ZAKAT DAN ASNAF

MACAM2 PENDAPAT YANG KITE DENGAR,KITE BACA ..
MANA SATU NAK KITE IKUT?


Dosa rakyat Malaysia makin bertambah.
Teman tak tahu nak kata apa dah....
Antara tanda2 kiamat bila rakyat mula di zalimi.Mula di bebani dengan berbagai2 masalah.
Kerajaan tak untung,rakyat kena bantu
Kerajaan tak berjaya dalam satu2 perancangan,rakyat kena bantu...
Pendek kata...rakyat kerjanya tukang cari duit untuk kerajaan.
Kerajaan pula kerja nya hanya mencari untung untuk diri sendiri dalam waktu sama mengikis rakyat jelata.

Kadang2 teman terfikir....
kenapa kiamat lambat sangat?Wpun teman takut,tapi teman nak penyanggak2 ni mati dalam kesesatan.Biar mereka rasa seksa bila kena campak dalam api neraka,biar mereka tak sempat bertobat,tengah buat jahat terus mati!
Ish!
Sahabat kata..tak baik doa macam tu....
Teman jawap...geram!
Sahabat kata...biarlah mereka,kite buat kerja sendiri.
Sahabat kata...biarlah.....
Teman jawap melampau sangat!tak bayar zakat kat kerajaan pun satu dosa?
ish!
Merepek kan?

Sahabat kata..betul kot,kalau semua bayar sendiri,tabung pusat zakat kosong lah nanti!
Teman gelak...betul juga tu,kalau kite tak bayar mana pusat zakat nak dapat sumber kewangan?
Untuk bayar gaji,nak maintainance opis dan lain2.
Sahabat kata ish!duit zakat mana boleh bayar kos lain,duit zakat untuk bantu orang yang memerlukan je,semua yang di sebut kat atas tanggungan kerajaan.
Teman tanya balik...tanggungan kerajaan?Hahahaha mana maunya!kerajaan tak ada duit,kerajaan dah nak muflis!
sahabat kata...ish!siapa kata kerajaan tak ada duit?mewah je  orang atas sana tu.
Teman angkat bahu tanda tak tahu...
Pada teman.....mereka dah lupa diri!

Balik pada isu ni,pada teman...jika kite melalui pusat zakat,kite boleh claim pelepasan cukai pendapatan.Cuma kite tak tahu duit zakat tu di salurkan kemana.Jika kite bayar terus,kite tak boleh claim cukai pendapatan dan kite sendiri tahu duit kite tu kemana,yang penting mesti di salurkan kepada 7 bahagian duit tu.Tak boleh satu penama je.Pendek kata...kite mesti ada ilmu untuk menguruskannya.

Dalam ramai2 kawan2 kuliah,ada seorang kakak ni cukup rajin untuk menguruskan zakat2 kite,dia akan hantar sendiri bantuan ke seluruh pelusuk kampung dan pekan.
Kereta akak dah mendap dengan beras bagai.Akak pi cari sendiri fakir miskin.Ramai sebenarnya orang2 susah ni.
Teman hanya mendengar tanpa bantahan,pada teman usaha dia cukup murni,Teman sendiri pun tak mampu nak uruskan masalah masyarakat.
Benar,Kemiskinan kat Malaysia ni dah sampai tahaf kemiskinan tegar.Walaupun di nafikan oleh Menteri.Kite rakyat jelata amat mengetahuinya.
Orang susah di sana sini.
Silap2 kite jadi petugas JKM bila ada sahaja jiran tetanggan bertandang mohon bantuan.Sedang kan kite pun tinggal gigi dengan lidah.
Alahai.....tak tahu nak kata dahhh


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK