BISKUT RAYA MAKIN MAHAL

SAMPAI RASA TAK TERTELAN!

Kawan2 dah bagi peks biskut untuk percubaan.Sebalang kecil....RM20.00.
Berapa biji semuanya?
Teman jawap 50biji kot,tapi kecil2 je.
Mahalnya!keluh kawan2 yang lain.

Dah order biskut?tanya teman pada seorang kawan.
Belum....mahallah!rasa2nya tak order kot.Nak mengamal hidup berjimat cermat tahun ni.
Semua kawan2 kata perkara yang sama...
MAHAL dan NAK BERJIMAT CERMAT.

Kenapa kan?
Dunia dah nak kiamat dah!kata sahabat sambil senggeh.
Teman akui.....dunia dah makin tenat.Dah tak daya nak tampung manusia durjana.
Weh!tanda2 akhir zaman dah banyak.Antaranya.....maksiat berluasa.
Sahabat yang lain pula berkata...banyak dahh!tak terhitung.

Semalam,seorang kawan bagi simple biskut.
Hari ni dah tanya berapa banyak biskut nak order.Dalam hati....mak aiii!ingat bagi rasa.Rupanya suruh order!
Sahabat kata...yalah,ingat percuma ke?bagi ada makna tu!
Conggak punya conggak....simple tu 4 jenis,paling kurang teman kena beli 4 balang.
Tu pun...paling kurang!kalau ikutkan dia,mungkin teman kena beli 4 balang setiap jenis biskut tu.
Mungkin le.......

Ralatnya...
Dulu satu balang paling kecil,tak sampai 50 biji di jual 12ringgit,hari ini,2016 satu balang yang sama telah tercatit RM18.00 sahaja.
Berbuih mulut Pak Menteri beri amaran JANGAN NAIKAN HARGA BARANG,PENIAGA YANG NAIKKAN HARGA BARANG AKAN DI AMBIL TINDAKAN.
HARAM!langsung tak di geruni...
Gula naik,tepung naik....itulah sebabnya akak2 biskut pun NAIK HARGA!
Mangsa?
Tetap kiteeee...Rakyat jelata.

Hari raya MESTI ada biskut.Kalau tak hari raya....tak ada biskut orang tak kata,tapi laaaa ni.....tak ada biskut tak ada apa2....orang akan kata..
Apalah kedana sangat,sampai sebiji biskut pun tak ada?
Siapa nak jawap tu Pak Menteri?

Tahun lepas,sekilo dodol,kawan teman jual hanya Rm20.00 sahaja,teman masih ingat lagi,teman order 5 kilo,teman bagi duit note SERATUS!tak ada baki.Hari ini,2016 dia dah promote dodol,sekilo RM21.00,termasuk GST.OMG!dah naik seringgit.Mujur naik seringgit,kalau beringgit inggit?tak menyamahlah kami makan dodol.Telan air lioq je le...
Sedih sungguh....lama2 kami tak menyemah biskut raya,orang kaya je makan biskut,kami jilat tapak tangan elak kempunan.
Sedih sedih....

Hidup makin punah...
Hidup makin tertekan...
Yang bahagia,mereka2 sahaja...
Kami rakyat tak punya  makin terpinggir...Makin jauh dari mata dunia.
Entahlah....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK