JOM KE CAMERON HIGHLAND !

MENIKMATI PANORAMA HIJAU

Tak perlu plan lama,rasa nak pergi...Agoda sedia membantu.
Dari rumah ke CH lebihkurang 2@3 jam je..ikut keadaan traffic.Sesak kalu...berjam jam le jawapnya.
Lancar kaluuuu......2 jam dah sampai.
Tak ikut Tapah,sebab jalan tu dah tak sesuai untuk di lalui bagi kite yang takut mati.
Jalan penuh liku,akar pokok pun kite boleh nampak,bayangkan?kalau tanah runtuh.Alamat tak balik le kite..

Kami lalu dari Simpang Pulai,jalan dah baik dan selamat.
Sepanjang jalan nampak orang2 asal jual madu dan hasil hutan.
Di tepi2 jalan ada banyak pondok2 tempat mereka berniaga.Bak hidup segan mati tak mahu...Tiang 4,atap rumbia,pacak lebihkurang dah boleh dapat sen.
Suami kata...happy je mereka kan?
Teman jawap ..ya...hutang tak ada,dok makan apa yang ada je...

Sampai simpang ke Cameron Highlang...Kiri kanan,gunung ganang,atap2 putih tanda tempat penanaman sayur terbela.
Kiri kanan PICK STRAWBERRY..
Kiri kanan jagung manis.
Kiri kanan...sayur sayuran beranika pilihan.
Pendek kata...wang ada baru bincang,tak ada wang jomlah jalan jalan.

Kami mengenap di sebuah hotel Equatorial dulunya sekarang dah bernama baru,pernah sekali dua menginap di sini,tapi bezanya...dah makin sesak dengan pembangunan.
Dalam 200m,pasar Kea Farm yang terkenal.Beranika pilihan barangan ada di sini.Jalan sesak sesangat!tak lancar dan kereta bergerak pelahan.
Beli jagung 5 biji untuk RM10 sahaja.Entah mahal entah tidak,jangan tanya lagi ...
Dah beli..terus simpan.Jangan dok banding sana sini,nanti kite juga yang makan hati.

Tempat pertama yang MESTI pergi ialah...minum di Bharat teh.
Agak lama tak naik CH,ada perubahan...
Ada aktiviti lasak untuk pelancung yang ingin menjelajah ladang teh luas terbentang.Dengan harga RM45.00 anda boleh menunggang ATV sendirian.
kepada yang berkerluarga,anda boleh naik 4x4 untuk ke atas.Kawasan ladang ni penuh cerun tajam,setakat tak berpengalaman,memang masuk gaung le.
Satu perkara buat hati tak happy,apabila teh tarik penuh lalat!
Oppss!lupa nak khabokan,untuk naik 4x4 ni,dewasa RM10.00.Kanak2 RM5 sahaja.




Teman tanya...berapa minit perlu ada kat sini Encik?
Pak Cik tua jawap..5 minit je.
Dalam hati...okay le tu,panas ni...

Perjalanan di teruskan,kami ke Lavender garden.Sejak berdecoupage,teman mula minat bunga bungaan,sebut lavender teringat order bekas roti Si Fauziah.Kaler biji kundang menawan hati.
Sementara suami cari parking,teman beli tiket.
Dewasa RM10.00
Kanak2 Rm8.00
Sebaik masuk,teman nampak deretan bunga bungaan di susun rapi.
Teman berdiri sejenak,lepas beberapa minit...terfikir...alangkah indahnya kejadian TUHAN,Lavendar bunga seksi,kaler ungu berbagai jenis di datangi khas untuk di kongsi bersama,walaupun berbayar,berbaloi juga untuk kite yang tak mampu nak keluar negara .
Suhu di Cameron,panas tapi anginnya sejuk.Maknanya nyaman dah tak melekit.
Untuk lihat bunga2an,Lavendar Garden sesuai....aneka bunga ada di sini.


Setengah jam di sini,kami keluar dek anak bujang alahan pada debunga.
Bersin bertalu talu...
Buat teman tak selesa nak lama2 di Lavendar Garden.

Selepas tu,kami cari makan...
Di sini,tempat makan,sememangnya banyak.Cuma tertelan atau tidak je.
Kami singgah di sebuah hotel D'Lara kalau teman tak silap.Order mee sop datang macam sayur air masa dalam pantang.Order nasi dengan daging hitam,mee goreng.Air gelas kecil tapi harga mahal.Milo gelas kecil RM12 sahaja.
Pendek kata....ada duit baru boleh cakap banyak!

Lepas makan,kami balik hotel.Rehatkan badan,solat dan ZZZzzzzz
Sebelah malam,cari makan lagi...
Tak mampu nak cari dek tak tahu..
Kami makan ala kadar dan balik rehat untuk acara esok pula.

Subuh hari teman keluar ke balkoni depan bilik,wah!sejuknya...teringat masa kat Beijing...sejuk sampai ke tulang,dalam diam...kat Cameron Highland pun sama,sejuknya buat bibir pun bergegar...
er..errr....err...
Sejuknya!
Keluar awal,sarapan dan mula mencari akal...
Anak2 tanya nak kemana?
Teman jawap balik lah!
Mereka jawap...baru 2 tempat dah balik ke?baik tak payah pergi!
Teman jeling suami,ternyata anak2 semakin bijak bistari.Mereka mahu tahu banyak perkara.

Kam minum pagi di ladang Teh Sg Palas.
Untuk ke sini,kite kena lalui jalan penuh liku,tapi...udara nyaman buat kite gembira.
Sebaik sampai,kena parking bawah bukit dan mendaki 200m ke atas...
Fuh!!mujur tak pakai kasut bertumit,kalau tidak...harus buka kasut.
Alif kata...lemak ibu hilang setengah kilo!
Teman jeling...mandai je!cili mulut tu baru tau!




Sebaik sampai,cafe terus dituju.
Jangan lupa teh tarik!pesan teman kat suami.
Teman dan anak2 cari tempat untuk duduk,betul2 mengadap kehijauan ladang teh.Subhanallah.....ALLAH cipta dunia sememangnya indah.Tiada cacat celanya.

Teh sampai,kami menikmati,keharuman Teh Boh Sg Palas,
Sekali lagi...Subhanallah!akhirnya...orang Cameron Highland pandai adun teh.Susu dan teh di adun istimewa.Teman beri pujian....Teh Tarik Sg Palas sememangnya ada umph!
Opss!sebelum terlupa,kat sini juga ada menu istimewa,Kek Keju Nasi Lemak.
Suami tanya..nak rasa?
Teman dengan penuh yakin jawap...mestilah!dah susah2 sampai,mesti cuba,tak sedap kite tak payah lah makan,yang penting!CUBA!
Komen teman.....ehmmm.....okaylah,taklah pelik sangat rasanya,banyak rasa keju,nasi lemaknya tak rasa langsung.Cuma ada seketul dua nasi dalam kek,sesekali jumpa kacang.
Pada teman,nasi lemak tak perlu diubah jadi yang bukan2 biar dia dengan identiti sendiri.Kalau dah pandai sangat,cuba jadikan kek keju tu macam nasi lemak.Kalau berjaya......
Anda memang terrror...

Kami keAgroTeknologi Mardi.Tempat penyemaian dan kaji selidik.Ada banyak bunga2an.
Kami berjalan jalan sahaja.Kebetulan orang ramai,jadi tempat ni tak sunyi.Riuh dengan suara manusia.
Sebelum masuk,teman beli tiket..
Dewasa RM3
Kanak2 RM1.50
Teman tunggu suami,masa masuk tadi,Pak Cik Guard beri arahan kat suami agar dapat meletak kereta di kawasan belakang sana.
Teman dan anak2 di turunkan di pagar utama.
Teman tanya suami kamu di mana?
Suami jawap ada kat dalam ni..
Teman tanya..awat kamu dapat boleh masuk dulu, tiket ada kat saya?
Suami angkat bahu tinggi,teman pandang pekerja tu...amacam?satu lagi dah masuk dulu?
kelakarnya...dia hanya mampu senyum tawar je..
Dalam hati...macam mana le nak untung,urusan hancai boncai!

Masuk ke dalam kawasan...tak ada apa2,ada bunga kat tapak semaian,ada Kilang Teh,tapi kosong dan berbau,menunjukkan tak ada apa2 berlaku.Ibarat masuk kilang teh terbiar,kusam...
Alahai......
Tidak ada apa yang mampu di banggakan.
Jangan kecam teman....jujur dari hati ini.



Ada penjaja makanan,ada peniaga barangan buatan Malaysia,komen teman....boleh lah....
Dari tak ada elok ada...
Yang penting!
Teman dapat posing berlatarkan Lavendar..


Balik dari AgroTeknologi,kami ke SmokeHouse.Rumah merangkap hotel kecil tapi cantik.
Dengar2 empunya sengaja menabadikan rumah cantik tu untuk isteri tercinta.Sama macam TajMahal...
Cinta punya pasal...
Semuanya indah2 belaka.
Dengar2 hiasan dalamannya cantik dan selesa.
Dengar2......harganya pun boleh tahan juga.
Yang pasti....satu hari teman pasti cuba.Pasti!


Dari SmokeHouse kami ke tempat petik strawberry...
Sebelahan Time Tunnel...
Sebut Time Tunnel,teman teringat satu catatan kat internet.
Wajib pergi!
Bila tengok tempat tu...
Ehmm....biasa je...
Deretan kedai jual berbagai barangan,yang pasti ada strawberry salut coklat.Ada bantal strawberry.Teringat Beijing,inilah rupanya.Sebelum ke tempat petik strawberry,kite akan menjamu mata dengan berbagai2 barangan di jual,ada cafe dan kite boleh rehat2 untuk seketika.

Tujuan teman ialah...Nak bawa minah kecik ni petik strawberry sendiri.
Makanya teman terus ke bahagian yang di maksudkan.
Sebaik sampai....
SEBELUM TURUN KE BAWAH MESTI BAYAR DULU.
Ooo Teman ingat suka2 nak petik atau tak...Rupa2nya jika kite pasang niat nak tengok strawberry,mesti bayar dulu.
Sekilo..untuk 2 orang hanya RM30.00
2Kilo....untuk 4 orang hanya RM60.00.
Selebihnya harga ikut kepala.
Mujur suami tak minat,mujur Alif tak minat,yang minat hanya minah kecik ni dan teman sebagai penjaga,jika ikut hati,teman beli kat atas je,lebih murah dan besar2.Jika kite petik sendiri,tak pandai silap2 masam mencuka.
Usah bayangkan ladang strawberry besar sangat.Usah bayangkan,strawberry melayut layut...
Sebenarnya....
Tiada apa yang menarik,selain dari bahaya dan panas.
Mujur anak teman yang suka,jika tak...tobat lahom teman nak masuk petik buah merah ni.



Seorang pekerja Indon datang membantu,memetik strawberry yang sesuai.
Ibu salah time,buahnya kecil2 aje..lain kali ibu datang hari biasa.Pasti banyak buahnya.
Okay....salah time lah pulak!
Time cuti2,ramai orang datang,pelancung ramai sampai.
Hari2 biasa....tak ada orang dan tak ada orang yang sudi petik strawberry.Makanya...buah banyak dan dan muai.
Ibu petik buahnya usah besar2 amat,yang sederhana dan gelap warnanya.Yang besar2 amat,rasanya udah enggak enak.
Sempat beri petua.
Almaklum....berbual dengan orang tua macam teman,mungkin fikirnya jujur...
Mungkin lagi ingat orang tua di kampung.Itulah untungnya jadi orang tua,buat salah orang tak marah,malah di ajar lagi tu.

Selesai sudah....sebelum keluar kena timbang lagi,jika kurang akan di tambah.Jika lebih mohon di bayar.
Kiri kana wang segala!
Cukup?tanya teman padanya.
Belum Ibu...di tambah lagi.Sambil tangan dia mengambil beberapa biji untuk mencukupkan sekilo.
Teman pura2 tanya...kecil2lah buah tu.
Dia ambil lagi bakul kat bawah meja,tak pe nanti saya tukar yang elok2.
NAMPAK?
Orang tua bila bercakap penuh belas di dengar orang.Siap tambah lagi,siap terlebih di beri strawberry.
Untungkan jadi orang tua?

Kat Cameron Highland,tiada apa yang menarik sangat kecuali kehijauannya.Ladang2 sayur terbentang luas.
Kat Cameron Highlang,untuk honeymoon,untuk rehat2kan minda amat sesuai sekali.Untuk kenalkan dunia pada anak2 juga sesuai.
Di sini..
Kehidupannya masih asli.Anak2 sungai mengalirkan airnya yang bersih jernih dan dingin.
Di sana sini,kite nampak hanyalah sayuran.
Pandang kiri kanan....semuanya sayur sahaja.
Pembangunan masih kurang ,tak ada mall besar2,yang ada hanyalah tempat penanaman sayur berbatas bertingkat tingkat.
Untuk cuci mata,amat sesuai sekali.
Lepas pencen,kite kerja petik teh,nak tak?tanya teman kat suami.
Dia jawap....kamu datang sesekali,mesti suka,tapi mereka ni semua..sebenarnya dah bosan!kecuali banyak duit hidup suka2 kat tengah ladang.Jika petik teh tu sebagai mata pencarian.
Saya tak mahu!
Kamu je dok kat sini!
Dalam hati...pulak?aku pulak kena tinggal sini sorang2.
Memang tidak lah!

Kami balik awal..
Dalam hati...walaupun Cameron Highland tiada apa2,insyaALLAH teman akan sampai lagi.
Untuk menikmati panorama hijaunya.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK