GOLONGAN LELAKI BERISTERI 2

PENGETAHUAN BERGUNA

Kawan suami datang berhari raya.Orang berjawatan.Datang bersama isteri dan 3 orang anak.
Mula2 teman segan,sebab teman tak kenal.
Tapi ...teman kena buang perasaan tu,mereka tetamu dan teman kena sambut mereka dengan ramah mesra.
Anak dara kata..ibu pergi lah layan aunty tu.Biar Mira buat air..

Dalam segan teman kedepan juga...Salam senyum.
Borak2 lebihkurang,akhirnya...mesra.
kejap je jika kite berbaik sangka,jadi leceh!jika hati kite sendiri fikir yang bukan2.
Rupanya..dia isteri ke2 kepada sahabat suami tu.
Rupa2nya.....suami dia tu banyak bini!Umur dah jejak ke aras pencen.Anak kecil baru darjah 1.
Terfikir juga kat hati...banyaknya duit dia kan?
Isteri 3,anak jejak 10 orang.

Teman tanya pernah gaduh2?perempuan tu jawap tak..
OMG!baiknya!
Teman dengar je suaminya bercerita mengenai kehidupan mereka.Nampak semuanya OKAY2 belaka.Nampak semuanya sempurna.
Tapi..tahun ni i kopak,untuk raya bukan seribu dua hilang,BERIBU RIBU!
Teman jeling isteri,dia hanya angguk tanda setuju dengan pengakuan suami.
Teman tanya dalam kejakunan,tak gaduh2 ke diaorang ni semua?
Suami tu tanya isteri...u all gaduh tak?
Isteri jeling manja....tak...
NAMPAK?
Poligami yang hebat,tak gaduh2,tak serang menyerang.
Suami tu cerita lagi dengan bangga...Sebenarnya isteri 1 ada 3,satu i lepaskan sebab....jatuh taklik.Sebenarnya i tak mahu lepaskan dia,kesian kat dia dan anak2.
Masaalahnya,dia suka provok i dengan mempersendakan isteri2 i.
I dah kata...jangan cakap macam tu lagi,Jika i balik...jangan sebut2 lagi kisah isteri 2yang lain atau jangan cuba membandingkan antara dia dan isteri2 yang lain.
Contohlah kan...kalau i  makan sikit...Nanti dia kata masakan saya tak macam masakan orang tu...
Kalau anak2 tak cemerlang.dia akan kata...anak2 i tak macam anak2 dia tu..
Walhal...i jaga baik2 dia,buatkan rumah sempurna,makan minum i jaga.
Teman dengar je...
Biasalah kan....cerita sebelah pihak.
Sebenarnya i kira,sekali dua kali....masuk 3 kali!terus jatuh taklik tu..
Teman tak berapa faham,sebab dengar sambil  lewa je.

Isterinya hanya mendengar,sesekali menjawap soalan si suami.
Teman pandang muka isteri tak kala suami menjawap panggilan isteri tua.Nampak dia tak kisah.
Si suami tunjuk gambar raya terbaru.Nampak serasi bersama.
Boleh raya sama2,boleh posing sama2...
Terror gilllla lelaki ni!
Boleh damaikan hati 2 bini sekaligus!

Raya tahun ni,kali pertama kami dapat jemaah solat maghrib dan takbir sama2.
Fuhhh!seronok tak terkata...katanya penuh bangga.
Teman dengar je...teman tak pandai nak analisa samada mereka benar2 bahagia atau sengketa.
Yang pasti.....poligami jika di amalkan dengan baik,pasti sempurna.
Yang pasti.....RM mesti ada,jika RM tak ada....Apa pun tak boleh!

Dia tanya suami....kau nak satu?sambil tunjuk gambar 2 wanita berstatus janda.
Suami jawap...ooo tak tak...satu pun tak terjaga.Teman senyum je....dalam hati...tak kena buku dengan ruas!jika terkena mau tak ingat balik rumah.Suami teman ni taksub!kalau dapat barang baru,di belek siang dan malam.
Teman kata kat isteri tu masa bual berdua.
Akak tak kisah kot?asalkan....masukkan dalam bank SEJUTA!rumah sebuah kereta sebuah,anak2 akak ambik...sebulan upah jaga mereka RM5000 sahaja tak termasuk kos2 lain.
Sanggup?
Akak tak kisah pun.....Bukan tak sayang tapi...dah itu maunya!
Isteri tu senyum je...
Mungkin dia tergelak besar dengan permintaan melampau batas tu.

Bagi teman,jika lelaki tu nak kahwin,dia mestilah mampu,bertenaga dan berupaya.Jika setakat mampu batin tak mampu zahir...elok le lupakan niat tu.HURU HARA nanti!
Jika dia mampu....silakan...Kami kaum isteri no hal lah!

Dari cerita....lelaki yang berkahwin banyak ni,dia memiliki kebolehan kearah tu.
Salah satu perkara penting,lelaki tu jenis suka melayan dan sedikit gatal.Jika tak memiliki sifat2 macam tu....
Payah lah sikit kecuali.....dia insan2 terpilih.
Teman banyak rakan yang kahwin banyak tapi kite tahu dia gatal sejak azali lagi.
Suka melayan,kalau cakap lembut gigi dari lidah.
Tak semudah ABC jika benar2 tak berusaha kearah tu.
sahabat kata...hellooo...Ustaz Azhar Idrus,bini no 3 tu yang pinang okay!
Tu yang di maksudkan...insan2 terpilih.

Teman tengok muka dia pun,teman tahu....dia bangga dia rasa hebat berbini lebih dari satu.
Suami teman terkulat2 dengar...
Teman tahu,dalam hati suami mesti ada perasaan nak cuba berbini 2.
Sepatah  katanya....
TERINGIN TAPI TAKUT.
Kawan tu kata...kalau nak aku boleh tolong carikan.
Senangnya...
Teman kata...awak dah macam agen mencari jodoh!
Dia gelak je...
Dalam hati teman....mentel!dalam kepala otak dia mesti ingat BETINA je...
Buekkkk!


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK