ANAK TEMAN KENA OPERATE!

GARA2 KETUMBUHAN KECIL DI BELAKANG TELINGA.

Dia dah beritahu teman lama..
Bukan teman tak peka,tapi...lupa.
Orang tua macam teman,mudah lupa.Sebab tu...bila emak bapak kite saran kite buat sesuatu,hanya pada waktu itu sahaja,selepas tu...ibubapa dah lupa.
Jangan salahkan kami,ketuaan buat kami mudah lupa.

Beberapa bulan lalu,atau cuti sem yang lepas,teman ada bawa dia jumpa Doktor Klinik biasa...
Sebenarnya,teman tak berapa suka nak pergi jumpa Doktor2 Klinik am ni....tak ada kesudahan!kalau demam.....masih okay lagi,tapi kalau sakit2 spesel,elok le pergi kepada pakarnya.
Doktor tanya sakit apa?
Teman tunjuk kebengkakan belakang telinga...
Doktor kata...oooooo......bisul,cuma tak ada mata je...
Teman tunggu tindakkan selanjutnya.Teman nampak Doktor tu ambil alat suntikan,apa kenamanya,teman pun tak tahu...yang teman tahu benda tu untuk suntik ubat,untuk ambil darah...tu je.
(Bila nak guna perkataan tu terus lupa!....harap faham lah ye...)
Doktor tu cucuk kat kebengkakan tu mentah2 je,muka anak bujang teman mengerigai,tahan sakit.
Sahabat kata...u tak marah ke?kalau iiiiiiii...matilah Doktor tu.
Teman tak le seganas tu,teman gelak je,bila tengok muka anak teman mengerigai macam tu...
Teman kata...abang sado kena kuat!Beranak lagi sakit!itulah kata2 semangat yang teman selalu kata kat anak2,jika dibandingkan kesakitan mereka,beranak 1000 kali sakit!.
Doktor kata....oooo ada nanah sikit,makan antibiotik okaylah nanti...
Teman anak bujang diam je...
Lepas tu,kami dibekalkan ubat antibiotik dan ubat tahan sakit.

Selepas tu...anak bujang ke Kuala Lumpur,sambung sesi pengajian.
Raya baru2 ni,dia balik....teman nampak kebengkakan tu dah kaler biru(lebam).Adik kakak semua tanya...kau biarkan?
Teman terpaku....sebenarnya...teman tak tahu,teman ingat dah elok...Apatah lagi,anak bujang tak sakit,cuma rasa tak selesa sebab ada benjol kat belakang telinga.
Jika di analisa kesakitan...dia sendiri pun tak tahu tahap keberapa.Sebab tak sakit!

Semalam....
Teman bawa lagi ke klinik tu,bukan teman tak faham bahasa,tapi teman nak ambik surat susulan rujuk ke Pakar dan untuk claim insurance.
Dia tengok lagi...
Oooo....makan antibiotik ni dah okay...
Teman kata...itu hari Doktor dah berikan?
Dia jawap Tak cukup,saya beri untuk 5hari je,patut kena lebih..lagi satu,patutnya kena follow up!itulah gunanya istilah follow up.
Teman dengar je...Teman tak bunyi apa2 lagi...teman perati je kelakuan Doktor tu...
Makan antibiotik je lah ya,saya beri untuk 2 minggu lagi,nanti kempeslah.
Teman dah mula jemu dengan keletah Doktor ni,teman hanya mampu kata...Doktor beri surat rujukan ke Pakar,saya nak claim insurance.Dalam hati teman berkata2 Kalau majikan tak nak bayar,anak teman ada insurance lain.Bila masa pula teman nak menikmati manafaat insurance,Bayar dah bertahun,sekali pun tak pernah claim.RM bukan masalah,yang penting,surat sokongan je.

Doktor kata....
Sepatutnya,awak kena datang balik......
Itu yang di ulang2,teman kata...anak saya tak duduk sini,Doktor,dia belajar kat Shah Alam.Jauh nak ulang2.
Doktor tanya lagi...bila awak balik sini lagi?
Anak jawap...tak tentu lagi Doktor.
Dalam hati teman...apalah masalah Doktor ni kan?beri je le....surat sokongan tu.Macam2 helah di beri.Macam tak bagi aku gi Pakar je..
Sepanjang perjumpaan tu,teman diam je...Teman malas nak berbalah dengannya,yang penting teman nak bawa anak teman jumpa pakar atau Doktor yang sesuai.

Akhirnya...Doktor mengalah,dia siapkan juga surat rujukan ke Pakar.Teman faham....Doktor mesti malu,setiap pesakit yang di rujuk ke pakar,itu tandanya dia gagal.Dia tak cukup ilmu lagi untuk merawatnya.
Teman faham....perginya teman ke Pakar secara tak langsung,buat air muka Doktor tu..jatuh!
Tapi...teman tak peduli tu semua.Yang teman pentingkan ialah....kesihatan anak tu sendiri.
Mana mungkin lepas 3 hari,menapak lagi ke klinik,lepas 3 hari lagi datang lagi....
Jika datang2 terus masuk,masih okay...ini tidak,menunggu punyalah lama,jumpa doktor sesaat cuma.

Sebaik dapat surat tu,teman terus gi Hospital Pakar yang tersergam indah.Di sana ada beberapa doktor ternama.Jika sebut namanya....oooo doktor tu,bagus doktor tu,tengok kite dah tahu sakit apa.Dalam hati....mak aiii,dah macam bomoh!
Teman pun kenal Doktor tu,pernah juga dapat rawatan darinya masa kaki bengkak dek terpelecuk.Orangnya kecil,muka tak tua2.Peramah...mestilah!kalau tak peramah mana mungkin orang suka.Sempoiiii gayanya...walaupun duit berbillion kat bank.
Pekan teman ni kecil,ke sana ke mari...semua orang kite boleh kenal.Walau tak kenal nama,rupa pasti melekat di jiwa.

Sekali tengok....Sah!Doktor pakar lagak bomoh dah tahu keputusannya.
Kena potong,kasi cuci semua nanah.Ini ketumbuhan kecil jika tak buang boleh jadi lagi teruk.Sudah berapa lama?
Anak teman jawap dah lama..
Doktor tanya lagi...tak ada rasa sakit kah?
Anak teman jawap lagi...tak.
Teman cuit dia,teman kata...buat malu ibu je,nanti doktor kata ibu tak peka.
Anak teman senyum tapi teman lagi kelat senyumnya.
Saya dah bawa pergi klinik doktor,mereka ada sedut keluar,ada nanah campur darah,kemudian,dia kasi antibiotik je....
Doktor pakar jawap...ini ketumbuhan tak boleh antibiotik je,mesti kasi cuci baru boleh baik.
NAMPAK?
Sebab tu....kalau anak2 teman demam atau sebagainya,teman tak pergi klinik2 macam ni,teman berhabis duit hantar pakar kanak2.Bukan nak tunjuk lagak,budak sakit lebih baik kite yang sakit.Meraung bagai nak rak!kite nak tido pun tak senang.
Doktor sambung lagi.....ketumbuhan ni mula dari kelenjar,tapi itu kelenjar sudah tersumbat,itu sebab jadi nanah.Ini nanah tak boleh duduk dalam badan lama2,nanti boleh jadi lain sakit datang.
NAMPAK?
Begitu berat akibatnya,tapi doktor klinik masih boleh santai2 sambil bebel....kata kite macam2.
Cuai!tak datang follow up....tak datang follow up...
HUH!
Letih sungguh!

Kite operate hari ini dan semuanya selesai.
Benar.....kite tak boleh nak kata macam2 kat mana2 pihak,tapi...demi anak2...waspadalah.Teman tak kata klinik2 macam tu tak baik,tapi...mereka tak pakar.Mereka rawat semua penyakit sebagai bantuan awal.Lepas sekali gagal,mereka kena menyerah kalah.Kena past kat doktor yang lebih arif tentang sesuatu penyakit tu.
Jangan paksa diri......
Yang susah bukan doktor,tapi kami.....
Jika nanah tu terkeluar dari kongkongannya,menjalar satu badan,lagi satu hal, nak sedut keluar.
Semua tu bukan free!.Semua berduit,tak ada duit...masuklah kat dada akhbar..
Minta bantuan,minta simpati bagai.
Siapa yang malu?
Teman juga......

Kepada ibubapa....jika anak2 kecil,bawa kepada satu sahaja doktor,biar dia sahaja yang pantau pembesaran anak2,dari situ dia akan tahu apa yang boleh dan tak boleh kat anak2 kite.Dia akan tahu....dan kenal siapa anak2 kite.Alahan atau tidak.....
Kite tak perlu risau,semua rekod kesihatan ada di tangannya.
Biasanya.....anak2 teman akan sihat segera lepas doktor tu say hello.....Dan teman keluar klinik dengan poket yang kosong.
Alahai........
Bukan mudah hidup ini.Banyak onak dan duri harus kite harungi.
Jagalah kesihatan,sakit bukan sesuatu yang indah.




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK