CINTA BUDAK ZAMAN SEKARANG

MODEN DAN KEBARATAN

Kecuh satu Malaya,bila seorang anak muda meraikan harilahir GF dengan penuh kemewahan.
Makan malam,hadiah dan menyewa sebuah kereta panjang berjela meredah jalan ke destinasi makan malam mereka.
Teman tengok juga video tu...
Almaklum sebagai orang tua,teman dapat rasakan.....
Anak muda kurang ilmu dan akal.

kecuh!
sana sini orang kata pasal mereka.
Pada teman....suka hati lah kan?mereka ada keluarga,biarlah keluarga mereka yang menegur anak2 mereka.
Anak teman kata..budak lelaki tu memang kaya lah ibu.
NAMPAK?
Memang kaya raya.Patut le mampu.....
Anak teman kata lagi...dia selalu buat kejutan kat GF dia.Semua mewah2.
NAMPAK?
Mampu dan sengaja nak tayang kat umum.
Maka melelehlah air liur anak gadis,maka putih le mata anak teruna sebab tak dapat jadi seperti mereka.

Zaman teman,ada macam ni...
Mazuin Hamzah pun di layan bak puteri raja.Di beri hadiah oleh Pengeran Brunei yang kaya raya.Teman hanya mampu baca ketuahannya.
Di beri hadiah kereta mewah,di kurniakan darjah kebesaran dunia.
Tapi..akhirnya?
Tak kekal lama....akhirnya Mazuin di tinggal sendiri.

Cuba lihat emak bapak kite,orang lama...
Tak mewah,tapi kekal hingga ke akhir hayat.Cinta sampai bongkok sabut.Cinta sampai mati.

Teman tengok video tu,teman dapat rasa.....
Ramai anak gadis terkilan dan simpan anggan,andainya BF aku macam ni...alangkah bertuahnya aku...
Anak teruna...malu2 alah...tak mampu nak tunjuk JANTAN macam tu.
Malahan mungkin di perli dek gadis hari2!
Akhirnya...masing2 makan hati...Hati mula berbelah bagi.

Nasihat teman...
Jika dah terlebih mampu,kenapa tak kahwin je..Jika dah kaya sangat!kenapa tak masuk meminang dan masuk dalam rekod dunia cinta sampai mati.
Tak payah lah berlagak jantan sangat jika nikah pun tak mampu...
Jangan riak dan menunjuk2,kelak.........Sendiri yang hanyut dek kesombongan sendiri.
Kahwin dulu baru boleh kata cinta melangit.Setakat naik kereta panjang berjela....BF anak teman pun mampu!

Kepada anak2 teman...
Jangan tiru mereka,itu bukan cara hidup yang sebenarnya.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK