INA (MAWI) SUHAIMI DAN ZUHUD

TANPA PETI SEJUK,MESIN BASUH DI RUMAH...ITU MAKSUD ZUHUD KAH?

Dalam kehangatan macam2 cerita terkini,terselit kisah mak we Mawi dulu.INA....
Gadis yang Mawi tinggalkan setelah sekian lama di usung kesana kemari.Gadis yang hangat selepas Mawi di nobatkan sebagai juara AF..entah tahun ke berapa.Teman pun tak ingat...

Dah beberapa hari,viral mengenai kehidupan mereka rancak di FB,di media sosial yang lain.
Dengar2 Anti Vaksin,teman tak faham dah...Masa anak2 teman  kecil...segala bagai vaksin teman terima,alhamdulillah...elok je rupa paras dan pembesaran yang sihat serta memiliki akhlak yang baik juga.
Pada teman.....ini semua kerja kerajaan...mereka yang uruskan kebajikan kite,kalau tak betul...merekalah akan menjawapnya.Usahlah kite fikirkan sangat.Orang atas tu kan MELAYU ISLAM?
Mereka mesti tahu hukum halal haram bagai.Kite tak payah susahkan diri....mufti setiap negeri kite miliki,Agung lagi...Sultan lagi....PM,TPM dan sebagainya.
Mereka yang patut siasat semua ni,bukan kite....

Lepas tu...dengar pulak rumah tak ada peti sejuk,mesin basuh.Teman benar2 terperanjat,bukan sebab mereka tak ada semua tu!tapi...terperanjat dek gelagat kite yang menyebuk.Biarlah!mereka nak beli ke tak?Mereka ada alasan untuk tak membelinya.Ada orang2 berugama tak suka pakai mesin basuh,tak bersih katanya.Nak tahu kenapa?
Cara basuhan yang betul2 BERSIH ialah basuh 1 kali,bilas 3 kali dengan air yang mengalir.Mungkin mereka guna kaedah tu,tak macam kite....balun semacam!
Teman basuh baju guna mesin,tapi ulang 2 kali.Dah habis,enter lagi dan basuh lagi macam biasa dan sidai kat ampaian.
Mereka punya alasan yang kukuh untuk tidak membeli peti sejuk,walhal...peti sejuk tu tak mahal.Boleh hutang bayar 10kali kalau tak mampu.Masalahnya,mereka tak suka...mereka tak sudi dan mereka rasa peti sejuk tu tak penting!kenapalah menyibuk sangat?
Biarlah......
Suhaimi atau Ina ada alasan yang baik..iaitu nak dapatkan makanan yangs segar2.Betullah tu!dulu rumah teman tak ada peti sejuk juga....mak teman gi pasar hari2,atau ada orang maiiii datang jual ikan depan rumah.Tak ada masalah lah.....perkara remeh temeh je...
Rumah mereka tak ada sofa,rasa nak gelak sakan teman membacanya.....
Lantak piii lah!Suhaimi kata dia ajar budak mengaji,betul lah tu!dulu mak teman ajar budak mengaji bersila atas lantai,belum pernah lagi mak teman ajar atas kerusi empuk.Bila maghrib,mak teman bentang tikar mengkuang,tunggu anak2 murid datang.
Alasan lagi....kalau tetamu maiii...semua pakat dok atas lantai..barulah adil dan saksama.
macam2 pulak Dak Suhaimi ni...
Sakit ke apa?
Jarang ada orang macam ni...
Kalau ada pun.....boleh di kira dengan jari.
Harap2 apa yang Suhaimi kata akan di kotakan.Zuhud dalam kehidupan.

Isu anak2 tak sekolah...
Lama dulu teman ada baca,pada teman mungkin dia ada duit,bayar cikgu maiii rumah.Artis2 kan kaya raya.Album tak seberapa,tapi......kehidupan mereka tampak gah!
Almaklum....hujung dunia....perkara2 lara di puja puja....
Tak dapat nak di nafikan,teman pun suka berhibur.Tengok wayang,jalan2....dengar muzik...Sungguh mengasyikkan.

Teman copy & paste jawapan Dak Suhaimi ya...
Baca dah nilaikan....
Memang saya tak ada mesin basuh sejak 5 tahun yang lepas.(itu pun nak screenshot dan buat isu ke)
Sebab apa?
Sebab 'mesin basuh saya' ada di mana mana saja.24 jam lagi.
Memanglah mesin basuh tu keperluan.tapi keperluan setiap orang tak sama.bukak minda tu.
Orang yang tak puas hati dengan cucian mesin,tetap akan basuh guna berus.ok la,itu pilihan dia.tak payah nak kecoh kecoh.
Saya,ina dan anak anak guna banyak pakaian setiap hari.kerja dan kesibukan hidup membuatkan kami perlu bergerak cepat dan pilih cara yang paling mudah dan sesuai dengan hidup kami.
Kalau saya guna mesin basuh biasa,berapa jam nak cuci,berapa jam pulak nak dry,berapa hari nak tunggu kering dan tahun bila pulak nak pakai baju pergi show dan 'mintak sedekah'?
Betul tak?
So,inilah rutin mingguan saya.jarang sangat saya suruh ina yang dobi baju.sebab saya pun sayang isteri saya macam orang lain.
In sya Allah saya belum gila lagi nak paksa dia cuci baju guna tangan.
Tapi bukanlah bermaksud kami ni mengaku zuhud.
Itu ayat orang orang yang tak bertanggungjawab,suka tengok orang berkelahi.
So,kalau tak tau cerita..tanya.jangan pandai pandai reka cerita cerita baru sampai viral satu alam 

Salam Mesin Basuh dari saya,
Suhaimi Saad

SO FA SO GOOD
Ada orang yang bertanya pada saya,kenapa rumah takde sofa,itukan keperluan.
Ini jawapannya..
Sejak 2009,rumah saya juga merupakan kelas mengaji Al Quran bagi anak anak jiran di sekitar rumah.
Rumah yang dihiasi dan dibacakan ayat ayat AlQuran di dalamnya akan terlihat bagaikan bintang bintang oleh penduduk langit.
Macam kita tengok bintang dari bumi.
SubhanAllah..
Kalau dah rumah penuh dengan sofa dan perabot bagai,dah pelik pulak budak budak ni nak mengaji atas sofa.
Raja pun tak buat kot 
Lain la u all,rumah besar macam istana..
Lagi pun,duduk di bawah ni adalah adab menuntut ilmu.sunnah juga.
Begitu juga bila waktu makan atau ada ramai tetamu yang datang.nampak tak adil pulak bila ada yang duduk di atas,ada pulak yang terpaksa duduk di bawah.kan?
Saya ambil berat perkara ni.sesetengah orang tak fikir pun.
Bila semuanya duduk di bawah,maka apa pun darjat dia,artis ke,arnab ke,kita akan rasa kita ni sama je dengan orang lain.
Itu kaedahnya.
Sesetengah orang,sesetengah ya.beli sofa untuk tunjuk pada jiran.lepas tu tumpah makanan dan kopi,dah nak kena basuh,kena tukar dan sebagainya.saya pulak ada anak kecik.so saya elakkan.
Ustad pesan,kalau kita tak mampu nak amalkan semua sunnah,jangan tinggalkan semua.
Paling penting,jangan persenda atau perlekehkan orang yang nak belajar amalkan sunnah.berdosa tau.
Oklah,esok saya cerita bab lain pulak ye.tunggu..
Suhaimi Saad
---------------

Alhamdu lillah,
Sambil sambil reply komen2 kat fb tu,siap jugak 'sambal terung ss'.
Abang abang kat rumah tu pun kena try dan tolong masak untuk wife dan anak anak.
Mesti diorang suka.
Paling best kat rumah ni,siapa yang masak,dia tak payah jaga anak dan basuh pinggan 
Apa pun,saya suka latih isteri dan anak anak habiskan makanan.itu pun satu sunnah nabi.membazir tu pun amalan syaitan.
Sebab tu lah 10 tahun bernikah,rumah saya tak pernah ada peti ais.bukan tak mampu.tapi tak mahu.tak suka amalkan simpan simpan makanan.
Saya suka keluarga saya makan makanan yang bersih dan segar.
Tak kiralah ikan ke,daging atau sayur.
Semalam,saya sempat 'beraya' di rumah sorang tukang urut di Klang.
Walaupun dah berumur,suami isteri masih sihat dan nampak muda daripada usia sebenar.
Saya tanya apa rahsia mereka sihat dan nampak muda?

Wak tu jawab :
1.buat apa pun,nak bangun ke,nak duduk ke,nak mula setiap langkah tu,ingat Allah dan banyak banyak sebut nama Allah.
SubhanAllah,alhamdu lillah,Allahu Akbar.
2.jangan amalkan minum ais/air batu.syabu lagi la..hahak
(Ini bukan saja baik untuk suara,tapi juga untuk kesihatan jangkamasa panjang.
Kalau dah ada peti ais,susahlah nak kawal keinginan nak minum ais tu kan.
Sebab tu saya tak beli peti.kalau teringin nak minum atau ada orang datang ziarah,baru beli.)
3.Amalkan beberapa senaman.
Wak tu siap bangun dan tunjukkan senaman senaman tu pada saya dan Ina.hehe
4.jangan amalkan makan ubat ubatan klinik dan hospital.(kata Wak)Jangan amalkan..kalau terpaksa,apa boleh buat..
5.Tidur sekali je setiap hari.
Saya tanya,tidur sekali?
Wak : faham tak?
Saya : tidur sekali dengan bini ke?
Wak : hahahha..bukan,maksud tidur sekali sehari ni..kalau kita tidur malam tu,bila dah terjaga waktu pagi atau siang,jangan tidur semula.terus bangun.kalau kita tidur semula,itu dah jadi dua kali tidur.kata Wak...
Terung ni,Wak tu la yang hadiahkan.
Terima kasih wak.murah rezeki Wak,amiin
Takde PETI AIS,jimat letrik.
Jom Maghrib! 
Amacam?
Puashati dengan jawapan tuan badan...
Ehmmm...macam kurang menepati citarasa je kan?
Terasa ada sesuatu yang tak kena kan?
Apa2 pun...harap mereka hidup rukun damai hingga ke anak cucu...
Teman share gambar terbaru Dak Suhaimi ya...


 Zzzz




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH