BILA KREATIVITI KITE GAGAL

KECEWA MACAM NAK PENGSAN!

Decoupage bukan lah mudah...
Perlu ketelitian dan kesungguhan yang tinggi.Jika ikut malas atau putus asa...
Teman dah bungkus semua khazanah dan goyang kaki.
Teman tahu...
Berdecoupage tak boleh buat teman jadi kaya raya!
Jadi jutawan pun belum tentu lagi.Nak beli Bonia beg paling cikai tu pun masih tak mampu.
Yang pasti...
Decoupage satu seni tangan yang rumit.Hanya orang yang minat sahaja,yang mampu merealisasikan impian.HUH!

Semalam....
Seharian teman mereka corak kat balang plastik tutup merah.
Dah jadi tapi kepuasan hati langsung tak ada...
Teman adjust mana yang patut...
Akhirnya...
Semuanya musnah!teman kena cuci balik dan buat semua proses awal.
OMG!rasa nak pengsan!
Bukan mudah....ianya sesuatu yang menjengkilkan!

Mula2 letak gam atau sealer atau glaze.lepas tu letak gesso 2kali,lepas tu letak kaler asas ikut keadaan,jika tak kemas kena tambah lagi.Kadang2 5 lapis baru cantik,dan permukaan tanpa rata.
Bila semua selesai.
Barulah proses mencorakkan permukaan kosong.
Paper yang di gunakan cukup nipis,senipisnya dan mudah rosak.
Terkait kuku pun boleh jadi rosak.Belum lagi tersinggung siku!
Tapi...bila dah kering,nak koyak macam nak putus jari.
Tenyeh bagai nak rak!haram tak keluar...terpaksa guna kuku sikit2 untuk keluarkan 5 lapisan tu tadi.

Bila kite berdecoupage,jangan harap jari2 jemari nak lembut bak salju.
Keras dan kering dek beraneka kaler tu tadi.Cuba guna sarung tangan,tapi...tak serasi bersama,rasa janggal dan menyulitkan.
Akhirnya....jari2 jemari ini juga yang sesuai berdecaupage.

Bila kreativiti kite gagal,maka mood akan hilang separuh pada hari tu..
Rasa nak tidur....
Rasa nak bungkus khazanah malas nak fikir...
Tapi...
Dek perasaan minat membuak2,buat juga.....
Kali ini lebih berhati hati.

Orang kata belajar melalui kesilapan.Orang yang selalu gagal akan dapat melahirkan sesuatu yang lebih baik.
Ehmm..pandailah orang bercakap.Teman rasa nak pitam adalah.

Kawan2 tunjuk gambar2 contoh untuk di decoupagekan.Ada yang minta buatkan almari,ada meja sisi dan adalagi beberapa jenis perabut.Mohon maaf...teman tak buat benda2 besar2 tu...teman suka buat yang comel2 dan kecil2...
Yang besar2 tu kena hantar kilang,teman surirumah buat kat satu sudut je rumah.Ruang kecil yang telah penuh dengan barang untuk di decoupagekan.
Kawan kata...macam mana nak maju?
Laaa....kesitu pulak?nak maju tak perlu buat gobok!buat bende2 kecil pun memadai.Asalkan ALLAH redha dengan kite...
Tak payahlah over2...jika ruang rumah dah tak ada...
Masuk je rumah penuh barang..hati kite lebih tak tenteram.
Tambahan lagi...bila barang dah siap,pembeli macam malu2 nak beri alamat.
Tu lagi payah!
Tersadailah ianya kat tepi dinding.
Sama tersadainya hati empunya badan......
Bak kata Tun..perjuangan yang belum selesai2 lagi....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK