BUNUH 4 BERANAK DI KILANG AYAM

APA DAH JADILAH....


Isu sama....
Bunuh orang sebab tak dapat wang.
Awal tahun ni,kat pekan teman pun ada kes yang sama...
Anak sedara minta wang hari2 untuk beli dadah.Hanya sekali tak di beri..seorang wanita tua berbangsa cina di kelar mati.
Selalu kes macam ni,cuma....tak dapat liputan menyeluruh.

Semalam...
Kes yang sama...minta wang hari2,tak dapat sekali....satu keluarga di tembak mati,termasuk seorang kanak2 berumur 2thn.
Kejam betul!
feel mengalahkan hantu!

BAYAN LEPAS: Kilang pemprosesan ayam milik seorang pengusaha yang mati ditembak oleh anak teman wanitanya ditutup sekurang-kurangnya hingga Ahad ini. Perkara itu dimaklumkan anak perempuan Tan Saw Sim, Chung Lay Pheng, 37, ketika ditemui pemberita di sini, sebentar tadi. Lay Pheng berkata, keluarganya bagaimanapun masih belum memuktamadkan sama ada perniagaan pemprosesan ayam itu akan beroperasi mulai Isnin ini atau sebaliknya. "Perkara ini akan dibincangkan bersama ahli keluarga terlebih dahulu dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya. Terdahulu, seramai enam ahli keluarga mangsa berkumpul di lokasi kejadian untuk menjalankan ritual keagamaan, bagi menghormati kematian empat ahli keluarga mereka yang mati ditembak Chung Chun Wah, 32, semalam. Semua mangsa, Saw Sim, 55; Toh Hock Choon, 50; Chung Wah Thong, 27, dan Ah Bee, 2, maut selepas ditembak Chun Wah di Jalan Baru, Batu Maung di sini, awal pagi semalam.


Punca?
Minta wang tapi tak dapat.
Pelaku?
Anak sendiri.Anak kepada teman wanita pengusaha ayam.Orang cina,dah duduk bertahun hanya tak maka besar,minum teh...akan tetap di panggil teman wanita.
Tu je...

kesimpulan....
Kerana wang,anak tak kenal mak.Anak tak ada rasa simpati kat keluarga.Tak ada rasa sayang....
Itu tandanya....dunia dah hampir2 kiamat.
Manusia dah tak ada akal yang waras,tak ada ihsan di hati....

Kite jadi takut,sebab jenayah akan berlaku bila2 masa je..
Sekarang,tiada lagi waktu tertentu untuk buat jenayah,siang malam pagi petang.Asal ada peluang....
Semuanya berlaku sekelip mata.

Semuga anak2 kite di jauhkan dari keburukan dan di perdekatkan kepada kebaikan.
Semuga anak2 kite sentiasa berada dalam lingkungan kasih sayang'nya'

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK