JUMPA DOKTOR LAGI...

KALAU TAK BERJAM JAM!BUKAN JUMPA DOKTOR NAMANYA.

Teman ada rawatan susulan,lepas minum pagi,teman dan anak dara menuju ke sebuah hospital PAKAR terhebat di pekan teman.
PAKAR OKAY?
BAYARAN MESTI MAHAL TAHAP GILA2!
Jumpa doktor je bayarannya lebihkurang RM80 je....
Emergency?
Jangan tak caya......RM150.00 je....Murah kan?
Itulah bayaran paling murah kat tempat teman.
Sahabat kata....dah macam KOLOMPO!
Apa nak buat....doktor pun nak kaya juga!

Teman pergi pukul 10 pagi..Orang ramai macam biasalah,kalau tak ramai itu bukan hospital tapi...hospital hantu!
Tunggu punya tunggu.....jam dah tunjuk 11.30 pagi.Hati dah dak duk dak duk...
Hati mula terasa panas.Teman berfikir sendiri.Diaorang lupa hantar fail aku ke?
Kalau ikut hati marah,teman mesti balik!
Tapi esok mesti kena datang lagi?OMG...tak sanggup.
Berfikir lagi....alang2 menyeluk pekasam,elok sampai ke lengan.
Teman tunggu lagi...Hati benar2 terusik,nak bercakap pun dah tak ada mood!

Tepat pukul 12.00 tengahari,barulah nurse panggil nama...
Teman masuk dan duduk.....
Teman tak tunggu lama...teman terus kata kat doktor.
Doktor...saya dah tunggu doktor 2 jam!
Doktor sambil gelak...I know I Know...sorry,sorry...
Teman rasa mual seketika,dalam hati...aku dah tunggu lama,kau gelak2 ya?
Doktor sambung lagi...I Know kakak...tapi bukan salah saya,mereka tak hantar fail kakak kat bilik saya,tanya ada pesakit tak?mereka kata tak ada...
saya terus naik atas,ada pesakit sedang tunggu.
Teman balas balik...saya datang pukul 10,saya tunggu punya tunggu...nak kencing pun saya tahan tau doktor,tadi nampak doktor lalu,saya rasa macam mahu tarik je doktor.Tapi fikir mungkin doktor pergi sekejap, saya sabar.Tapi...ini macam lambat.Boleh buat saya marah tau doktor!
Doktor hanya ketawa...sabar sabar...jangan marah2.Apa yang boleh saya buat,nanti keluar,kakak tolong sama saya,ambil satu form,kasi tulis complen,tulis sana kakak sudah tunggu 2 jam!biar management tau ini hal.Tapi jangan tulis saya ajar!
Dalam hati...pulak!aku pulak di beri tugas baru.
Mujur doktor tu tak layan marah teman,kalau tak...mahu gaduh!mahu teman balik macam tu je....

Selepas dapat rawatan,teman keluar....
walaupun marah pada awalnya,dek baik budi bahasa doktor...hati jadi cair.
Jika dapat doktor kemereng,mahu teman menyumpah berbakul bakul.
Sakit jadi tambah sakit dek....penantian yang tak pasti.

Kesimpulan..
Betul...kite datang untuk rawatan,tapi...kite pun ada hak untuk diri sendiri.
Doktor patut syukur..setiap pesakit yang datang beri rezeki.kami bukan datang percuma...
Hanya dengar sikit keterangan....note sepuluh helai2 keluar.Bukan selai,bukan 2 helai....tapi helai helai.
Doktor juga kena syukur.....
Jika tidak ada kami (pesakit) ingat doktor boleh jadi kaya ke?
Jika semua orang sihat.....jangan harap lah doktor boleh pandu kereta mewah.Jangan haraplah boleh duduk rumah cantik.
Maka sebab tu....jangan jadikan kami para pesakit bak peminta sedekah,Menangguk sampai 2 jam.Cuba2 cari jalan agar....hospital tu bukan teman yang menjengkel kan.Tapi tempat paling tenang untuk di kunjungi.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH