jeling juga kat kumpulan perempuan2 tu...
Dalam hati...Ya ALLAH,lindungilah kami.Jarak mereka dengan teman tak jauh.Jika benar mereka pergebom berani mati.Insya ALLAH teman akan turut serta mati dan hancur berkecai sebab jarak mereka dengan teman tak jauh.Selangkah dua sahaja.
Hati tak henti  berdoa.Bukan teman tak redha,tapi..teman takut.Bayangkan jika anda tahu ajal nak sampai.Tak takut ke?
Syukur....hingga sekarang ALLAH masih beri pinjam nyawa.Teman masih mampu baiki diri sebelum MATI.

Bila teman baca berita ni,hati teman cukup sayu...Kenapalah kite di perangi,sedang agama kite paling baik,agama kite tak ajar atau tak mahu kite jadi penganas,Ajaran agama cukup sempurna,cukup lengkap dan sempurna.Dalam hati..cukup sayu...
Mujur serangan tu di luar masjid,bayangkan jika di dalam?
Bayangkan,jika Taman syurga?
Bayangkan?


DUBAI, United Arab Emirates - Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata empat pengawai keselamatan terbunuh manakala lima cedera dalam kejadian pengeboman berani mati di Madinah baru-baru ini.

Kenyataan ini sekaligus mengesahkan bahawa kejadian letupan di madinah berhampiran masjid Nabawi berkait dengan aktiviti keganasan.

Menurut kenyataan itu lagi, mangsa terbunuh ketika cuba menghalang pengebom itu yang ketika itu sedang menuju ke arah masjid Nabawi untuk meletupkan diri.

Kenyataan menerusi twitter itu turut menyebut, pengebom itu meletupkan diri menggunakan bahan letupan yang diikat di pinggangnya.

Tragedi pengeboman itu merupakan serangan ketiga yang berlaku di Saudi dalam masa 24 jam.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH