WANITA MELECUR GARA2 GUNA HP KETIKA ISI MINYAK

BIAR BETUL?

Bila kite isi minyak kat stesen minyak,beberapa amaran dah tertulis di situ,
Antaranya ialah..padamkan telefon bimbit anda ketika mengisi minyak.Atau di larang guna hp ketika mengisi minyak atau sebagainya.
Pendek kata....larangan dah keluar,kite yang masih bermimipi.

Anak2 selalu pesan...
Ibu jangan guna hp,ayah tengah isi minyak.Ibu baca tu!
Pendek kata...ada ketika teman pun dungu,masih guna hp masa nak isi minyak,sebabnya?tak pernah lagi teman baca atau dengar kesahihan larangan tu.
Hari ini,dengan rasminya...
Teman akui dan merasa sangat takut,bila baca berita terkini ini.
SEORANG WANITA MELECUR AKIBAT GUNA HP MASA ISI MINYAK.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita melecur 60 peratus apabila disambar api akibat menggunakan telefon bimbit ketika mengisi minyak kenderaannya di sebuah stesen minyak di sini, tengah hari tadi. Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.25 tengah hari sebelum sebuah jentera dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian. "Mangsa dikenali T Sarifhla, berusia 25 tahun melecur di seluruh badannya dan sudah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. "Punca kejadian dipercayai akibat penggunaan telefon bimbit ketika mengisi minyak kereta," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.


Cerita benar untuk dikongsi bersama.
Jangan abaikan pesanan pihak berwajib.Kelmarin,seorang budak melecur gara2 main pemetik api masa mak dia isi minyak.Teman tengok video tu,teman rasa pelik,bagaimana lah budak2 pandai guna pemetik api tu,teman yang dah tua bangka ni pun tak berani guna pemetik api.
Teman gayat semacam!
Bukan main2,teman cukup tak takut nak petik alat tu.
Teman takut terbakar.

Kepada anak2 teman...hati2,jangan guna hp masa isi minyak.Untuk suami,rasa2nya,lepas ni kamu le isi minyak.Seriau lak teman wehhhh!

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH