RAYA YANG SURAM

TAK SEPERTI TAHUN2 LALU...

Tahun ni,kami tak sambut sungguh2 raya...
Kami bersederhana sahaja.Kematian abang ipar,ekonomi yang teruk!buat raya kami sambut seadanya sahaja.

Selalunya....2 bulan lalu,teman dah beli kain beribu ringgit untuk persalinan 3 anak termasuk teman sekali.Suami dah pergi Wisma Yakin tempah baju melayu.
Pendek kata....persediaan dah di buat sebelum puasa lagi.

Tahun ni lain sikit...
Nak beraya sakan,kocek kosong.
Nak beraya sakan!kakak teman sekeluarga dalam kesedihan.
Yang mampu teman kata...raya tahun ni tak ada makna sangat dalam hati kami.
Kami menyambut ala kadar je.

Teman tanya kat kakak kau dah beli baju?
Dia jawap tak,aku tak sanggup.
Teman kata belilah sepasang untuk budak2.
Dia jawap tengok lah!

Anak dia msg kat anak teman...tanya apa persediaan kami.
Mujur anak teman jawap tak ada apa2,tak ada baju raya pun....
Aku baru tanya ibu,tak ada baju raya ke bu?dia hantar gambar kubur bapak aku!apa lagi...melalaklah aku!
Teman cerita kat kakak...dia gelak je..
Teman pujuk dia,beli lah sepasang...
Dia jawap yalah,nanti aku beli...

Macam mana kami nak beraya sakan,sedang ada adik beradik yang sedih dan kemurungan.Tak tergamak nak berlap lip...tak tertelan kuih berbalang bila ingatkan mereka.
Yang pasti....susah senang kite bersama...
Kite sambut seadanya...
Asalkan semua selesa,itu sudah memadai.

Comments

Abd. Hadi Kudin said…
Saya pun sama dah bertahun-tahun tak raya hu3

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH