KUIH LOMPANG

PERTAMA KALI DAH MENJADI

Teman akui,tak pandai masak.Opss!bukan tak pandai memasak tapi malas memasak.
Bagi teman....masak tu satu kerja remeh temeh,tapi kemas dapur satu kerja yang sangat memenatkan.
Bagi teman...kite boleh makan apa sahaja,tapi tak siapa akan bantu kite mengemas dan mencuci dapur.

Masa teman berkerja,teman makan kat kedai dan akan memasak bila ada masa sahaja atau dah mula jemu dengan hidangan luar rumah.
Kadang2 teman akui,goreng ikan,sayur air dan sambal belacan sudah cukup menyelerakan.Tapi..malangnya...MALAS menguasai diri.Maka kedailah tempat kami menjamu selera.

Selepas tak lagi bekerja,teman mula rajin atau terpaksa memasak.Itupun sekadar menu wajib dan menu asas,nasi,lauk ikan atau ayam dan sayur.
Tak ada le kuih muih bagai,sebab teman tak tahu nak buat pun...Kawan2 selalu kata...youtube ada macam2 resepi.Tiru je..
Betul!kat youtube banyak,tapi...MALAS tetap menguasai diri.

Sejak dua menjak ni,teman mula minat memasak..
Ada keinginan untuk belajar buat roti,kuih muih bagai.
Siang tadi,teman gi kedai barang barang lama,teman nampak mangkuk kecik2 tembikar untuk buat kuih lompang.
Sebiji hanya RM1.30.Teman minta 10 je...
Sebab.....teman tak pandai buat pun,baru nak belajar...
Nyonya kata...kenapa mesti beli 10 sahaja,biasa orang beli 50 biji,jimat gas,jimat masa...boleh masak sekali.
Teman hanya senyum,dalam hati...aku baru nak belajarlah nyonya.Beli banyak2 kalau tak jadi kan membazir nanti.HUH!
Dalam diam,51 biji bekas acuan lompang di bungkus.
Teman setuju je,malas nak lawan kata nyonya tu.

Sampai kat rumah,teman cuci...teringat,dulu2...rumah mak pun ada acuan ni,lepas pindah rumah,tak tahu kemana menghilang atau dah kena leseh dek kaum.
Teman goggle...resepi Lompang.
Ada 3 bahagian..
Mula2...1/2 cawan gula dan 1 cawan air dipanaskan untuk tujuan melarutkan guna.Letak sehelai dua daun pandan.Hasilnya lebih kurang setgh cawan  sahaja yang di perlukan.Jika nak buat kuih kaswi,resepinya lebih kurang je.
Lepas tu sejukkan.

Ambil 1 1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung kanji
3 sudu air kapur
setgh cawan santan
Secawan air
Adunkan semua termasuk setgh air gula tadi.Biasa teman masukkan dalam pengisar,settle masalah,tak ada tepung2 ketul semua hancur sehancurnya.

Sementara tu,panaskan pengukus
Sementara tu...kukus kelapa parut yang dah di letakkan sikit garam.
Panaskan mangkuk2 kecil tu dan jangan lupa sapukan sikit minyak untuk elak dari kuih2 kite melekat Kukus kuih2 tu selama 10 minit dan angkat.
Lumurkan kuih2 lompang kite kat dalam kelapa parut dan hidang untuk santapan.

Paling best!sekali buat dah menjadi.Siap ada lompang kat atas kuih2 tu...
Teman punyalah kembang punggung.Sekali buat dah jadi?
OMG!senangnya dalam hati....
Tak sia2 beli acuan kuih lompang.Lepas ni....boleh le...niaga KUIH LOMPANG!

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH