DECOUPAGE

KEHENDAK PELANGGAN BERMACAM MACAM.

Teman promote keje teman awal2 lagi....
Sebelum puasa,dah masuk puasa..teman cuba habiskan seadanya.Semua permintaan kawan2 dah tertunai.
Untuk upah diri,teman buat balang2 cantik untuk diri sendiri.
Teman cipta dengan penuh kasih sayang.
wah!cantiknya...kata teman sendiri.

Semalam,ada kawan call hendak teman buat balang lagi.
Teman bukan menolak rezeki tapi...teman banyak lagi kerja tergendala.Kecilkan baju anak2,kemas rumah dan sebagainya.
Teman dah war2kan....order telah di tutup,tunggu tahun hadapan.
Entah mungkin dia terdesak,dia mohon dibuatkan satu untuk diberi pada ibunda tercinta.

Teman dah janji pada diri,tak mahu lagi buka kotak warna,semua dah di susun rapi.
Teman tak mahu hari raya yang comot,teman nak rumah cantik berseri seri.
Tolonglah.....katanya,saya nak call kelmarin tapi terlupa.Plssss...rayunya di hujung talian.

Otak teman berputar ligat,teman tak mahu tolak rezeki dalam waktu yang sama teman tak mampu nak buat lagi.
Akhirnya.......
Balang cantik teman terpaksa di beri....
Teman tunjuk gambar balang tu...
wah!kak cantiknya!saya nak yang ni....
Teman kata...ini akak punya,tapi..tak pelah,nanti akak buat lagi...
Dalam hati....adat orang berniaga,pelanggan di utamakan,diri sendiri terabai lagi.
Akhirnya...teman bungkus khas untuknya.
Tak pe...teman boleh buat lagi..
kali ini lebih cantik dari yang ini.
Itupun kalau rajin.....
Huhuhu....

Kepada kawan2..
Tahun depan jangan buat begini,order awal,teman boleh hasilkan kerjatangan yang lebih halus dan cantik.
Jika di saat akhir....teman terpaksa berebut rebut masa antara dunia dan akhirat.
Terpaksa menurut kehendak pelanggan yang berbagai bagai.
Apa pun...
Bukan senang nak dapat duit dari orang.Kite terpaksa sabar dan tabah menempuh pancaroba kehidupan ini.




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH