KABALI

DILAKONKAN OLEH RAJINIKANTH,ROSYAM NOR DAN BANYAK LAGI...

Suami teman ajak tengok wayang.
Teman tanya cerita apa?dia jawap KABALI.
Teman tanya filem apa tu?dia jawap filem Tamil,tapi pengambaran kat Malaysia.
Teman angguk tanda setuju.Boleh lah!kebetulan tak buat apa,tak salah berhibur dimalam hari.

Kami masuk panggung pukul 8.30 malam,teman ingat ramai,rupanya tak berapa ramai pun..
Banyak kerusi kosong.Pekan teman ni susah jangka,kadang2 orang ramai banau,kadang2 macam padang jarak padang terkukur!
Sunyi sepi..

KABALI sebuah filem Tamil yang dilakonkan oleh bintang filem terkenal berusia 65thn.Filem ni mengambarkan bangsa India ditindas oleh bangsa2 lain.KABALI juga mengambarkan masyarakat India diletakkan dalam ketegori hamba.Walaupun realitynya tak macam tu.
Hero Tamil ni melakonkan watak gansgter yang menentang amalan songsang dalam masyarakat India.
Seperti filem2 India yang lain...
Jalan ceritanya sama,hero kuat bak badang.Campak orang sana sini macam campak bantal kekabu.Ringan je....

Cuma nak kongsi sikit je isi hati ni...
KENAPA ROSYAM NOR SANGGUP JADI PAK PACAK?Walhal...kat Malaysia dia HERO kan?
KENAPA ROSYAM NOR SANGGUP JADI PELAKON TAMBAHAN?Walhal....kat Malaysia dia antara pelakon yang disegani.
KENAPA?
Teman cari tahu....Rosyam kata..dia tak kisah walaupun jadi pelakon tambahan asalkan dapat berlakon di sisi......RAJINIKANTH.
Betul ke?
Jujur ke jawapan tu?
Suami kata....promotelah!lepas ni satu dunia kenal dia...
Teman tanya...ya ke?Bukan kat India je ke?masalahnya......dia ada dengan tak ada...sama je..

Semasa suami ajak tengok wayang..perkataan yang keluar dari mulut dia ialah...Rosyam pun berlakon lah!
Jeng jeng....kat sini le punca kenapa teman melangkah masuk panggung,sebab nak tengok pelakon Malaysia seorang ni di layar perak penuh gemilang.Teman tak minat sangat kat Rosyam,hanya sekadar memberi sokongan je.
Tup tup....jadi pak pacak!OMG!..plsss Rosyam,lain kali jangan fikir mudah dalam semua hal.Nak tumpang glamour hero India ni jangan sampai jatuhkan diri sendiri.
Teman benar2 terperanjat,dari awal nampak nama Rosyam Nor...teman tunggu punya tunggu...dah nak hujung baru nampak kelibat dia,tu pun sebagai pak pacak!
Mati hidup teman fikir...Rosyam HERO MALAYA.Aduhai...sekadar YES NO...dan bunyi anjing.Teman benar2 malu....
Hilang kewibawaan Rosyam sebagai pelakon handalan kat Malaysia.

Malangnya...itu penilaian kite...
Bagi Rosyam...
Apabila saya dikritik, ertinya orang sayangkan bakat saya dan mereka tahu tahap kemampuan saya dalam lakonan. Saya tak salahkan mana-mana pihak, terutama peminat yang kecewa apabila menonton filem itu. Saya juga tidak berkecil hati dengan Mohd Noor kerana dia ada hak untuk mengkritik.
Pada usia 49 tahun sekarang, inilah kali pertama saya dapat peluang begini. Setiap perkara bermula dengan kecil sebelum menjadi besar. Begitu juga kerjaya saya. Saya hanya dikenali di Malaysia. Jadi, walaupun watak kecil dalam ‘Kabali’, saya terima kerana ingin mencuba. Kalau dibandingkan saya dengan Rajinikanth, bagaikan langit dengan bumi.
Saya bersyukur kerana berpeluang berlakon bersamanya dan bersama-sama menjayakan babak pergaduhan dengannya.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK